TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Gucil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gucil. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

GUCIL @ Antidesma ghaesembilla @ Binayuyu– Buah Tempatan.

Tanda nama pokok gucil yang penulis temui di sebuah taman.

Idris Talu
 

Umur penulis telah melangkaui separuh abad, namun belum pernah mendengar orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini menyebut nama pokok ini sebagai “guncak”.  
Nama saintifiknya ialah Antidesma ghaesembilla.

 Antidesma ghaesembilla @ Gucil@ Binayuyu.

Penulis biasa melawat Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang, di semua negeri  yang penulis sebutkan, semuanya mengatakan namanya ialah “gucil”, malah ada beberapa tempat yang bernama “Guchil” - ejaan lama untuk “gucil”, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

 Antidesma ghaesembilla @ Gucil @ Binayuyu - masih muda.


Menurut Pozi Milow, Sorayya Bibi Malek, Juli Edo dan Hean-Chooi Ong dari Universiti Malaya, dalam kajian mereka yang bertajuk, "Malaysian Species of Plants with Edible Fruits or Seeds and Their Valuation" menyatakan bahawa nama tempatan buah ini ialah "Gunchiak."

Sumber lain pula menamakannya sebagai buah Binayuyu, atau Binayuyo.

Pokok gucil biasanya tumbuh di kawasan yang berhampiran paya tetapi terdapat juga tumbuh di kawasan berbukit. Pokok gucil boleh juga kita temui di busut-busut di tengah sawah.

Dan, kesilapan yang paling besar di sini ialah nama negara asalnya itu. 



CLICK NOW

Tajuk Kegemaran