Oleh Ahmad Farizal Hajat
2011/02/03
Model dengan enjin 1.5 liter dilancar pada Mac atau April
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan melancarkan MyVi edisi baru dengan enjin berkuasa 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty.
Sumber industri berkata, MyVi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April ini. “MyVi Extrem ini akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model MyVi sedia ada di pasaran. “Selain beberapa perubahan dalaman dan luaran yang ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya, MyVi Extrem ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada ‘dashboard’ (papan pemuka) seperti Alza,” katanya kepada Berita Harian di Petaling Jaya.
Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka akan merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini. Rekod jualan syarikat itu sebelum ini adalah 176,400 unit.
Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, ketika ditemui pada taklimat media mengenai prestasi syarikat itu pada 2010 di Rawang, awal bulan lalu berkata, pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan 195,000 unit tahun ini, meningkat empat peratus daripada 188,600 unit yang dicatatkan tahun lalu.
MyVi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling popular dan laris di Malaysia dengan mencatatkan jualan 77,700 unit tahun lalu.
Penganalisis ketika dihubungi Berita Harian semalam, menyifatkan pengenalan model baru oleh beberapa peserta industri, termasuk PERODUA tahun ini, seharusnya akan memberi suntikan terbaik bagi merancakkan lagi aktiviti pengeluaran dan permintaan dalam industri automotif tempatan.
“Firma penyelidikan dalam dan luar negara yang membuat tinjauan ke atas industri automotif tempatan pula, semakin positif dengan prospek industri automotif Malaysia berikutan tinjauan ekonomi lebih baik serta kemunculan banyak model baru di pasaran pada tahun ini,” katanya.
Berdasarkan tinjauan positif berkenaan, beliau yakin industri automotif tempatan akan merekodkan catatan sejarah baru dari segi jumlah unit pengeluaran kereta tahun ini.
“Jumlah pengeluaran kereta di Malaysia dijangka meningkat 4.1 peratus kepada 623,000 unit tahun ini, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah industri automotif tempatan,” katanya sambil menambah jangkaan kenaikan kadar faedah pinjaman kenderaan, jika berlaku, akan hanya memberi kesan kecil ke atas jualan kereta tahun ini.
Justeru, penganalisis itu menjangkakan pengeluaran kereta segmen B (jenis kereta kecil dan kompak) akan mencatatkan pertumbuhan paling tinggi tahun ini, iaitu sebanyak 14 peratus kepada 91,044 unit.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Buah beka, kadang-kadang disebut bonglai – yang juga dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian tr...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh: 12 Oktober 2010. Oleh NORILA DAUD, pengarang@utusan.com.my PETALING JAYA 11 Okt. - Yang di-Pertuan Ag...
-
Sebahagian daripada gambar-gambar kejayaan atlit Malaysia di temasya Sukan Komanwel XIX yang masih berlangsung di New Delhi, India. Foto ih...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 30 Oktober 2010. Oleh NAZERI NONG SAMAH, pengarang@utusan.com.my Allahyarham cikgu Ibrahim Omar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan