Cara menumbuk kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai
Nenas hijau
antara bahan untuk membuat kebebe.
Bahan buah -buahan
untuk membuat kebebe:
Buah nenas yang sederhana tua - seeloknya nenas hijau
Buah jambu batu - sama ada tanaman kampung atau yang tanpa
biji
Buah jambu air
Buah gucel
Buah kedondong
Isi buah kelubi muda
Buah belimbing buluh sederhana tuanya
Buah cermai
Buah kelempung
Buah cedong
Jantung Pisang
Putik nangka muda
Putik kelapa yang masih mampat, belum berair
Putik ciku
Buah rumbia (jika ada)
Buahnangka muda
Buah jambu air
Buah kelempung
Pilih putik kelapa yang belum berair
Buah gucil
Antara bahan-bahan untuk membuat kebebe
Foto ihsan En. Mat Matawai
Bahan-bahan
sambalnya:-
Cabai melaka @ cili padi
Belacan, atau digantikan dengan isi ikan tenggiri yang telah dipanggang
Garam kasar
Gula pasir
Sedikit gula perang
Sedikit kacang tanah yang telah digoreng
Cara-cara
membuatnya:-
1. Buah nanas tua dikupas kulitnya dan dibuang bulu
hidungnya. Isi nanas dipotong dadu.
2. Buah jambu batu dibersihkan, dibuang bijinya dan dipotong
dadu.
3. Buah jambu air dibersihkan dan dipotong juga.
4. Buah nangka muda dibersihkan dan dipotong dadu.
5. Putih kelapa juga dibersihkan kulitnya, dan dipotong dadu.
6. Jantung pisang dibuang kulit kasarnya, dipotong sederhana
kecilnya. Jarum bunganya elok dibuang.
7. Buah-buah lain dibersihkan dahulu.
Cara Menumbuknya:
1. Masukkan cabai melaka @ cili padi, garam kasar, gula pasir,
gula perang, kacang tanah dan belacan ke dalam lesung kayu. Tumbuk semua bahan hingga lumat
@ hancur.
2. Selepas itu masukkan nangka muda, jambu batu, belimbing
buluh, buah cermai, buah kelempung, buah cedong, jantung pisang, buah nenas, putik
kelapa, putik ciku, jambu air, isi buah rumbia, buah kedondong, buah gucil ke
dalam lesung kayu dan ditumbuk. Ada yang suka bahan-bahan ini ditumbuk lumat,
sementara ada juga yang suka ia ditumbuk agak kasar bentuknya. Terpulanglah
kepada kesesuaian penggemarnya.
3. Makanan kebebe siap sedia untuk dinikmati.
Cara memakannya
samalah seperti kita memakan rojak buah yang lain.
Foto ihsan En. Mat Matawai
Semasa Pesta Makanan Tradisional Lenggong baru-baru ini.
http://idristalu.blogspot.com/
1 ulasan:
Lama sungguh sy x buat kebebe..x ingat langsung dah..tengok resepi cg ni..terfikir2 balik..kalau jantung pisang dgn nangka muda tu x ghebuh dulu ke cikgu..seingat saya kalu dulu kami boh cermey jer..
Catat Ulasan