TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 14 Disember 2013

PERTEMUAN SAHABAT-SAHABAT ZAMAN PERSEKOLAHAN DULU

Alhamdulillah, pada 14-12-2013, sebahagian bekas pelajar Sekolah Menengah Dato' Ahmad Said - SMDA - Lenggong berkesempatan bertemu semula di majlis perkahwinan anak bongsu Tuan Haji Habban dan isterinya, di rumah mereka di Taman Meru, Ipoh. 


Sdr. Mustafa Che Mun, Haji Habban, Haji Badri dan Sdr. Kamal Sani.
Foto ihsan Haji Badri.
 

Kalau sudah lama tidak bertemu, tentu banyak yang ingin diceritakan - 
Foto ihsan Haji Badri.

Sdr Kamal Sani dari Kuantan, Pahang bersama sahabat lama, Haji Habban - 
Foto ihsan Haji Badri.

Sahabat-sahabat sejak zaman persekolahan di SMDA di rumah Haji Habban
di Meru, Ipoh.

Sdr Mustafa Che Mun (dari Klang, Selangor), dan Sdr Kamal Sani (dari Kuantan, Pahang) - dilayani tuan rumah, Haji Habban.
Foto ihsan Haji Badri.

Penulis dan isteri menikmati juadah tengah hari di rumah Haji Habban.
Foto ihsan Haji Badri.

Sahabat-sahabat bekas pelajar Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong.
 
Terima kasih Tuan Haji Habban yang sudi mengundang kami ke majlis perkahwinan anak bongsunya. Semoga pasangan pengantin baru dirahmati, diberkati Allah Ta'ala menjadi pasangan yang diredaiNya.

Idris Talu.





Rabu, 11 Disember 2013

RUMAH ZA'BA DI PERAK

Kita sedia maklum tentang keberadaan Teratak Za'ba di Batu Kikir, Negeri Sembilan tetapi tidak ramai yang tahu bahawa terdapat sebuah Rumah Za'ba di negeri Perak.

Inilah gambar Rumah Za'ba yang terdapat dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kampus Sultan Abdul Jalil  di Tanjong Malim, Perak.

Rumah Za'ba pada 11-12-13.

Rumah ini dipisahkan dengan sebatang jalan dengan Surau Annur, sebuah surau yang cukup lama di dalam kampus ini. 
Surau Annur pada 11-12-13.


Isnin, 9 Disember 2013

Ph.D, SARJANA DIBERI INSENTIF



KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana akan diberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemberian insentif itu meliputi 33 skim perkhidmatan yang memperuntukkan kelayakan tersebut.

Skim tersebut katanya, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidik, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

"Bagi pegawai yang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan yang kemudiannya memperoleh Ph.D atau sarjana, kerajaan juga memberi insentif hadiah kenaikan gaji (HKG), khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar berhubung insentif khas terutama kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ph.D dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Mengulas lanjut, Razali berkata, bagi urusan kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai berdasarkan merit.

Menurutnya, pegawai yang mempunyai Ph.D mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

Kata beliau, sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan, pegawai dinaikkan pangkat melalui laluan cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk Ph.D dan pengalaman dimiliki.

"Kewajaran yang diberikan adalah sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan," ujarnya.

Sumber Artikel Penuh Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131210/pa_01/PhD-sarjana-diberi-insentif#ixzz2n2KC5pGM

Sabtu, 7 Disember 2013

HENTIAN REHAT & RAWAT BUKIT GANTANG UTARA

Jika kita datang dari arah Ipoh dan hendak ke Utara (Pulau Pinang atau Kedah atau Perlis), selepas hentian R & R Sungai Perak Utara, kita akan sampai ke hentian ini. Hentian R & R ini terletak di kawasan bekas sawah padi yang dikelilingi kawasan dusun-dusun (orchards) buah-buahan yang boleh dianggap antara yang terbaik di Perak.

Bukit Gantang Utara




Bas dan lori juga ikut berehat di Bukit Gantang Utara.
Suasana di sini agak nyaman.

Ramai yang berhenti untuk melepaskan lelah memandu.



Pastikan dahulu kemana tujuan kita.

Untuk mengisi perut yang berkeroncong pun ada tempatnya.
 Nak mencari buah-buahan pun banyak pilihannya.
 Selain dari buah-buahan, kacang tanah yang telah direbus pun ada.
Limau Tambun atau pomelo atau jeruk besar pun banyak di sini.
Rambutan agak tinggi juga harganya - sekitar RM6 sekilogram.
D24 - Durian baka Malaysia asli, berasal dari Bukit Merah - antara durian terbaik di Malaysia - banyak dijual di Bukit Gantang Utara ini.
Satu lagi klon durian asal Malaysia - Mosang king.
Harganya sekitar RM30.00 sekilogram.
Manggis pun ada - cukup manis dan menyelerakan.
Pelbagai jenis  buah dapat anda beli di sini.
Pilih sajalah buah kesukaan kita.
Cempedak istimewa ini pun ada juga.
Durian kampung pun tidak kurang keistimewaannya.
Durian kunyit pun sedap juga.

Tepuk dada tanya selera sendiri.



Idris Talu

Sabtu, 30 November 2013

BUAH-BUAHAN DI PERAK DARUL RIDZUAN

Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak ini, hampir sepanjang tahun, cuma dalam jumlah yang banyak atau sedikit sahaja bezanya.


 Buah malinjo ini penulis temui di Pekan Sari Changkat Jering tidak berapa lama dahulu. Buah ini biasanya dibuat masak lemak kuning bersama ikan sungai. Ada juga yang suka dimasak asam pedas dengan ikan pari atau ikan patin - terpulang kepada selera masing-masing.

Buah malinjo ini juga biasa dibuat keropok malinjo.



 Buah belimbing besi jenis madu ini sesuai dimakan segar atau dibuat jus. Ada yang suka mencampurkannya dengan air dan isi kelapa muda atau kelapa pandan yang wangi. Dikatakan banyak mengandungi zat besi, sesuai untuk minuman untuk berbuka puasa.


Buah nenas atau naneh ini juga sesuai dimakan segar. Ramai juga yang meminati jus nenas bersama agar-agar, atau isi kelapa muda.


Buah putat pula, amat enak dibuat ulam dikawankan dengan sambal kelapa parut dimakan bersama nasi putih yang masih panas.



 Satu lagi jenis ulaman yang digemari pelbagai etnik yang menjadi penduduk negeri Perak ialah buah petai ini.

Idris Talu


Jumaat, 29 November 2013

PEKAN SARI CHANGKAT JERING, TAIPING

Pekan Sari Changkat Jering, biasanya dibuka dari petang Sabtu hingga petang Ahad setiap minggu. Ianya menjadi tempat pilihan penulis untuk membeli belah hasil keluaran kampung seperti buah-buahan, sayuran, hasil kerja pertukangan dan pelbagai juadah makanan tradisi yang biasa terdapat di kampung-kampung di Perak Utara.


 Pelbagai hasil kampung dijual di sini
Nenas ada, pisang ada, tembikai pun ada.


 Ubi kayu @ kapelo batang.



Di kalangan orang Malaysia, ianya disebut "Ubi Kayu" atau nama botaninya, Manihot Esculenta Crantz. Dalam bahasa Inggeris, disebut cassava.



Ubi kayu juga dikenali sebagai "kapelo batang" di kalangan orang Minang sedangkan pucuknya disebut pucuak parancih. Di kalangan orang Jawa pula ianya disebut singkong.



Sedap atau enak diperbuat sebagai makanan dalam pelbagai bentuk dan nama. Direbus, ditumbuk bersama parutan kelapa serta sedikit gula dan garam, dikepal bulat-bulat, dinamakan getok. Getok boleh dimakan begitu sahaja, boleh juga digoreng.



Dihiris nipis-nipis, dijemur di bawah panas matahari, menjadi kerepek. Ubi kayu diparut atau disagat, dijadikan kuih bingka atau bengkang.

Musim baru bermula di Changkat Jering.

Buah salak Changkat Jering.
Pelbagai jenis buah-buahan di Changkat Jering.

Ikan air tawar yang telah dikeringkan.

Putu Perak @ Putu Piring, kuih tradisi Melayu Perak.

Ketupat pulut atau ketupat palas.

Hasil pertukangan tangan orang kampung - kacip.

Kukur kelapa yang semakin dilupakan orang.

Kenderaan para pengunjung Pekan Sari Changkat Jering.

Pekan Sari Changkat Jering - ihsan Google map.

Kepada pembaca yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), boleh keluar masuk di Exit Changkat Jering.

Idris Talu.

Khamis, 28 November 2013

KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA

Kuala Kangsar merupakan antara bandar yang tertua di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pintu gerbang di Kampung Talang
sebelum memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Memasuki bandar ini, kita akan bertemu dengan jam besar pula di tengah-tengah bulatan berhampiran dengan Pejabat Pos. Ke bawah kita akan ke lembah di tebing Sungai Perak.
 Jam Besar.

Selepas melihat jam besar, kita ke stesen keretapi Kuala Kangsar yang baru, yang masih dalam pembinaannya. Belum pasti bila akan digunakan. Stesen baru ini dibina sebagai  sebahagian dari usaha bersepadu dalam peningkatan perkhidmatan keretapi antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Perlis.


Stesen Kuala Kangsar


Insya Allah ان شاء الله  kita akan bercerita lagi tentang Kuala Kangsar.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran