Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
2011/09/11
KUALA LUMPUR: Jerebu di Semenanjung terutama Pantai Barat dijangka bertambah buruk untuk beberapa hari akan datang berikutan kebakaran hutan semakin merebak di Sumatera dengan peningkatan jumlah titik panas daripada cuma 401 beberapa hari lalu kepada 692 setakat petang semalam.
Hujan selang beberapa jam sejak beberapa hari lalu di beberapa lokasi di negara ini gagal memulihkan keadaan. Pemantauan terakhir satelit National Oceanic Atmospheric and Administration (NOAA) mendapati selain selatan Sumatera, titik panas dikesan di 10 kawasan lain dengan Riau merekodkan 93 lokasi.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) meramalkan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
Ketua Subkluster Majlis Profesor Negara (MPN) bagi Kesihatan Alam Sekitar, Prof Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, berkata jerebu berterusan bakal mengundang implikasi kesihatan seperti kesukaran bernafas, pedih mata dan sakit tekak.
Kandungan partikel jerebu terdiri daripada nikel, metal serta plumbum dalam skala kecil iaitu di bawah 2.5 mikrometer berupaya menyusup masuk ke paru-paru, mengakibatkan sakit dada ketika bernafas kerana proses penukaran gas oksigen kepada gas karbon dioksida di bahagian berkenaan, katanya.
Sementara itu, BERNAMA memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata Malaysia menyatakan kebimbangan kepada Indonesia melalui surat kepada rakan sejawatnya dari republik itu, Prof Dr Gusti Muhammad Hatta selepas satelit mengesan 600 tompokan panas dengan suhu tinggi di Sumatera tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, setakat jam 5 petang semalam, 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, semalam manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dikeluarkan JAS dengan tiada laporan IPU berbahaya direkodkan. Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai (78); Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (71) serta Petaling Jaya, Banting dan Cheras masing-masing 70.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR, utusanjohor@utusan.com.my JOHOR BAHRU 4 Feb. - Sejak ditubuhkan 1988, Yayasan Warisan Johor (YWJ) bertang...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Walau pun dalam kesuntukan masa, kalau penulis datang ke Kuala Lumpur, mesti singgah di mana-mana Restoran Minang, untu...
-
By Idris Ismail Talu. Di kalangan jemaah haji dari Malaysia, masjid ini dikenali dengan nama Masjid Kucing. Masjid Kucing dikatakan mendapat...
-
By Idris Ismail Talu Ladang teh di Sungai Palas di Brinchang ini merupakan ladang teh tercantik di daerah Cameron Highlands. Ladang-ladang t...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Sumber : Berita Harian Malaysia Online. Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail smohd@bharian.com.my Tarikh: 2010/07/01 ORANG ramai menyerbu kau...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan