Kisah Biasa Yang Pesara Lalui
By Idris Talu
Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di sebuah warung minuman di tepi sebuah bandar kecil – tidak payah sebutlah nama bandar tersebut- merungut tentang sikap kawan-kawannya semasa bekerja dahulu.
“Aku sedihlah,” katanya membuka cerita setelah memesan minuman kegemarannya.
“Apa yang Haji sedihkan?” Tanya penulis kepada rakan tersebut.
“Aku hantar e-mail, bertanya khabar dengan kawan-kawan lama yang masih bekerja, seorang pun tidak membalasnya!” Rungutnya sambil menghirup minumannya yang masih berasap nipis itu.
“Dulu Haji pakai e-mail jawatan di jabatan Haji, orang layan, orang jawablah. E-mail Haji sekarang, e-mail yahoo.” Penulis perangatkan perasaan tidak puashatinya kepada rakan-rakan beliau – untuk tengok reaksinya. Penulis bersara lebih awal dari Haji tersebut.
Sahabat penulis yang penulis bahasakan sebagai Haji itu menung seketika. Berfikir panjang nampaknya sahabat penulis ini. Penulis biarkan dia melayan perasaannya.
Selepas menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan, Haji tadi bersuara, “Jadinya, selama ini kawan-kawan jawab e-mail aku kerana jawatan akulah, bukan kerana aku?” Haji mula sedar dirinya yang sebenar kini.
“Beginilah namanya kehidupan, Haji. Semasa berjawatan, orang hormat dan tunduk (dibuat-buat kut?) dengan kita, bila sudah tidak berjawatan, terjumpa di warung minuman pun orang buat tidak nampak, sebab, anggapan ramai mengatakan orang pencen selalunya tidak berduit dan mereka beranggapan kita mengharapkan mereka membayar minuman kita.” Penulis berkhutbah pendek kepada tuan Haji kita.
“Terima kasih Yob!” Tuan Haji kita membahasakan “Yob” (=abang) kepada penulis – memang penulis lebih tua darinya.
“Fahamlah aku sekarang!” Haji itu menjelaskan kesadar-diriannya sambil menambah, “ Kita dikuburkan nanti pun seorang diri, kecualilah dikuburkan beramai-ramai macam mangsa tsunami,” sambung Haji lagi seolah-olah merajuk
Penulis terasa lega pabila melihat keceriaan dan kefahaman hakikat hidup, hakikat persahabatan, terbayang di muka sahabat penulis yang lurus yang penulis panggil Haji itu.
Ditulis tanpa prejudice.
©idristalu@2010
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 17 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak ini, hampir sepanjang tahun, cum...
-
Oleh Rohaniza Idris, bminggu@bharian.com.my Mitos & Realiti Taming sari Tarikh siar: 2012/02/05 Keris tersohor di alam Melayu lambang ke...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
8 ulasan:
Ini adalah hakikatnya mahu tidak mahu suasana ttp akan berubah bila kita sudah tidak "berjawatan" saya amat memahami bab ini, amat penting sekali jika org baik, mesra dan ceria dgn kita bukan kerana jawatan kita tetapi kemesraan itu diatas nama kita sendiri. Maaf bercakap ada sesetengah drp kita terkadang bergitu ego dgn jawantannya,semasa memegang jawatan tersebut, jadi tidak mustahil bila kita pencen nanti perkara sedemikan akan terjadi.
Pandangan saya semata2.
ada satu kelebihan,
bagi seorang guru,
lepas bersara tetap di panggil cikgu,
sampai mati pun di panggil cikgu...
(melainkan dia tukar profesion)
Setuju amat kawan ngan pendapat En. Yassin,
Semasa kita masih bekerja kita amat sebok ngan kerja, tak kisah hal "perhubungan awam" tu. tak sempat nak ingat pun, sebok memanjang. Bila pencen, takdok keje nak buat, baru teringat ke kenkawan.
Kenkawan pulak masih keje, sebok amat pulok - tok ingat ke kenkawan. Tu yang jadi hal. Jadi kepada yang nak pencen, eloklah menyebok macam kawan ni - sampai nak jalan-jalan pun masih payah lagi.
Kawan - selagi masyarakat memerlukan tugas kawan, insya Allah kawan go head selalu.
Terima kasih atas padngan En. Yassin tu - buat renungan yang masih sebok dan yang bakal tak sebok.
Cikgu Isza,
Betul kata Cikgu tu. Ada pelajar saya yang panggil saya cikgu, ada yang panggil Sir, malah nama-nama lain. Saya tak kisah itu semua, asalkan saya dapat membantu anak bangsa Malaysia supaya lebih mencintai ilmu.
Saya tumpang bahagia bila ada pelajar saya memberitau mereka sudah sambung buat master dan sebagainya.
Selalunya saya acah pelajar saya, "Ada ijazah pertama pada zaman sekarang, ibarat ada SPM masa dulu-dulu.
Terima kasih Cikgu Isza.
Salam sejahtera buat Haji, Nasbadar pun dah setahun lebih gunakan email yahoo, dah tak gunakan email korperat. Masa bertugas di Ipoh dulu selalu juga jumpa Haji. Tapi sekarang ini dok masih berulang alik Ipoh-Komtar masa dengan kekawan sangat terhad..
assalammualaikum
betul sangat lah tu
pernah terbaca
"you are nothing outside an organisation"
yang penting janganlah berharap sangat orang melayan kita,
tapi, layanan kita terhadap orang tu yang penting
Alhamdulillah, En. Badar - elok begitu, biar kita sebok dengan kerja. Jika tidak agak sunyi macam kawan yang saya ceritakan tu.
Di tempat baru, saya diberikan kepercayaan yang baik - oleh itu menjadi tugas saya memberikan khidmat yang terbaik.
Syukur, selepas bersara dengan majikan lama, kini sebok dengan majikan baru.
Selamat maju jaya En. Badar!
Wa'alaikumussalam, a kl citizen,
Saya cukup setuju dengan pendapat itu. Namun begitu, umur persaraan sekarang masih rendah dan ramai yang masih produktif terpaksa bersara.
Negara kita kerugian sebenarnya bila mempersarakan rakyatnya yang produktif lebih awal.
Kita sepatutnya mengikut cara Jepun, bekerja selagi produktif - tidak kiralah dengan majikan atau bekerja sendiri.
Catat Ulasan