Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR, utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 4 Feb. - Sejak ditubuhkan 1988, Yayasan Warisan Johor (YWJ) bertanggungjawab bukan sahaja untuk memelihara bahkan menentukan kelangsungan warisan budaya dan diberi peranan untuk melestarikannya.
Penubuhannya dilakukan kerana kesedaran kerajaan, penggerak seni dan orang ramai yang mahu melihat warisan sejarah, seni dan budaya Johor tidak pupus dan terhakis dalam arus pembangunan.
Selain itu, YWJ juga diberi tugas mengumpul, mengkaji, memelihara dan memulihara bahan-bahan berkaitan di samping mempamer, menyebar dan mengembangkan bahan-bahan tersebut untuk pengetahuan dan manfaat orang ramai.
Penolong Pengarah YWJ, Dzul Karnain Asmawi berkata, usaha mengumpul bahan-bahan berkaitan sejarah untuk didokumentasikan mula aktif pada sekitar 1995 dan kemudiannya sebuah pusat dokumentasi diwujudkan pada tahun 2000 bagi tujuan itu.
Beliau berkata, tujuan pengumpulan bahan-bahan bersejarah itu adalah sebahagian daripada usaha YWJ memelihara, memulihara, mengembang dan menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai warisan sejarah, seni dan budaya Johor.
"Sewaktu awal penubuhan pusat dokumentasi pelbagai cabaran dihadapi termasuk kesukaran untuk mencari bahan kerana kami tidak memiliki tenaga pakar bagi tujuan itu.
''Pada peringkat itu juga boleh dikatakan pusat ini kosong," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Dzul Karnaian memberitahu, pusat dokumentasi tersebut memiliki segala bahan berkaitan Johor dan ia tidak hanya tertakluk kepada sejarah dan kesenian semata-mata.
Katanya, terdapat sesetengah pihak beranggapan YWJ hanya memberi penekanan terhadap aspek kesenian dan kebudayaan sahaja.
''Tetapi pada hakikatnya segala sudut diambil kira termasuk sejarah pembangunan negeri turut didokumentasikan sebagai bahan untuk tatapan generasi hari ini dan masa depan,'' jelasnya.
Jelas Dzul Karnain, apa yang ada di pusat tersebut dikumpul secara berperingkat dengan bantuan beberapa ahli akademik tersohor mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Ahli akademik itu seperti Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid bagi bidang kebudayaan, Prof. Dr. Noriah Mohamed (Persuratan Melayu), Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (sejarah) dan Prof. Dr. Mohamad Hanis Mohd. Nor (Tarian Zapin).
Selain itu, katanya, bahan-bahan sejarah yang ada di YWJ bukan sahaja diperoleh dari Malaysia tetapi ada diperoleh dari tempat-tempat luar seperti Kepulauan Riau, Sulawesi, Jambi dan beberapa kawasan di sekitar gugusan kepulauan Melayu.
"Bahan-bahan berkaitan sejarah Johor bukan sahaja terdapat di kepulauan Melayu tetapi ada di antaranya terdapat di negara-negara Barat.
''Sebagai contoh Syair Sultan Abu Bakar yang asal dijumpai di Rusia dan dipercayai ia dibawa ke sana suatu ketika dahulu.
"Secara tidak langsung kita mengetahui bahawa sejak dari dahulu lagi orang luar terutamanya masyarakat di negara Barat gemar untuk mempelajari tentang budaya dan adat resam orang-orang di tanah Melayu," katanya lagi.
Beliau memberitahu, ada sesetengah bahan-bahan itu diperoleh daripada pengumpul barang-barang antik seperti contoh buku, manuskrip dan gambar.
Tambahnya, ada sebahagian daripada bahan-bahan yang diperoleh itu dikekalkan dan ada di antaranya dijilid semula selain dibukukan semula agar ia dapat dipaparkan kepada masyarakat.
"Kita mempunyai kekuatan sendiri dari segi bahan dan apa yang dilakukan kami di sini tidak terdapat di mana-mana negeri lain malahan YWJ pernah dijadikan contoh sebagai sebuah pusat dokumentasi yang wajar dijadikan contoh.
"Sehingga ke hari ini YWJ sedang menggiatkan usaha menambah bahan-bahan dan kualiti bahan kami adalah yang terbaik.
''Kekuatan kami adalah dari segi pemilikan foto dan ramai yang tidak tahu bahawa foto adalah bukti dokumentasi terpenting dalam sejarah," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengembangkan usaha pencarian bahan-bahan sejarah untuk didokumentasikan dan pada masa sama berusaha menjadikan pusat itu sebagai sebuah perpustakaan serba lengkap.
Source: Mingguan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
Allahyarham Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil KUALA LUMPUR 6 April - Rangka Konstabel Mohammed Abdul Lalil @ Jalil (gambar), salah seo...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu Jalan yang dilalui oleh seseorang itu untuk terus hidup, tidak semuanya sama. Ada yang menempuh jalan yang mudah dan te...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan