TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 22 Januari 2012

Pameran Kesultanan Perak di Dewan Bandaran Ipoh

By Idris Ismail Talu.

Pameran Kesultanan Perak diadakan sebagai salah satu tarikan dalam kempen menarik pelancong sepanjang tahun Melawat Perak. Pameran ini diadakan di Dewan Bandaran Ipoh yang terletak berhampiran dengan stesen keretapi Ipoh dan Masjid Sultan Idris Shah atau yang lebih dikenali sebagai masjid negeri.

Pamiran ini telah pun dirasmikan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah tidak lama dahulu.




Pameran ini telah dibuka kepada orang ramai secara percuma dari jam 10 pagi hingga 5 petang, untuk memaparkan pelbagai maklumat dan gambar mengenai peranan dan sejarah kesultanan Perak.


Penulis paparkan beberapa foto yang dipaparkan di pameran tersebut.






Sabtu, 21 Januari 2012

Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi

By Idris Ismail Talu


Sheikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang ilmuan Islam yang cukup tinggi pengatahuan Islamnya. Beliau merupakan seorang ulama terkenal di Makkah, selain dari menjadi khatib dan imam di Masjidil Haram, Makkah.

Mempunyai ramai muridnya bertaburan khususnya di alam Melayu ini. Ketegasannya dalam mempertahankan kemurnian ajaran agama Islam menyebabkan beliau disegani oleh semua pihak.

Menurut Prof. Dr. Hamka, Sheikh Ahmad Khatib dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1276 Hijriyah di Minangkabau.

Jumaat, 20 Januari 2012

Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874 di Ipoh

IPOH 20 Jan. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874 yang diadakan di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak, Norjanati Ibrahim.

Menurut Norjanati, pameran berkenaan yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai sejarah sembilan sultan serta raja-raja bergelar yang terlibat dalam sistem pemerintahan negeri ini akan mula dibuka kepada umum bermula esok sehingga 29 Februari depan.

''Pada mulanya pameran ini hanya dibuat di istana. Namun, apabila memikirkan banyak maklumat penting yang terdapat pada pameran ini yang masih tidak diketahui rakyat, kami membuat keputusan untuk membukanya kepada umum.

''Selain pelbagai maklumat, turut dipamerkan gambar bernilai mengenai sembilan sultan memerintah Perak bermula pemerintahan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad (1874-1876) hingga pemerintahan Sultan Azlan Shah. Gambar ini kebanyakannya tidak pernah menjadi tatapan umum," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pameran yang diadakan sebagai salah satu pengisian Tahun Melawat Perak itu dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk hujung minggu.

Norjanati berkata, pihaknya juga bercadang membawa pameran secara percuma itu ke daerah seluruh negeri ini bagi membolehkan setiap lapisan rakyat mengunjunginya.

''Kita mahu semua rakyat negeri ini dapat memperoleh maklumat berguna pada pameran julung kali ini. Untuk itu, kita bercadang membawanya ke daerah lain dan kita sedang mencari tempat sesuai.

''Begitu juga mereka yang tinggal di negeri berhampiran. Saya berharap mereka dapat meluangkan masa mengunjungi pameran ini bersama keluarga masing-masing kerana banyak manfaat mereka dapat," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Khamis, 19 Januari 2012

Menteri dan timbalan menteri berbeza pandangan

Oleh Johari Ibrahim dan Haika Khazi, bhnews@bharian.com.my
2012/01/20
Tak perlu isytihar harta jika tiada isu, boleh bahaya individu serta keluarga

PUTRAJAYA: Menteri dan timbalan menteri berbeza pandangan mengenai saranan supaya salinan dokumen perisytiharan harta mereka dan keluarga terdekat turut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan integriti kerajaan seperti dicadangkan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata tidak perlu dokumen berkenaan diserahkan kepada SPRM jika tiada isu untuk siasatan. “Tidak perlu (serah kepada SPRM), kita hanya beri kepada Perdana Menteri. SPRM akan menyiasat jika ada sesuatu luar biasa, bukan tugas kami melaporkan (harta) kepada SPRM.

“Mengapa kita perlu menganggap ahli politik terbabit dengan rasuah...integriti penting bagi ahli politik, kita masuk bertanding pilihan raya, tentu kita menjaga nama baik, tidak mahu terbabit rasuah, kenapa perlu adakan permintaan terlalu ketat kepada ahli politik,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan perkara itu.

Nazri juga tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak supaya menteri dan timbalan mendedahkan perisytiharan harta kepada umum kerana ia boleh membahayakan keselamatan individu berkenaan serta keluarga.

Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dalam akhbar semalam, berkata LPPR mencadangkan kerajaan mewajibkan semua anggota Kabinet dan ahli keluarga terdekat termasuk anak dan pasangan masing-masing menyerahkan salinan dokumen perisytiharan harta kepada SPRM bagi meningkatkan integriti kerajaan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau menyambut baik cadangan itu kerana mampu meningkatkan imej dan ketelusan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Naib Presiden Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata cadangan itu dapat memberi gambaran kepada rakyat kerajaan bersih daripada amalan rasuah.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata pelaksanaan cadangan itu tidak wujud sebarang keburukan.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Rabu, 18 Januari 2012

Warong Mak Teh Di Kuala Sepetang

By Idris Ismail Talu.

Suatu malam, penulis beserta isteri dan dua orang anak, singgah di “Warong Mee Banjir Udang” milik Mak Teh di pekan Kuala Sepetang, dulunya dikenali sebagai Port Weld.

Maklumat Warong Mak Teh

Mee Banjir Udang.


Harga jualan di Warong Mak Teh.

Dalam setiap mangkok mee banjir ini diisikan juga dengan sekurang-kurangnya lapan ekor udang segar yang bersaiz sedehana besar. Memang cukup memuaskan.

Suasana Warong Mak Teh di waktu malam.

Selasa, 17 Januari 2012

Malaysia jadi tumpuan pada Pameran Pelancongan Pengguna Jerman

myMetro Mutakhir

Tudung saji.

STUTTGART: Malaysia, yang mempamerkan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, menjadi tumpuan sebagai 'negara rakan kongsi' pada Pameran Pelancongan Pengguna CMT yang sedang berlangsung di Stuttgart, dari 14 hingga 22 Jan.

Semasa majlis perasmian pada Sabtu itu, Pavilion Malaysia dikunjungi datuk bandar Stuttgart diiringi pengerusi Messe Stuttgart, penganjur pameran itu dan pegawai tinggi Jerman yang lain.

Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Ibrahim Abdullah datang dari Berlin ke Stuttgart untuk memberi sokongan kepada pameran Malaysia.

Delegasi Malaysia diketuai Datin Normasilah Musa, pengarah serantau untuk pasaran antarabangsa di Tourism Malaysia, manakala pengarah pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt, Syed Yahya Syed Othman, merupakan orang penting bagi pertunjukan Malaysia.

Di sebalik krisis ekonomi di Eropah yang membawa kepada kejatuhan nilai Euro menyebabkan pelancong Eropah berjimat, Malaysia masih boleh mencatat 1,147,992 pengunjung dari benua itu pada 2010. – Bernama

Source: Harian Metro Malaysia Online.

Isnin, 16 Januari 2012

Malaysia destinasi percutian pelancong


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian yang lebih menarik bagi pelancong tempatan dan asing.

Perdana Menteri memberi contoh, berdasarkan kepada Pelan Tindakan Pelancongan bagi Langkawi yang dilancarkan Disember lalu, ia bertujuan menjadikan pulau itu sebagai destinasi popular setanding dengan Pulau Seychelles, Mauritius dan Bali.


Pelan itu jelasnya, dijangka dapat mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan dan menjana pendapatan sehingga RM3.8 bilion di pulau berkenaan dengan jangkaan kehadiran tiga juta pelancong menjelang 2015.

"Perkara-perkara yang menjadi kebiasaan bagi kita seperti minum teh tarik di kedai mamak, membeli-belah di pasar malam serta menikmati buah-buahan tempatan seperti durian dan langsat menjadi tarikan bagi pelancong dan rakyat asing.


"Saya dapati perkara inilah yang dirindui oleh rakyat Malaysia di perantauan apabila saya ke luar negara dan berinteraksi dengan mereka. Bagi kita yang tinggal di negara ini hampir seumur hidup, ia satu rahmat kerana semuanya begitu mudah untuk kita perolehi sepanjang masa.

"Mungkin atas kesedaran ini atau mungkin disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup, rakyat Malaysia kini cenderung memilih destinasi percutian tempatan khususnya, keluarga yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM1,001 hingga RM3,000 sebulan yang merangkumi kumpulan pelancong tempatan teramai," katanya.


Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru bertajuk 'Khazanah Istimewa Malaysia' di blognya, http://www.1malaysia.com.my.

Kata Najib, rakyat seharusnya menghargai persekitaran serta khazanah negara termasuk budaya yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara istimewa.

Dalam perkembangan sama, beliau gembira dengan pengiktirafan Melaka sebagai salah satu tempat yang 'mesti dilawat' pada tahun ini oleh The New York Times.


"Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan kepelbagaian jenis makanan, tidak dinafikan Melaka layak diberikan pujian sebegitu.

"Ada kalanya perspektif rakyat asing seperti di atas (pengiktirafan) membantu untuk mengingatkan kita tentang unsur-unsur yang membentuk keunikan kita sebagai rakyat Malaysia," tambahnya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Seperti melepaskan batok di tangga.

By Idris Ismail Talu.


Peribahasa lama Melayu ini kadang kala disalah tafsirkan maknanya. Kesilapan ini memberikan tafsirannya bermula dari kesilap fahaman tentang perpindahan dari tulisan ejaan jawi kepada tulisan rumi.

Ejaan jawi “ba alif taw au kaf” boleh dibunyikan batok mahu pun batuk, dua hal yang amat berbeza. Batok ialah tempurung kelapa, sedang batuk pula ialah sejenis masalah kesihatan yang berkaitan masalah kerongkong atau paru-paru manusia.

Batok yang dimaksudkan dalam peribahasa di atas ialah tempurung kelapa samada bertangkai atau tidak bertangkai yang digunakan untuk mencebok air, biasanya di dalam pasu atau tempayan, untuk membersihkan kaki kita sebelum masuk ke dalam rumah.

Masyarakat Melayu zaman dahulu, kebanyakannya mengusahakan sawah padi. Oleh itu, bila tiba di rumah dari sawah mereka, biasanya dengan kaki berselut atau berlumpur. Untuk mengelakkan terbawa kekotoran dari sawah tadi masuk ke dalam rumah, masyarakat Melayu menyediakan banyak air dalam tempayan atau pasu di tepi tangga. Untuk mencedok air dari dalam pasu atau tempayan ini, disediakan tempurung kelapa yang cantik, biasanya bertangkai kayu. Tempurung kelapa ini disebut batok kelapa atau batok sahaja.

Telah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, selepas membasuh kaki, batok tadi dilepaskan di sana sini di tepi tangga tersebut hingga timbulnya peribahasa ini, “Seperti melepaskan batok di tangga.” Suatu kerja yang dilakukan secara tidak konsisten, tidak bersungguh-sunguh.

Ahad, 15 Januari 2012

Acara Sastra Numera di Rumah Pena Kuala Lumpur


By Lily Siti Multatuliana Sutan Iskandar


Pengertian konsep Nusantara bagi kebanyakan orang Indonesia mempunyai arti Negara Indonesia, akan tetapi bagi dunia International yang disebut Nusantara adalah mencakup Daerah-daerah di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Brunei serta Pilipina Selatan dan Thailand Selatan dimana bangsa Melayu menetap.

Pada awal Desember tahun lalu saya diundang oleh SN Datuk Ahmad Kamal Abdullah yang sering dipanggil Datuk Kemala, untuk menghadiri Dialog Sastra Numera.

Sastrawan dari malaysia yang hadir pada Dialog ini Datuk Kemala, Puzi Hadi dan sastrawan lain nya dan dihadiri juga oleh Sastrawan senior dari padang Rusli Marzuki Saria yang telah dinobatkan sebagai Maestro Sastra oleh Dewan Kesenian Sumatra Barat yang sering dipanggil Papa Rusli karena telah dianggap menjadi Papa-nya Sastrawan Sumatra Barat dan turut hadir pula Sastry Bakri, Novelis yang juga aktif di kegiatan sastra, budaya di Indonesia dan Malaysia dan pernah mendapatkan Anugerah Srikandi Tun Fatimah dari Ketua Meneri Melaka yang disematkan oleh PM Abdullah Badawi pada 2007 di Melaka dan hadir pula penulis terkenal Indonesia yang juga Kompasianer, Pipiet Senja serta penyair Eka Budianta dari Jakarta yang karya karya sudah banyak di perbincangkan di dunia sastra.

Pada kesempatan itu Sastry juga membawa rombongan pemenang Lomba Cipta Puisi Padang 2011 tingkat nasional yang diselenggarakan Ikatan Alumni Don Bosco Padang sebagai hadiah utama mengikuti kegiatan Wisata Sastra ke Malaysia. Rombongan penyair muda dari Indonesia saat itu adalah Muhammad Subhan,Yandigsa, F Rizal Alief serta ikut pula dalam rombongan Nita Indrawati, ketua IKAPI Sumatra Barat yang aktif menulis di Padang Media.com.

Lily Siti Multatuliana Sutan Iskandar

Siang itu bersama Rosmiaty Shaari, penyair Malaysia yang 2 bulan lalu meluncurkan bukunya di PDS HB Yasin di Jakarta, dan Eflieza Arsyad, journalist Melaka Hari Ini (Koran local yang terbit di Melaka) kami meluncur ke ke Rumah Pena di KL, tempat akan berlangsungnya Dialog Sastra Numera yang di gagas oleh Datuk Kemala.

Akan tetapi kedatangan rombongan sastrawan Indonesia mengalami keterlambatan tiba di KL. Hanya Pipiet Senja yang sudah berada di KL kala kami sampai ke Rumah Pena. (Pena, Persatuan Penulis Nasional Malaysia yang pada tgl 16 Desember 2011 merayakan ulang tahunnya yang ke 50 yang dirayakan secara besar2an di Hotel Berbintang di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh PM Malaysia dan para Sasterawan Negara dan pemenang Anugerah Penulis Asia Tenggara atau S.E. A Write Award ). Tak lama kemudian teh Pipiet tiba di Rumah Pena diantar oleh Ifendayu, salah satu Kompasianer Malaysia warga Indonesia yang tengah bekerja di Malaysia.

Sambil menunggu teman teman yang lain kita bersilaturahmi dan teh Pipiet mengeluarkan karya2 nya dan ada beberapa yang membeli termasuk saya yang ternyata banyak juga buku teh pipiet yang belum saya miliki.

Dato Kemala, sastrawan Malaysia yang baru saja mendapat gelar Sastrawan Negara ke 11 di bulan Mei 2011, membagikan secara gratis kepada teman2 buku antologi puisi, Dampak 70 Kemala yang berisi karya penyair2 Malaysia dan Penyair Indonesia dan salah satu karya saya pun ada di buku tsb, dengan dibubuhi tanda tangan beliau.

Ketika rombongan sastrawan dari Indonesia datang, acara dimulai dan kita bersilaturahmi dan saling memperkenalkan diri antara Sastrawan Malaysia dan Sastrawan dari Indonesia yang hadir pada waktu itu. Dan dilanjutkan ramah tamah. Pembicaraan Dialog Sastra Numera dibatalkan karena waktu nya sudah menjelang senja sedangkan Datuk Kemala mempunyai kegiatan lain dan meninggalkan tempat acara.

Malamnya dilanjutkan dengan pembacaan puisi Numera, sebelumnya saya diminta oleh Datuk Kemala untuk membacakan puisi Padamu Jua karya Amir Hamzah. Sangat tersanjung sekali buat saya membaca puisi di tengah tengah khalayak Sastra baik penyair2/Sastrawan Indonesia yang di dunia sastra Indonesia tak asing lagi seperti Eka Budianta dan Rusli Marzuki serta Sastry Bakri dan penyair2/Sastrawan Malaysia yang sudah begelar Sastrawan Negara dan pemenang SEA Write Award dan penyair penyair terkenal lain nya seperti Rosmiaty Shaari, Puzi hadi, dan Prof Madya Dr Arbak Othman, Prof Ir Dr Irwan Abu Bakar serta penyair2 E Sastra dan Muhammad Saleeh Rahamad dan banyak lagi.

Selesai acara baca puisi yang juga diliput oleh Koran Nasional Malaysia, Berita Harian yang terbit di Kuala Lumpur, rombongan Sastrawan dari Indonesia melanjutkan perjalanan ke Melaka dan menginap di rumah Penama (Persatuan Penulis Melaka yang beranggotakan penulis, penyair warga Malaysia yang menetap di Melaka, saya satu2 nya WNI yang aktif dalam organisasi ini)

Keesokan harinya rombongan Sastrawan dari Indonesia dengan dipandu oleh beberapa orang anggota Penama, Moch Isa, Ahmad Zauawi dan Zainal Jaslan, Rosmiaty Shaari, mengadakan wisata di Melaka. Pertama kita mengunjungi Musium Sastra yang memamerkan karya sastra sastrawan dari Melaka dan sejarah penulisan dan karya sastra sejak dulu kala.

Kemudian setelah makan siang di restaurant Rumah Melaka, yang baru saja dibangun dengan menampilkan bangunan gaya khas rumah Melaka, rombongan melanjutkan perjalanan ke lokasi wisata ke Sumur Hang Tuah, sumur yang diyakini dibangun oleh Hang Tuah dan air nya tak pernah kering dan diyakini oleh sebagian orang dapat membuat awet muda bila kita mencuci muka disana (wowlohualam deh).

Hari sudah menjelang petang sebelum para rombongan beristirahat masih menyempatkan untuk menikmati River Cruise yaitu menggunakan boat menyusuri sungai Melaka. Malam nya ada pertemuan silaturahmi antara anggota Penama dan rombongan dari Indonesia. Saya tak mengikuti acara ini karena keesokan hari nya saya ada acara di Kuala Lumpur bersama Persatuan Wanita Minang Malaysia.

Mula diterbitkan di facebook Puan Lily Siti Multatuliana Sutan Iskandar)
(Disiar semula dengan izin penulis)

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar

By Idris Ismail Talu.

Buah nenas disusun dalam bentuk menarik.

Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar baru-baru ini, agensi yang terlibat telah mempamirkan beberapa jenis buah-buahan di situ।



Antanya ialah buah nenas dari pelbagai jenis. Nenas yang dipamerkan antaranya ialah dari jenia Maspine, Josapine dan Moris.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran