06/02/2011 7:21pm
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) daripada arah Utara menghala Selatan dan arah Selatan ke Kuala Lumpur hari ini mengalami kesesakan teruk berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baru Cina.
Jurucakap Plusline, Juhaimy Harun berkata, keadaan trafik adalah perlahan di kawasan Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di Pulau Pinang, Plaza Tol Simpang Pulai hingga Plaza Tol Slim River di Perak.
Kenderaan dari arah Ipoh berhampiran Plaza Tol Ipoh SelatanKUALA LUMPUR 6 Feb. - Keadaan lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) daripada arah Utara menghala Selatan dan arah Selatan ke Kuala Lumpur hari ini mengalami kesesakan teruk berikutan ribuan warga kota mula kembali ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baru Cina.
Jurucakap Plusline, Juhaimy Harun berkata, keadaan trafik adalah perlahan di kawasan Plaza Tol Sungai Dua dan Plaza Tol Juru di Pulau Pinang, Plaza Tol Simpang Pulai hingga Plaza Tol Slim River di Perak.
sekitar jam 4.00 petang tadi.
Laluan tengah ke Kuala Lumpur - tanpa perlu mengambil tiket.
Masih ada yang ambil kesempatan menggunakan laluan kecemasan.
"Manakala bagi aliran Selatan ke Kuala Lumpur, laluan yang dikesan mengalami kesesakan adalah di kawasan Plaza Tol Pedas Linggi hingga ke kawasan rehat dan rawat Seremban dan laluan Nilai ke Seremban,” katanya di sini.
Waktu petang tadi sekitar 4.00 petang.
Plaza Tol Ipoh Selatan petang tadi.
Turut mengalami kesesakan ialah laluan dari Plaza Tol Machap, Melaka ke Plaza Tol Sedenak yang menghala ke Johor Baharu, katanya.
Beliau berkata kesesakan yang berlaku sejak pukul 10 pagi itu adalah disebabkan pengguna jalan raya keluar serentak dan keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga malam ini. – Bernama
Source: Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan