Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 02 Oktober 2010.
Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN
KOMBINASI reka bentuk seni bina dan hiasan dalaman yang diadaptasi daripada tradisi Melayu dan Asia Barat menjadikan ia berkonsepkan masjid dalam taman.
Lokasinya yang strategik di Jalan Duta juga menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Masjid Wilayah) paling mencuri tumpuan para pelancong tempatan mahupun luar negara. Sekali gus menjadikannya salah satu destinasi yang wajib dikunjungi.
Masjid indah lagi mempersona ini, bukan sekadar menjadi tumpuan umat Islam dalam melaksanakan ritual keagamaan.
Malah masjid yang mula digunakan pada 25 Oktober 2000 ini turut bergerak aktif dan berperanan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, khasnya bagi penduduk di sekitar Lembah Klang.
Masjid Wilayah cukup sinonim dengan majlis walimatulurus, baik di kalangan artis, orang kenamaan dan orang biasa.
Keindahan dan keunikannya menjadikan ia salah satu lokasi popular bakal raja sehari. Apatah lagi detik bahagia itu adalah bersejarah dalam diari kehidupan setiap insan.
Memandangkan tempahan terhadap Dewan Serbaguna dan dua Dewan Jamuan yang terpaksa dibuat berbulan-bulan awal, ia secara tidak langsung turut melibatkan permintaan kepada sewaan bilik-bilik inapan dan asrama.
Malah, permintaan terhadapnya boleh diumpamakan macam pisang goreng panas.
Seperkara yang mungkin belum diketahui ramai adalah kemudahan penginapan yang ada di masjid ini.
Bilik-bilik inapan iaitu empat buah dan deretan bilik-bilik asrama untuk lelaki dan perempuan sebanyak 22 bilik, ada di aras bawah masjid itu.
Bagai tidak percaya apabila ada kedengaran rungutan teman-teman bahawa mereka terpaksa menempah berbulan-bulan dan bila dapat pun tempohnya pula terhad.
Hakikatnya, situasi sebegini bukan diada-adakan tetapi ia diakui oleh Imam Besarnya, Zakariah Isa.
Katanya, sejak perkhidmatan bermula iaitu di awal masjid ini beroperasi, tempahan bilik-bilik inapan dan asrama boleh dikatakan sentiasa penuh.
“Uniknya, para pelanggan yang pernah menginap di sini bukan sahaja orang tempatan tetapi ada dari Afrika Selatan, Mauritius, Pakistan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.
Malah kata Zakariah, selain memberi kemudahan kepada ahli keluarga mempelai, pihaknya turut memberi keutamaan kepada acara-acara kendalian pihak masjid seperti program Qiamullail, tetamu masjid serta saudara baru yang memerlukan bantuan.
Sambutan yang menggalakkan ini juga kata Zakariah, mungkin kerana kadar sewa yang berpatutan iaitu RM45 semalam bagi bilik inapan manakala bilik asrama berharga RM30 semalam.
Di samping itu, bilik-bilik inapan ini dilengkapi perabot seperti katil, peti sejuk, set meja kopi, kipas, televisyen, almari pakaian, bilik air dan biliknya pula berhawa dingin.
Bagi bilik asrama, walaupun berkongsi bilik air tetapi kelengkapan yang ada hampir sama dengan konsep bilik inapan. Setiap bilik boleh memuatkan dua orang.
“Malah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang melangsungkan pernikahan, kami juga menyediakan Dewan Pernikahan secara percuma,” tambahnya.
Menyedari permintaan yang semakin mendesak dan kawasan masjid yang masih luas, pada mesyuarat pelan perancangan strategik Masjid Wilayah baru-baru ini, diusulkan pembinaan sebuah Bajet Hotel beserta lot kedai di bahagian tanah lapang yang mengadap bangunan Lembaga Peperiksaan.
“Pembinaannya ini bukan membazir. Malah kutipan bagi sewaan, sama ada dewan mahupun bilik-bilik penginapan, mencatatkan kutipan tertinggi. Dari sini, kita dapati masjid kini turut mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Usaha ini juga dilihat sejajar dengan matlamat Masjid Wilayah mengubah persepsi orang ramai bahawa masjid bukan hanya untuk ibadat tetapi mengembalikan fungsi masjid seperti zaman kegemilangan Islam dahulu,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Masjid Wilayah, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, bagi memperkenalkan masjid kepada bukan Islam, beliau selalu mengatur pertemuan dengan diplomat asing di masjid berkenaan.
Biasanya, kata beliau, pertemuan dibuat selepas solat asar dan berlarutan hingga maghrib.
“Jadi, seusai maghrib saya akan mengajak mereka ke atas melihat kita solat dan mereka amat menghargainya. Kerana itulah kali pertama menjejak kaki ke dalam masjid,” katanya.
Kata beliau, pihaknya juga bercadang menjemput murid-murid dari sekolah antarabangsa sekitar ibu negara melawat masjid berkenaan.
“Ini sebagai pendedahan awal Islam kepada mereka,” katanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
2 ulasan:
Assalamualaikum En Idris
Idea yg sunggu bernas
menafaat ntuk umat islam
menguntungkan dan menyenangkan pelancung
Wassalam
En Rozali,
Wa'alaikumussalam wr wb,
Rasanya elok diikuti oleh masjid-masjid lain, terutamanya di bandar-bandar besar.
Sekurang-kurangnya menambah pendapatan masjid, meninggikan lagi elaun para petugas masjid yang berkaitan penginapan ini.
Kedai-kedai menjual keperluan umat Islam elok sangat dibuat berhampiran masjid.
Wassalam.
Catat Ulasan