TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Durian. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Disember 2013

HENTIAN REHAT & RAWAT BUKIT GANTANG UTARA

Jika kita datang dari arah Ipoh dan hendak ke Utara (Pulau Pinang atau Kedah atau Perlis), selepas hentian R & R Sungai Perak Utara, kita akan sampai ke hentian ini. Hentian R & R ini terletak di kawasan bekas sawah padi yang dikelilingi kawasan dusun-dusun (orchards) buah-buahan yang boleh dianggap antara yang terbaik di Perak.

Bukit Gantang Utara




Bas dan lori juga ikut berehat di Bukit Gantang Utara.
Suasana di sini agak nyaman.

Ramai yang berhenti untuk melepaskan lelah memandu.



Pastikan dahulu kemana tujuan kita.

Untuk mengisi perut yang berkeroncong pun ada tempatnya.
 Nak mencari buah-buahan pun banyak pilihannya.
 Selain dari buah-buahan, kacang tanah yang telah direbus pun ada.
Limau Tambun atau pomelo atau jeruk besar pun banyak di sini.
Rambutan agak tinggi juga harganya - sekitar RM6 sekilogram.
D24 - Durian baka Malaysia asli, berasal dari Bukit Merah - antara durian terbaik di Malaysia - banyak dijual di Bukit Gantang Utara ini.
Satu lagi klon durian asal Malaysia - Mosang king.
Harganya sekitar RM30.00 sekilogram.
Manggis pun ada - cukup manis dan menyelerakan.
Pelbagai jenis  buah dapat anda beli di sini.
Pilih sajalah buah kesukaan kita.
Cempedak istimewa ini pun ada juga.
Durian kampung pun tidak kurang keistimewaannya.
Durian kunyit pun sedap juga.

Tepuk dada tanya selera sendiri.



Idris Talu

Isnin, 18 Jun 2012

Musim Buah-buahan Datang Lagi


إدريس تالو
Idris Talu

 Durian yang hampir gugur.

Mereka yang mempunyai dusun patut bersyukur dengan anugerah Allah ini. Bila musim bertukar, rezeki juga berubah, biasanya lebih banyak pula.

Walau pun jika berkurangan, rezeki dari Allah tersebut patut kita syukuri juga. Jangan jadi seperti sesetengah orang, buah-buahan berkurang, dia merungut buah kurang, harga buah-buahan turun sedikit, dia merungut harga jatuh.

Bila hasil dusun melonjak - buah bertambah, harga meningkat, dia tidak bersyukur. Semoga Allah menjauhkan kita dengan sifat buruk ini.

 Petai yang sudah boleh dipetik.

Isnin, 13 Februari 2012

Buah Durian, Buah Alam Melayu.

Idris Talu

Durian dari Kati, Kuala Kangsar.

Buah durian – namanya menggambarkan rupa buahnya, berduri. Duri ialah perkataan Melayu sejati. Oleh itu, durian ialah buah asli dari alam Melayu, alam Nusantara ini. Seluruh dunia menyebutnya sebagai durian.

Durian sedang bermusim

Beberapa perkataan berkaitan durian tercipta. Durian runtuh, membuang buruk, tempoyak, antara perkataan yang berkaitan durian. Durian runtuh dikaitkan dengan mendapat rezeki secara tiba-tiba, tidak dijangkakan.

Membuang buruk dikaitkan dengan buah durian yang kurang sempurna, jatuh sebelum matang, atau sebelum masanya yang sebenarnya. Namun begitu, durian yang gugur sebelum masanya ini, telah diproses menjadi krispi yang lazat yang mendapat harga yang baik di pasaran.

Durian yang baik.

Tempoyak pula ialah isi buah durian yang baik, dipilih untuk diasamkan untuk digunakan sebagai ramuan atau bumbu kepada pelbagai masakan berasaskan sayuran atau berasaskan ikan, biasanya ikan air tawar. Harga tempoyak lebih mahal dari harga durian biasa. Begitu juga masakan berasaskan tempoyak lebih mahal harganya dari makanan biasa tanpa tempoyak.


Cendol, enak dicampur isi durian

Buah durian yang cukup baik.

Isi buah durian boleh digunakan dalam pelbagai jenis kuih dan makanan. Minuman cendol durian, amat digemari terutama semasa keadaan panas terik. Isi buah durian juga dijadikan asas utama dalam pembuatan dodol durian. Aiskrim juga banyak menggunakan durian dalam pelbagai jenis dan bentuk.

Lempuk merupakan isi durian yang dimasak untuk membolehkan ianya disimpan lama tanpa menggunakan peti sejuk. Ia nya merupakan cara tradisi masyarakat Melayu sejak zaman dahulu kala menyimpan isi durian untuk tempoh yang lama.

Dodol bercampur durian

Cendol durian yang lazat

Isi durian yang cantik

Durian jempulan.

Dunia Barat yang begitu alergik dengan durian memberikan pelbagai gelaran buruk untuk raja buah ini. Namun begitu, usaha buruk itu tidak pernah menjejaskan nilai dan mutu buah durian. Semakin ramai masyarakat dunia menghargai dan menikmati durian. Kini masyarakat Barat tidak boleh mengenepikan durian lagi, malah ikut sama menikmati durian. Mereka sendirilah yang rugi melihat orang lain dengan lahapnya menikmati kelazatan durian. Sukur, alhamdulillah, durian merupakan anugerah Tuhan untuk dunia Melayu.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran