Tarikh : 2012/02/08
KETIKA usaha mengemaskini skim baru gaji kakitangan awam dilakukan, kerajaan tidak melupakan kebajikan pesara tentera yang pernah menabur bakti ketika berkhidmat dalam mempertahankan keamanan negara. Menerusi pelarasan itu, kira-kira 103,000 pesara tentera akan menikmati kadar baru pencen dengan kenaikan antara 2.5 hingga lapan peratus yang dibayar secara berperingkat mulai akhir bulan ini. Skim saraan baru itu sejajar dengan pelarasan pencen lebih 600,000 pesara kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012.
Langkah itu membuktikan kerajaan mampu menunaikan janjinya kepada setiap lapisan rakyat dan bukan sekadar janji kosong seperti dilakukan pembangkang. Apa yang menarik dalam pelarasan ini ialah ia turut membabitkan waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak yang akan ditentukan berdasarkan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan. Seramai 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu, manakala baki 80,300 pesara yang pencen sebelum tarikh berkenaan diselaraskan selepas kelulusan jadual gaji baru di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kenaikan dinikmati anggota yang berkhidmat selama lebih 21 tahun itu membolehkan pesara tentera menerima pencen bulanan minimum RM777.60 berbanding RM720 sebelum ini. Sementara itu seramai 175,000 anggota yang menamatkan perkhidmatan kurang daripada 21 tahun yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan akan dibantu menerusi program latihan khusus bagi membolehkan mereka mencebur perniagaan dan mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.
Kita percaya kadar pencen bulanan pesara tentera itu tidak akan ‘mati’ di situ saja. Sebagai kerajaan prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya mereka yang pernah berbakti kepada negara, apatah lagi dalam menjaga keamanan, tentunya kadar itu dikaji mengikut keadaan semasa. Selain pelarasan pencen, kerajaan juga sebelum ini mengumumkan sumbangan sekali bayar RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang berjumlah hampir 62,000 orang.
Kita yakin pelarasan pencen itu, yang menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan semua golongan rakyat di negara ini, disambut baik dan dihargai bekas tentera dan waris mereka dengan hati terbuka. Langkah itu sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak, khususnya pembangkang yang asyik memperlekeh slogan kerajaan iaitu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ia juga satu manifestasi bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan anggota keselamatan yang sudah bersara tanpa diberi pembelaan sewajarnya.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 8 Februari 2012
Universiti Indonesia sedia pelihara hubungan
Tarikh & masa: 08/02/2012 6:19pm
JAKARTA 8 Feb. - Universiti Indonesia (UI) bersedia membantu menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia bertujuan memelihara dan membina hubungan dua hala yang lebih baik antara kedua-dua buah negara.
Jawatankuasa bersama itu yang dicadangkan dianggotai oleh ahli akademik, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan dari kedua-dua negara, diyakini dapat memain peranan berkesan menyelesaikan masalah yang sering mengganggu hubungan antara kedua pihak.
Dekan Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya UI, Dr. Bambang Wibawarta berkata, beliau pernah mengemukakan cadangan penubuhan jawatankuasa itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak lama dulu.
Beliau percaya jawatankuasa itu dapat mewujudkan sinergi mencipta jaringan pertukaran maklumat tepat mengenai kedua-dua negara sehingga boleh memelihara hubungan harmoni di peringkat rakyat.
"Dalam jawatankuasa bersama ini, kita boleh duduk mencari penyelesaian membantu pemimpin kedua-dua negara menimbulkan kesedaran baru tentang pelbagai hal melibatkan Malaysia dan Indonesia," katanya.
Hubungan Malaysia dengan Indonesia, kata Bambang, meliputi pelbagai aspek penting dan secara perbandingan berbeza dengan hubungan dengan negara-negara lain.
Katanya, aspek hubungan yang sangat penting antara kedua-dua negara itu termasuklah di bidang ekonomi, budaya, sosial dan pertahanan. – BERNAMA.
Source: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 6 Februari 2012
Pensyarah Korea cinta terhadap tulisan jawi
KETIKA budaya K-pop popular dan diminati kalangan generasi muda negara ini, seorang ahli akademik Korea Selatan pula mengakui beliau menyukai tulisan jawi.Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Busan University of Foreign Studies, mempunyai pandangan tersendiri mengenai tulisan jawi dan budaya Melayu.
Dr. Kang, 57, yang fasih berbahasa Melayu, begitu meminati semua perkara mengenai tulisan jawi yang disifatkannya begitu indah.
“Budaya Melayu ini, daripada lagunya, bahasanya, semua amat halus dan lembut membuatkan saya jatuh cinta terutama lenggok tulisan jawi,” katanya.
“Pensyarah saya masa itu beritahu bahawa Malaysia memiliki tulisan unik diberi nama tulisan jawi. Bila saya tanya apa itu tulisan jawi, pensyarah saya tidak tahu.
“Di Korea masa itu tiada buku tulisan jawi, rujukan mengenai jawi pula amat kurang. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mengkaji tulisan ini,” katanya.
Pada 1982, pertemuan Dr. Kang dengan seorang pendakwah Islam bernama Abdul Ghani yang berasal dari Pattani, Thailand di Busan, merupakan titik penting percintaannya dengan tulisan jawi.
Melalui Abdul Ghani, Dr. Kang mengenali huruf jawi dan sistem penulisan itu.
Buku tulisan jawi bertajuk Sejarah Melayu Pattani, menjadi kegemarannya pada masa itu.
Dr. Kang membulatkan tekadnya untuk pergi ke Malaysia bagi mendalami tulisan jawi. Pada tahun 1984 impiannya menjadi kenyataan apabila mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Namun persepsi rakyat Korea Selatan terhadap Malaysia pada masa itu menjadi cabaran besar bagi Dr. Kang dalam merealisasikan impiannya.
“Masa itu Korea Selatan tidak mengenali Malaysia seperti sekarang. Kita sekarang kawan baik. Dulu orang Korea tengok Malaysia sebuah negara yang mundur, miskin dan banyak masalah.
“Ibu bapa saya masa itu menangis tidak mahu benarkan saya pergi Malaysia. Tetapi saya sudah cintakan tulisan jawi. Saya mahu pergi belajar tulisan itu di Malaysia,” katanya.
Setelah melakukan kajian terhadap tulisan jawi sejak sekian lama, Dr. Kang mengakui amat tertarik dengan kitab al-Quran yang disifatkanya sebagai anugerah paling bernilai buat umat Islam di seluruh dunia.
“Paling menarik perhatian saya bagaimana tulisan jawi dalam kitab al-Quran mampu menghasilkan cara bacaan yang amat indah sekali. Saya selalu dengar orang baca di tilawah al-Quran, amat indah dan buat jiwa saya tenteram,” katanya.
Dr. Kang berkata generasi muda Malaysia sekarang tidak menyedari betapa bertuahnya mereka memiliki sebuah warisan unik yang menjadi identiti dan penyambung legasi bangsa.
“Tulisan jawi sekarang sudah tenat. Tidak ramai generasi muda tahu membaca dan menulis jawi. Bilangan pakar jawi juga semakin berkurangan kerana ramai pakar yang saya kenali telah bersara tanpa ada pengganti,” katanya.
Dr. Kang menyertai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai pensyarah pada 2010.
“UPSI sebuah universiti yang mendidik guru. Jadi bila saya ajar guru ini tulisan jawi, mereka akan ajar tulisan jawi ini kepada anak murid mereka, yang juga generasi muda negara ini. Maka semakin ramai tahu tulisan jawi,” katanya.
Beliau berkata pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak berkuasa pendidikan supaya kembali kepada sistem ejaan jawi Za’ba yang lebih ringkas dan mudah difahami.
Media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.
Dr. Kang berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat Malaysia.
Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemah lebih banyak buku ke tulisan jawi. – BERNAMA
Source: Utusan Malaysia Online.
Ahad, 5 Februari 2012
Sultan Johor isytihar Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja
Tarikh: 2012/02/05
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor.
Sultan Johor membuat pengisytiharan terbabit pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM).
"Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan," titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan maulidur rasul.
Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. – BERNAMA
Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Hassan penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul
PUTRAJAYA 5 Feb. - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.
Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.
Hassan terpilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pelbagai aspek merangkumi pengajian Islam, sektor perbankan dan muamalat serta sumbangan kemasyarakatan.
Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan setakat ini telah menghasilkan empat buah buku.
Hassan ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberi pengiktirafan tertinggi tersebut.
''Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur majlis sambutan yang memilih saya sebagai penerima.
''Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang berhak menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Selain Hassan menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, seramai lapan orang lagi turut terpilih untuk menerima anugerah sempena dengan sambutan peringkat kebangsaan tersebut.
Mereka termasuk Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Toh Puan Wan Asiah Ahmad; bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan, Abdul Razak Mat Saat; Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Ir. Dr. Muhammad Fuad Yeoh dan Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn. Bhd., Shah Kirit Kakulal Govindji.
Turut menerima anugerah ialah bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong; bekas Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli, Hussein Ngahyin dan pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhammad Hadi Darus.
Pemenang Anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan dalam menjalankan tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Sabtu, 4 Februari 2012
Bandar DiRaja Kuala Kangsar Di Waktu Malam
Idris Talu
Jam Besar Kuala Kangsar.
Jambatan Sultan Abdul Jalil di waktu malam.
Penduduk Kuala Kangsar menikmati suasana malam di tepi Sungai Perak.
Keindahan Kuala Kangsar di waktu malam - bermandikan cahaya.
Kuala Kangsar.
Antara yang anda boleh lihat di Kuala Kangsar.
Jumaat, 3 Februari 2012
Bila bumi dipijak milik orang
Oleh NURUL ANUAR KARI, anuar.kari@utusan.com.my
ORANG Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.
Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.
Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.
Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.
Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.
Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.
Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.
Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.
'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.
Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.
Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.
Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.
"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.
"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.
Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.
Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.
"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.
"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.
Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.
"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.
Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.
"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.
"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.
Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.
"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.
"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.
"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.
"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.
Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).
"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.
Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.
"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.
"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.

Khamis, 2 Februari 2012
Pelantikan Prof. Dr. Awang Sariyan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
Idris Ismail Talu.
Menurut sumber yang layak dipercayai, Prof. Dr. Awang Sariyan telah terpilih untuk menerajui Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang baru mulai 1 Feb 2012.
Acara penyerahan tugas telah pun dilaksanakan pada 31 Januari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2012.
Penulis blog ini serta rakan-rakan yang mencintai bahasa Melayu mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr. Awang Sariyan atas pelantikan ini.
Prof Dr. Awang Sariyan merupakan mantan Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, Beijing Foreign Studies University (Januari 2008-Julai 2011); kembali ke Malaysia pada awal bulan Ramadhan yang lepas.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Bahasa DBP, menjadi Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaya. Beliau juga pernah menjadi tenaga akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Prof. Dr. Awang Sariyan juga pernah menjawat jawatan sebagai Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara.
Beliau juga dilantik sebagai Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura; Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008); serta aktif dalam aktiviti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Prof. Dr. Awang Sariyan telah menyampaikan lebih dua ratus ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Rusia, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand).
Beliau berpengalaman sebagai penatar kursus bahasa dan penulisan profesional; penulis lebih 50 judul buku bahasa,pendidikan dan falsafah, serta kamus. Semasa berkhidmat di Beijing, beliau diberi penghormatan oleh UPSI yang melantiknya sebagai Profesor Adjung (2009-2011).
Prof. Dr. Awang Sariyan telah menulis lebih 60 judul buku ilmiah, buku umum, buku teks dan kamus, antaranya:
Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia, DBP (1980, 1981),
Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Edisi Kedua, Penerbit Sarjana (1984, 1985),
Isu-isu Bahasa Malaysia, Penerbit Fajar Bakti (1984, 1985),
Kesinambungan Bahasa dalam Karya Sastera Melayu, Penerbit Fajar Bakti (1986),
Ceritera Bahasa, DBP (1994, 1995, 2000),
Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia, DBP (1996, 2000),
Teras Pendidikan Bahasa Melayu, PTS (2004),
Tertib Mengarang, Asas Retorik untuk Pelajar dan Pendidik, DBP (2004),
Tuntunan Bahasa, Asas Pegangan Pelajar, Pearson (2004, 2005),
Suara Pejuang Bahasa (Ed.), PLM (2005).
Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku, PLM (2009)
Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam, ABIM-IKDAS (2010)
http://idristalu.blogspot.com/
Prof. Dr. Awang Sariyan

Rabu, 1 Februari 2012
Keindahan Muzium DiRaja Perak di Kuala Kangsar.
Idris Ismail Talu.
Muzium ini asalnya dikenali sebagai Istana Lembah. Menjadi istana sementara untuk D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah kerana ketika itu Istana Iskandariah masih dalam pembinaannya.

Muzium yang indah dan penuh kenangan ini dibina di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dalam negeri Perak Darul Ridzuan.
Penulis paparkan sebahagian dari keindahan luaran muzium ini untuk tatapan pembaca budiman.
http://idristalu.blogspot.com/
Muzium ini asalnya dikenali sebagai Istana Lembah. Menjadi istana sementara untuk D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah kerana ketika itu Istana Iskandariah masih dalam pembinaannya.
Betapa indahnya bangunan istana lama ini.

Muzium yang indah dan penuh kenangan ini dibina di Bukit Chandan, Kuala Kangsar dalam negeri Perak Darul Ridzuan.
Penulis paparkan sebahagian dari keindahan luaran muzium ini untuk tatapan pembaca budiman.
http://idristalu.blogspot.com/
Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874 di Ipoh
Idris Ismail Talu
Kegemaran berolahraga telah wujud sekian lama di kalangan raja-raja dan rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan.

Gambar di atas menunjukkan salah satu suasana semasa permainan polo diadakan di Kuala Kangsar, Perak dalam tahun 1917. Gambar ini di rakam semula semasa penulis blog ini melawat "Pameran Kesultanan Perak Dari Tahun 1874" yang sedang diadakan di Ipoh.

Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...