Tarikh siar: 2011/02/08
Usia 76 tahun tak halang belajar di OUM
KOTA BHARU: Walaupun digelar mahasitua oleh rakan sepengajian, Awang Yusoff, 76, tidak berasa malu untuk bersaing dengan pelajar lebih muda daripadanya dalam menuntut ilmu di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) cawangan Kelantan.
Beliau dapat mengharungi semester pertama dalam bidang Pengajian Islam dan kini berada di semester kedua.
“Alhamdulillah, setakat ini dari segi fizikal saya masih sihat. Saya masih boleh berfikir dengan tenang dan tak ada halangan untuk belajar.
“Pelajaran ini kalau kata tak sukar sebenarnya ada jugak sukarnya sebab kita orang tua. Tetapi kerana cabaran dan cita-cita nak pegang ijazah, saya akan cuba untuk habiskan pengajian ini,” katanya kepada BERNAMA, semalam.
Awang dari Beris Kubor Besar, Bachok mengikuti pengajian selama lima tahun peringkat Sarjana Muda bermula September tahun lalu.
Beliau yang mempunyai tiga anak berusia 27 hingga 46 tahun mengakui sedikit sukar menyiapkan tugasannya kerana tidak mahir menggunakan komputer.
“Kalau untuk baca buku dan faham memang tak ada masalah. Cuma saya tak cekap menaip di komputer untuk cari bahan buat tugasan. Memang agak sukar tetapi dengan sokongan moral dan bantuan pensyarah, kawan-kawan dan keluarga, boleh juga disiapkan tugasan tepat pada masanya,” katanya.
Pengarah OUM Kelantan, Prof Datuk Nik Najib Nik Abdul Rahman, berkata Awang adalah golongan veteran yang wajar dijadikan contoh dalam menuntut ilmu.
“Saya bersyukur, Awang walaupun umurnya sudah 76 tahun, tetapi sanggup pikul beban sebagai seorang pelajar. Saya sentiasa memantau pergerakan Awang dan pelajar lain yang umurnya hampir sebaya mengenai pembelajaran mereka.
“Saya nampak sebenarnya untuk cari ilmu tidak kira tua atau muda dan saya lihat kemampuan mereka dalam kelas dan keputusan peperiksaan yang mereka peroleh ada kalanya cemerlang mengatasi pelajar lebih muda,” katanya.
Nik Najib berkata sehingga kini Pusat Pembelajaran OUM Kelantan memiliki hampir 2,500 orang pelajar dengan lebih lima peratus terdiri dari pelajar berusia melebihi 50 tahun.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Buah beka, kadang-kadang disebut bonglai – yang juga dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian tr...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh: 12 Oktober 2010. Oleh NORILA DAUD, pengarang@utusan.com.my PETALING JAYA 11 Okt. - Yang di-Pertuan Ag...
-
Sebahagian daripada gambar-gambar kejayaan atlit Malaysia di temasya Sukan Komanwel XIX yang masih berlangsung di New Delhi, India. Foto ih...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 30 Oktober 2010. Oleh NAZERI NONG SAMAH, pengarang@utusan.com.my Allahyarham cikgu Ibrahim Omar...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan