TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 30 April 2010

Perjuangan Untuk Sebuah Kehidupan

By Idris Ismail Talu

Jalan yang dilalui oleh seseorang itu untuk terus hidup, tidak semuanya sama. Ada yang menempuh jalan yang mudah dan tenang sahaja. Namun begitu, ada yang melalui jalan yang memberikan pelbagai pengalaman yang amat getir, seolah-olah berada di antara dua pilihan yang terlalu berbeda ekstrimnya.

Gambar di bawah memaparkan betapa kritikalnya perjuangannya pohon kelapa ini untuk meneruskan hidupnya dan menyebarkan khidmat baktinya kepada masyarakat.





©idrisismailtalu@2010

Kenangan Di Merapoh

By Idris Ismail Talu

Kenangan di Merapoh sekitar tahun 1987, kalau saya tidak silap.


Stesen keretapi Merapoh, Pahang - masih kelihatan antik.


Landasan keretapi di Merapoh.

©idrisismailtalu@2010

Ahad, 25 April 2010

Idris Talu Dengan Cucu Barunya

By Idris Ismail Talu

Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaNya. Maha Suci Allah yang memberikan zuriat yang akan meneruskan kehidupan kita selepas kita telah tiada nanti.

Semoga Allah menjadikan cucu kami ini seorang hamba yang soleh, menegakkan agama Allah di dunia ini.


Idris Talu dengan cucu barunya.

Ikhtiari dengan datoknya.

Bersama ayahnya.

Ikhtiari bersama datok dan uwannya.



Kini (April 2010) cucu kami telah berumur 30 hari, sudah pandai senyum dengan uwannya (opah – cara orang Perak). Uwannya cukup gembira melihat cucunya yang sudah pandai tersenyum bila diagah.


©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 24 April 2010

Malaysia perlu bangunan tahan gempa

Sumber: Berita harian On-line
Penulis : Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
Tarikh: 25 April 2010.

UPM mulakan kajian reka bentuk hadapi kesan bencana negara jiran

SEJAK dikejutkan dengan malapetaka pada pagi 26 Disember 2004 di Aceh yang tempiasnya mengorbankan lebih 60 nyawa di Malaysia, secara tiba-tiba perkataan gempa bumi dan ukuran gegarannya, Richter mula meniti di mulut kebanyakan orang. Walaupun ia akhirnya dilupakan begitu saja seperti tragedi itu semakin terhakis daripada ingatan, perkataan bencana alam atau lebih khususnya gempa bumi sudah cukup menakutkan.

Malaysia yang sebelum ini tidak pernah terbayang kena tempias gegaran gempa bumi, seolah-olah baru tersedar bencana alam tidak lagi tertakluk kepada peraturan alam, sebaliknya disebabkan kerakusan manusia, ia sudah mula pergi lebih jauh daripada sepatutnya.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata sudah tiba masa semua jenis bangunan di Malaysia termasuk rumah dibina berasaskan andaian ia juga bakal dilanda bencana alam, bukan sekadar gempa bumi tetapi juga banjir dan angin kencang.

Katanya, kebanyakan bangunan di negara ketika ini dibina berdasarkan perkiraan Malaysia tidak dilanda gempa bumi dan angin kencang.

Justeru, ia tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang melindungi bangunan daripada roboh apabila ditimpa bencana alam itu.

Beliau berkata, walaupun tidak berada di luar Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia yang memungkinkan Malaysia kerap menerima ancaman gempa bumi, ia tidak bermakna negara boleh mengambil sikap tidak acuh dengan keselamatan bangunan kerana dunia sudah menyaksikan kecenderungan bencana alam untuk melangkau lebih jauh dan meninggalkan kesan lebih buruk.

Katanya, ia terbukti apabila sejak akhir ini bangunan di Malaysia turut bergoyang jika Sumatera dilanda gempa bumi berskala tinggi. Ia berlaku kerana bangunan di negara tidak dibina bercirikan keselamatan apabila gempa bumi berlaku. Malah bukti lebih jelas ialah dalam tragedi 26 Disember 2004 apabila gempa bumi kuat di Aceh yang mencetuskan tsunami turut meninggalkan kesan mendalam kepada Malaysia.

“Bencana alam yang berlaku sekarang bukan lagi seperti dulu. Ia bukan sekadar meninggalkan kesan kepada negara yang dilanda tetapi kawasan sekitar dan negara berhampiran. Kita tidak boleh lagi beranggapan berada di luar Lingkaran Api Pasifik kita sudah selamat.

“Skala gegaran gempa bumi semakin tinggi dan ia semakin kerap, sedangkan tahap keselamatan bangunan kita tidak dapat menahan kekerapan dan kekuatan gegaran yang semakin meningkat. Begitu juga dengan angin kencang sehingga mampu menumbangkan pokok.

“Fenomena itu tidak berlaku suatu masa dulu tetapi sekarang sudah kerap berita mengenai angin kencang menerbangkan bumbung rumah. Banjir juga tidak ketinggalan semakin buruk.

“Pembinaan bangunan sekarang ini termasuk rumah perlu mengambil kira perkiraan Malaysia juga akan dilanda gempa bumi pada skala antara rendah dan pertengahan, kalau tidak pun gegaran paling tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menambah, kebanyakan bangunan di seluruh dunia sebenarnya dibina berdasarkan perkiraan dilanda bencana pada tahap rendah dan pertengahan tetapi senario kini sudah berubah dengan skala gempa bumi semakin tinggi.

“Siapa sangka letusan gunung berapi di Iceland mampu melumpuhkan industri penerbangan di seluruh Eropah tetapi itulah yang berlaku. Disebabkan itu, tidak boleh tidak, Malaysia terpaksa memandang serius perkara itu berbanding sebelum ini.

“Bangunan yang dianggap sensitif seperti hospital, kem tentera dan empangan serta bangunan tinggi perlu mengambil kira semua keadaan itu,” katanya sambil menambah kebanyakan bangunan di Malaysia tidak selamat diduduki kerana pembinaan berdasarkan perkiraan negara tidak diancam gempa bumi.

Prof Abang Abdullah, yang juga pensyarah Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata risiko bangunan tinggi untuk runtuh jika negara dilanda gempa bumi menyebabkan pembinaan rumah kurang diberi perhatian walaupun kajian menunjukkan ramai orang meninggal dunia apabila bencana itu melanda.

Katanya, rumah yang tidak direka bentuk dengan baik berisiko besar untuk roboh apabila dilanda gempa bumi dan menyebabkan penghuni terperangkap.

“Menyedari hakikat itu, UPM sudah memulakan kajian Reka Bentuk Rumah Tahan Gempa Bumi yang menekankan penggunaan bahan dan rekaan untuk meminimumkan ia runtuh.

“Dalam bidang kejuruteraan, istilah rosak atau gagal membawa maksud bangunan runtuh atau sekadar mengalami keretakan ketika bencana. Tumpuan penyelidikan lebih kepada meneliti apa yang membawa kegagalan kepada pembinaan rumah,” katanya.

Dalam konteks bangunan tinggi pula, katanya, ia lebih kepada mencari jalan untuk mengawal ia bergoyang ketika gegaran berlaku. Kajian mengenai kegunaan damper yang bertindak seperti penyerap kejutan pada kenderaan berfungsi mengurangkan bangunan bergoyang.

“Secara teknikal, ia boleh digunakan untuk pembinaan rumah tetapi tidak praktikal kerana terlalu mahal. Bagi rumah, cara terbaik ialah reka bentuk cara ia menyerap gegaran untuk memastikan bumbung tidak runtuh. Ia kerana seluruh rumah berisiko tinggi untuk roboh jika bumbung runtuh.

“Bangunan yang sudah siap dibina tanpa ciri-ciri keselamatan tahan gempa juga masih boleh diselamatkan dengan cara retro fitting iaitu meletakkan perembat dalam bangunan untuk memperkukuhkan tiang rasuk. Sudah tiba masanya reka bentuk bangunan di Malaysia berpandukan kepada tahap gempa bumi paling rendah hingga ke peringkat sederhana.” katanya.

Pihaknya juga sudah berjaya mempunyai cara mengenal pasti bangunan paling tidak selamat di ibu kota dan mencadangkan retro fitting untuk tujuan keselamatan.

Beliau akan menghadiri satu persidangan di Medan minggu depan anjuran Institut Penyelidikan Getah Malaysia untuk mempromosikan penggunaan rubber barring pada struktur seperti bangunan dan jambatan kerana ia mampu menyerap gegaran serta mengurangkan risiko runtuh.

Katanya, ada dua senario ketika gempa bumi iaitu bangunan bergoyang ke kiri kanan atau ke atas ke bawah. Jika bergoyang ke kiri kanan, kawasan meletak kenderaan paling mudah runtuh kerana ia cuma diperkuatkan dengan tiang, bukan dinding seperti bahagian pejabat.

“Gegaran menyebabkan tiang mudah patah dan itu menyebabkan bangunan boleh tumbang. Jika ia bergerak ke atas dan ke bawah, bumbung paling berisiko untuk tercabut dan seterusnya membuatkan bangunan ranap,” katanya.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Malaysiaperlubangunantahangempa/Article

Rabu, 21 April 2010

Jangan mabuk dengan politik kelompok - Sultan Perak

Berita Dipetik Dari Utusan Malaysia Online

TAIPING 26 Feb 2010. - Sultan Perak mengingatkan umat Islam tidak terlalu mabuk dengan politik kelompok, sebaliknya membina hubungan persaudaraan yang kukuh supaya lebih kuat dan dihormati.

Baginda bimbang, sekiranya umat Islam terlalu taksub dengan pendekatan politik kelompok, masa depan mereka akan tergugat sehingga kehilangan hak bangsa serta agama di tanah air sendiri.

''Umat Islam di negara ini wajib merenung dan bertanya, memeriksa dan menyelidik kekuatan diri sendiri. Sudahkah kita ini berada dalam kedudukan yang boleh menjadi teladan kepada sekalian umat?.



''Adakah umat Islam pada hari ini telah kukuh bersatu dalam mempertahankan maruah dan kemuliaan agamanya jika cuba dipersendakan oleh orang lain?

''Dibimbangi jika umat Islam terlalu mabuk dilambung gelombang politik kelompok, nasib masa depan umat Islam akan tergugat. Akibatnya akan kehilangan apa yang telah menjadi hak kepada agama dan bangsanya di bumi ini," titah Sultan Azlan Shah.

Baginda bertitah demikian sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak di Dataran Perbandaran Taiping di sini.

Kira-kira 3,000 orang mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir pada majlis itu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohamah Nor Mansor.

Baginda turut menekankan betapa pentingnya elemen-elemen disiplin, fokus dan keyakinan diterapkan di kalangan umat.

Mengimbau sejarah, baginda bertitah, peradaban dan tamadun Islam memuncak ketika bilangan umat Islam masih kecil.

Bilangan minoriti itu dapat mengatasi bilangan majoriti titah baginda, kerana umat Islam mengamalkan disiplin yang tinggi, memiliki fokus serta mempunyai keyakinan kuat terhadap Allah SWT.

Ini juga kerana jelas baginda, Islam berjaya mencipta kegemilangan kerana umatnya memilih untuk bersatu walaupun mereka mewakili bangsa, budaya serta bahasa yang berbeza daripada pelbagai negara.

Faktor penyatuan, menjadi teras serta kunci kekuatan umat agar terus kuat, gagah, digeruni dan dihormati, titah Sultan Perak.

''Bertepatan dengan tema 'Memantapkan Ukhuwah Memperkasakan Ummah' beta mengingatkan umat Islam untuk menghayati mesej yang terkandung di sebalik tema ini," tegas baginda.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0227&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm&arc=hive

Hikayat Musang Berjanggut

By Idris Ismail Talu

Kalau kita tanya para pembaca, rasanya ramai yang belum membaca hikayat ini, tetapi jika ditanya tentang filem “Musang Berjanggut” yang antara lain dilakonkan oleh Allahyarham P. Ramlee, Allahyarham Saadiah, Allahyarham Ahmad Nesfu dan lain-lain lagi, rasanya ramai yang tahu.



Hikayat ini sebenarnya disusun semula oleh Abdullah bin Haji Musa Lubis dan diterbitkan oleh Pustaka Antara, Kula Lumpur dalam tahun 1965.

Antara lain, hikayat ini menceriterakan tentang Raja Shahriman Shah yang tidak mempunyai anak, lalu mengambil seorang anak angkat yang dinamakan Kamalul Arifin. Untuk mengetahui cerita seterusnya, anda perlu membaca hikayat ini selanjutnya.

©idrisismailtalu@2010

Buaya Mati Dua Kali

By Idris Ismail Talu

Cerita ini ditulis oleh Shamus Frazer dengan tajuk “The Crocodile Dies Twice” dan mula diterbitkan di England dalam tahun 1954.



Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Asraf dengan tajuk “Buaya Mati Dua Kali” dan diterbitkan dalam tahun 1958. Penulis mula membacanya semasa di sekolah rendah lagi. Ceritanya agak menarik dan mempunyai banyak kesah dan teladan.

Masih adakah yang menyimpan buku ini?

©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 17 April 2010

Bedok, Tabuh dan Kerantung

By Idris Ismail Talu

Beduk, tabuh dan kerantung - berbeda dari segi rupa dan cara pembuatannya, tetapi sama dari maksud kegunaannya - iaitu untuk memberitahu penduduk kampong bahawa telah masuk waktu solat.

Beduk atau tabuh atau kerantung juga akan digunakan untuk memaklumkan berita-berita penting seperti kematian dan sebagainya kepada anggota kariah masjid atau surau tersebut.







©idrisismailtalu@2010

Jumaat, 16 April 2010

Kantan @ Kincung @ Honje Putih

By Idris Ismail Talu

Kantan @ kincung @ honje, merupakan sejenis bunga yang mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya tumbuh. Di Semenanjung, biasa disebut kantan, sementara di Sumatra, ianya disebut sebagai kincung atau kincuang. Di Sunda pula ianya dipanggil honje.



Bunga kantan putih yang baru kembang.



Kantan digemari ramai kerana rasa masamnya yang eksotik. Menjadi perencah utama di dalam kuah laksa asam. Dipotong nipis-nipis sebagai ulaman dalam makanan nasi ulam yang disukai ramai di Pantai Timur.

Bunga kantan yang telah menjadi buah.



Di Thailand, kantan (ขิงดอกไม้ตูม) juga digemari untuk membuat kerabu.

©idrisismailtalu@2010

Khamis, 15 April 2010

Sumbangan Sektor Pelancongan Kepada Negara

By Idris Talu
Malaysia telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan, yang membawa masuk sumber pendapatan negara yang telah mencecah lebih RM50 billion setahun itu. Antara inisiatif yang sedang dilaksanakan ialah:-

1. Program “Malaysia My Second Home”
2. Program Pelancongan Pelajaran
3. Pelancongan Pendidikan
4. Pelancongan Agro, dan
5. Pelancongan Sukan.


Pemandangan di atas ialah sekumpulan pelancong dari Barat, di depan sebuah bank di bandar Tanah Rata, Cameron Highlands. Walau pun mereka ini terdiri dari "budget travellers", tetapi kuasa "word-of-mouth" mereka mempunyai kesan yang tinggi dalam menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi Malaysia tercinta.

Oleh itu, kita perlu menjaga sektor pelancongan kita ini agar ianya terus kukuh dengan menjaga keharmonian dalam negara dan kebersihan persekitaran, di samping budaya mesra pelancong. Jauhkan dari budaya mengambil kesempatan ke atas para pelancong yang akan membuatkan mereka jeran untuk datang kembali.

Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara cukup besar. Kita sebagai rakyat biasa juga mendapat nikmat dari perkembangan pesat industri pelancongan ini. Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara dianggarkan lebih dari RM50 billion setahun.
Ini secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan nilai ringgit kita. Kepada mereka yang kerap melancong ke luar negara, akan faham bagaimana nilai ringgit memberikan faedah kepada mereka.

©idrisismailtalu@2010

Rabu, 14 April 2010

Bangun Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

HULU TERENGGANU 13 April – Kementerian Luar Bandar dan Wilayah akan menambah peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagaimanapun tidak menyebut jumlah peruntukan tersebut tetapi menjanjikan peningkatan berbanding peruntukan dalam RMK-9 iaitu sekitar RM19 juta.



Menurutnya, tambahan peruntukan itu dibuat berdasarkan pelbagai tarikan semula jadi yang terdapat di Tasik Kenyir yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan terkenal.

Beliau yang kagum dan terpesona dengan keindahan di tasik berkenaan turut percaya bahawa masih ramai yang belum mengetahui secara lebih mendalam mengenai Tasik Kenyir dan ia perlu diselongkar untuk pengetahuan umum.

“Peranan Ketengah (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) di Tasik Kenyir sangat penting untuk tarik lebih ramai pelancong ke situ. Ia juga dapat bantu masyarakat setempat memasarkan produk pelancongan seperti ternakan ikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai kemajuan Tasik Kenyir di Petang Island Resort di tasik tersebut dekat sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Sebelum itu, Shafie mengunjungi Santuari Kelah di tasik berkenaan sambil meninjau kehidupan habitat ikan kelah yang turut diiringi Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah.

Beliau seterusnya berkata, usaha memajukan Tasik Kenyir akan membolehkan masyarakat setempat turut mendapat tempias dari segi peningkatan sumber pendapatan.

“Selain berpotensi sebagai destinasi pelancongan, Tasik Kenyir juga memberi ruang untuk buat kajian selain perfileman dan dokumentari. Keindahan semula jadi di tasik ini perlu dipelihara,” ujarnya.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Selasa, 13 April 2010

Nyawa Di Hujung Pedang - 1952

By Idris Ismail Talu

Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua.





Novel pendek nukilan Haji Ahmad Murad bin Nasaruddin ini telah diterbitkan pada tarikh 1 June 1954. Novel ini didedikasikan pengarangnya kepada Allahyarham En Yazid bin Ahmad yang telah menjadi korban tentera Jepun semasa mempertahankan tanah airnya.

Novel sejarah ini menceritakan secara panjang lebar tentang kekejaman seorang polis tentera (military police) Jepun di Bandar Ipoh semasa Peperangan Dunia Kedua dahulu.

Novel ini juga menceritakan tentang nasib malang seorang pemuda Melayu bernama Yazid, menantu Pak Deris, yang telah difitnahkan oleh sahabatnya sendiri yang menjadi informer kepada polis tentera Jepun tersebut.

Yazid telah didera dengan pelbagai cara deraan yang penuh dengan azab dan sengsara selama ditahan oleh polis tentera Jepun tersebut.

Kenapa Yazid difitnah? Untuk mengetahui cerita seterusnya, anda perlu membaca novel sejarah ini……..

©idrisismailtalu@2010.

Sabtu, 10 April 2010

Tunjuk Langit - Taman Herba Batu Gajah

By Idris Ismail Talu

Selalu juga penulis melalui jalan raya Gopeng ~ Batu Gajah yang melalui sisi depan Taman Herba Negeri Perak di Batu Gajah ini. Kita tentu tertanya-tanya kenapa agaknya diletakkan tanda amaran supaya orang ramai tidak mengutip buah mahogani yang jatuh bertabur di luar pagar Taman Herba tersebut?





Jika dilihat dari gambar di bawah, pohon mahogani tersebut ditanam di luar pagar Taman Herba. Pada pendapat orang ramai, ianya pohon milik bersama rakyat, jadi orang ramai berpendapat mereka berhak mengambil buah tersebut.

Pertanyaan kedua, kenapa buah tunjuk langit atau buah pokok mahogani tersebut diminati ramai? Penulis pun tidak ada jawapannya. kalau pembaca hendak tahu khasiatnya buah tunjuk langit, pembaca kenalah bertanya denga "paksu gugel" - taipkan perkataan "buah tunjuk langit" jangan "akar tunjuk langit" pada gugel search, insya Allah pembaca tahulah sebabnya.



Gambar di atas, barisan pokok tunjuk langit yang di tanam di luar pagar Taman Herba di Batu Gajah, Perak, di samping papantanda amaran kepada orang awam supaya tidak mengutip atau mengambil buah tunjuk langit yang jatuh dari atas pokok tersebut.



Gambar di atas, gambar sebenar rupa buah tunjuk langit.

©idrisismailtalu@2010


Selasa, 6 April 2010

Lambuk atau Kemumu

By Idris Ismail Talu

Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan antara keladi biasa dan lambuk. Dari segi warnanya, hijau lambuk agak kebiruan, sedangkan hijau keladi biasa benar-benar hijau terang.

Kepada yang belum kenal betul dengan lambuk, jangan mudah keliru. Banyak lambuk liar yang terdapat di tepi bukit batu kapur, atau di dalam hutan, jangan diambil untuk dibuat sayur – gatalnya bukan kepalang.

Kalau hendak merasakan keenakan lambuk, carilah atau belilah di pasar-pasar tani yang dijual seperti di dalam gambar di bawah.




Gambar di atas, penulis ambil baru-baru ini di Pasar Tani di Tepi Stadium Perak, Ipoh.

Seperkara lagi yang membezakan keladi dengan lambuk ialah, lambuk boleh dibuat ulam mantah – tidak gatal. Sedangkan keladi perlu dimasak dahulu untuk menghilangkan rasa gatalnya.

Ulam lambuk biasa dipasangkan dengan sambal kelapa campur buah belimbing buluh. Memang cukup meyelerakan.

Pokok lambuk ini tidak ada kena mengena dengan bubur lambuk Kampung Baru.

Kepada orang Melayu, kemumu atau lambuk ini dijadikan pantun nasihat yang berbunyi:-

Kemumu tidak keladi pun tidak,
Kelopak seperti ranting ketapang;
Berilmu tidak berbudi pun tidak,
Lonjaknya seperti kambing tempang.

Lambuk juga sedap dibuat masak lemak dengan daun kunyit atau dicampurkan dengan siput sedut atau siput sungai.

Biasanya bila tiba bulan Ramadhan, penulis selalu mencari gulai lambuk masak kuning di Pasar Ramadhan di Tebing, Kuala Kangsar. Masakan orang Kuala memang cukup sedap.

©idrisismailtalu@2010.

Bubur Lambuk Kampung Baru

Dipetik dari akhbar Kosmo Online, 07 September 2008.
Tajuk asal: Aroma bubur lambuk Kg. Baru


Lebih 5,000 orang menikmatinya setiap hari sepanjang Ramadan

SEBANYAK RM90,000 sumbangan pihak luar diperlukan sepanjang Ramadan.

MENJENGAH bulan Ramadan al-Mubarak, antara perkara yang paling diingati khususnya oleh warga kota Kuala Lumpur ialah bubur lambuk percuma dari Masjid Jamek Kampung Baru.

Hujan atau panas, ramai sanggup berbaris panjang semata-mata mendapatkan sebungkus bubur lambuk. Malah bubur lambuk Kampung Baru turut dicari penduduk dari negeri-negeri lain.

Jawapannya semua sama ingin mencuba sendiri keenakan bubur lambuk yang dikatakan tiada tolok bandingan sejak lebih 50 tahun lalu.




Meskipun bubur lambuk mudah didapati di gerai-gerai bazar Ramadan pada harga RM1.50 sebungkus, namun bubur lambuk Kampung Baru tetap menjadi pilihan.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris, resipi asaldicipta oleh seorang yang lebih dikenali dengan nama Said Bank.

Sejak diperkenalkan awal tahun 1950-an, rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur nasi berkuah santan itu dipercayai kekal serupa sehingga kini.

"Mulanya cuma dimasak dalam sebuah periuk kecil untuk dihidangkan kepada para jemaah bertujuan menarik orang dari kawasan sekitar untuk datang," katanya.



Secara tersirat, Said Bank mahu ramai bersolat dan mengimarahkan masjid tersebut. Namun jumlah dimasak itu bertambah dari hari ke hari setiap tahun.

Ia pernah mencecah hingga 20 periuk. Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd. Tahir Jaafar.

Allahyarham turut mengamanahkan agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai juadah berbuka puasa itu diagihkan secara percuma kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang.

"Kepakaran itu diturunkan kepada Monek Aki, Mohd. Abu Bakar dan Amin Hussein Bujang yang juga pakar masak hingga ke hari ini," ujar beliau lagi.



SABAR. Di sebalik ada pelbagai juadah lain, masyarakat Islam tetap meminati bubur lambuk meskipun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.

Namun jumlah bubur yang dimasak masih dikekalkan kepada 12 periuk sehari.

Keenakan bubur lambuk sama kerana penggunaan resipi turun-temurun. Selain rempah ratus asli, daging tetel juga digunakan sebagai bahan asas.

Tambah Amin Hussein yang juga tukang masak khas, selain menurunkan kepakaran kepada pelapis baru, pihaknya tidak lokek berkongsi resipi terutama yang berhasrat bersedekah.

Pihaknya menggunakan sejumlah 14 tenaga kerja selain tiga tukang masak khas dan kerja penyediaan bahan bermula seawal pukul 9.30 pagi untuk dimasak serentak selama tiga jam.

"Kerja pembungkusan dilakukan sebaik sahaja masak dan habis diagihkan dalam masa setengah jam bermula pukul 3 petang," katanya.

Sebanyak RM90,000 sumbangan orang ramai diperlukan untuk membuat bubur lambuk sepanjang Ramadan.

Kesemua wang tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada orang ramai tanpa melibatkan wang tertentu atau peruntukan khas daripada dana masjid itu sendiri.

"Ramai salah faham menyangka bajet datang daripada masjid walhal hakikatnya, kos bubur bergantung semata-mata sumbangan orang ramai," jelas Idris Shaari.

Justeru sifat bubur ini yang diberi secara percuma dan ikhlas kerana Allah Taala menjadikan juadah ringkas ini amat istimewa sehingga orang sanggup bersusah-payah datang.

Rahsia lain ialah tukang masak tidak mengurang kuantiti bahan mentah walaupun harganya naik.

"Bahan utama selain beras, daging mesti cukup dan daging 'tetel' iaitu bahagian yang masih ada lemak untuk lebih berperisa, udang kering, minyak sapi dan rempah ratus," katanya.

RAMUAN untuk memasak bubur masih kekal biarpun harga bahan tersebut meningkat setiap tahun.

Setiap periuk itu dianggarkan boleh dinikmati oleh lebih kurang 450 orang. Ini bermakna setiap hari, hampir 5,000 orang menikmati keenakan bubur lambuk Kampung Baru.

Jika benar, ini bererti lebih 7.5 juta orang pernah merasai kesedapan bubur itu sejak negara merdeka daripada penjajahan.

Source: Kosmo Online 07 September 2008.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm


Isnin, 5 April 2010

Keropok Likor

By Idris Ismail Talu

Keropok, asalnya makanan tradisi orang Pantai Timur - terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Namun kini telah merebak ke Pantai Barat. Kini, pembuat keropok bukan sahaja terdapat di Pantai Timur malah terdapat juga di Pantai Barat.

Namun begitu perniagan ini masih dikuasai oleh mereka yang berasal dari Pantai Timur.



Keropok biasanya dimakan bersama sos yang dibuat sendiri oleh pembuat keropok. Keropok Losong dari Terengganu kini amat digemari di seluruh negara.

©idrisismailtalu@2010.

Ahad, 4 April 2010

Allahyarham Haji Ahmad Nazri

By Idris Ismail Talu

Semalam (5 April 2010), genaplah dua tahun, sahabat penulis, Haji Ahmad Nazri Hashim meninggalkan kita buat selama-lamanya. Penulis dan Allahyarham, sama-sama berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Ipoh.

Menyingkap kembali kenangan dua tahun yang lepas, sekitar jam 4.00 pagi, penulis mendapat sms dari seorang pelajar kami, menyatakan tentang kematian beliau di Kuala Lumpur. Penulis amat terkejut dengan berita tesebut, terus sms kepada Tuan Haji Azlan Abdullah di Gerik, yang kebetulan belum dapat berita itu lagi.

Akhirnya Tuan Haji Azlan dapat pengesahan berita kematian tersebut dari keluarga Allahyarham, dan memaklumkan kepada penulis, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Gerik juga.


Allahyarham Haji Ahmad Nazri dalam kenangan.



Apabila hari telah siang, penulis terus bertolak ke Gerik untuk menghadiri acara pengekebumian Allahyarham di tanah perkuburan Kampong Padang, Gerik.

Alfatihah untuk Allahyarham.


©idrisismailtalu@2010

Sabtu, 3 April 2010

Bebasnya Ayam Kampong

By Idris Ismail Talu

Bila berpeluang ke kampong-kampong, kita akan melihat perkara-perkara yang agak ganjil seperti ini. Ayam kampong yang lebih suka mendiami pokok manggis sebagai sarangnya walau pun disediakan reban oleh tuannya.







©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran