TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 30 November 2013

BUAH-BUAHAN DI PERAK DARUL RIDZUAN

Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak ini, hampir sepanjang tahun, cuma dalam jumlah yang banyak atau sedikit sahaja bezanya.


 Buah malinjo ini penulis temui di Pekan Sari Changkat Jering tidak berapa lama dahulu. Buah ini biasanya dibuat masak lemak kuning bersama ikan sungai. Ada juga yang suka dimasak asam pedas dengan ikan pari atau ikan patin - terpulang kepada selera masing-masing.

Buah malinjo ini juga biasa dibuat keropok malinjo.



 Buah belimbing besi jenis madu ini sesuai dimakan segar atau dibuat jus. Ada yang suka mencampurkannya dengan air dan isi kelapa muda atau kelapa pandan yang wangi. Dikatakan banyak mengandungi zat besi, sesuai untuk minuman untuk berbuka puasa.


Buah nenas atau naneh ini juga sesuai dimakan segar. Ramai juga yang meminati jus nenas bersama agar-agar, atau isi kelapa muda.


Buah putat pula, amat enak dibuat ulam dikawankan dengan sambal kelapa parut dimakan bersama nasi putih yang masih panas.



 Satu lagi jenis ulaman yang digemari pelbagai etnik yang menjadi penduduk negeri Perak ialah buah petai ini.

Idris Talu


1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

salam tuan..
seronok dapat tengok buah2an yang kian sukar ditemui.. teringat masa kecik dulu arwah tok goreng buah malinjo yang tua yg dah berwana merah(kami panggil belinjau)dengan pasir.. sedap makan mcm mkn kacang gitu.. kulitnya pulak.. kami budak2 buat main jadikan kuku palsu.. hehe.. tapi rasanya waktu tu.. tak pernah pulak mak atau tok masak jadikan lauk.. kalau terjumpa teringin juga nak mencuba.

buah putat tu sy tak pernah jumpa lagi.. terima kasih berkongsi gambar2 yg menarik ni.. di Raub baru2 ni.. musim buah perah gugur.. sempat juga adik ipar kutip & ada yang dibeli dengan orang asli sebab mertua nak buat asamrom..

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran