TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 5 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-VII

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Suasana Malam Di Masjid Al Haram Mekah Dan Sekitarnya

Penulis hanya ingin menghidangkan gambar-gambar yang sempat penulis rakamkan semasa berulang-alik beribadat di Masjid al Haram Mekah yang cukup bersejarah itu.

Allah Taala telah menjanjikan ganjaran pahala yang cukup tinggi kepada hambaNya yang beribadah di Masjid al Haram di Mekah ini. Oleh kerana itu, kita dapat melihat masjid ini sentiasa dipenuhi jemaah-jemaah yang bersembahyang, membaca al Quran, berzikir dan sebagainya, tidak kira siang atau pun malam.

Adalah merupakan pemandangan biasa, para jemaah berduyun-duyun ke masjid mulai jam 3.00 pagi untuk menunaikan solat Subuh yang akan dilaksanakan sekitar jam 5.30 pagi nanti. Suasana di Mekah adalah suasana beribadah sahaja.

Kita sepatutnya menghargai jasa pejuang-pejuang Islam yang telah bersama-sama dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini




Jemaah dari pelbagai rupa bangsa, memenuhi ruang Masjid al Haram di Mekah.

Ribuan jemaah di dalam dan di luar masjid.

Suasana di hujung tempat Sa'i iaitu di Bukit Marwah.


Jemaah memenuhi ruang di luar bangunan Masjid al Haram, Mekah.




©IdrisTalu@2007

Perjalanan Suci Bahagian Ke-VI

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Juadah Makanan Jemaah (Muassasah) Di Maktab Di Mekah

Makanan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji untuk kami para jemaah cukup memuaskan, walau pun ianya tidak dihidangkan secara buffet, hanya dalam paket tahan panas.

Makanan diberikan dua kali sehari, iaitu makan tengahari dan makan malam. Adakalanya buah-buahan juga dihidangkan. Ada juga penduduk Mekah yang bermurah hati bersedekah buah-buahan seperti khurma, pisang, apel dan limau.

Makanan yang dihidangkan lebih dari cukup untuk keperluan badan kita berulang-alik ke masjid untuk beribadah. Cuma bagi kelompok yang agak berusia seperti penulis dan Pak Teh, yang selera makannya sudah agak berkurangan, biasanya tidak dapat menghabiskan makanan yang diberikan.




Bagi sarapan pagi, jemaah diberikan kebebasan untuk membeli sendiri di kafeteria di tingkat bawah maktab kami. Ada pelbagai jenis juadah yang hampir sama dengan kuih-muih yang terdapat di Malaysia dan kuih-muih dari Melayu asal Patani yang ramai di Mekah ini.

Jangan terkejut dengan ejaan yang mereka sediakan di menu di bawah, mengikut cara sebutan Melayu Patani di Mekah.





©IdrisTalu@2007

Rabu, 4 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-V

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Mekah
05 Disember 2007

Ingin berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini, sedikit sebanyak bagaimana Tabung Haji Malaysia menguruskan maktab-maktabnya di seluruh Mekah.

Gambar beberapa maktab lagi, tercicir dari jangkauan penulis. Memadailah dengan apa yang dapat penulis kumpulkan. Sahabat-sahabat penulis yang faham berbahasa Jawa, jangan marahkan penulis, kadang kala menggunakan perkataan "kumpul".

Gambar di bawah ini menceritakan lokasi keseluruhan di mana letaknya maktab-maktab yang didiami oleh bakal-bakal haji yang diuruskan oleh Tabung Haji Malaysia.

Lokasi maktab-maktab di sekeliling Masjid al Haram, Mekah.

Maktab 91, maktab penulis duduk, dengan 2,439 jemaah di al Janadiriah.

Maktab 92, juga di al Janadiriah dengan 2,438 jemaah.

Maktab 94, di Faj al Bade dengan 2,472 jemaah.

Maktab 95, di Dar Ghazzah dengan 2,480 jemaah.

Maktab 96, di Elaaf al Sud, dengan 2,499 jemaah.

Maktab 97 di Mubaraq Plaza, dengan 2.472 jemaah.

Maktab 98 di Qurtubah dengan 2,474 jemaah.

Maktab 99.

Maktab 100 di Hassan Khazindar dengan 2,503 jemaah.

Maktab 101 = 2,481 jemaah

Maktab 102 = 2,498 jemaah

Maktab 103 = 2,481 jemaah

Kesemuanya di Al Marwah Naqa.

Maktab 104 = 1,490 jemaah

Maktab 105 = 1,550 jemaah

Kedua-duanya di Dallah Barakah.

Ada beberapa maktab lagi yang fotonya tidak ada dalam simpanan penulis. Semoga pembaca blog ini dapat gambaran yang agak jelas tentang penempatan jemaah-jemaah haji dari Malaysia di Mekah.

Ada beberapa pihak yang memperkecilkan usaha Tabung Haji yang telah diiktiraf sendiri oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai penyelenggara yang terbaik dan elok dijadikan benchmark oleh pengendali jemaah-jemaah haji dari negara-negara lain.

Sebagai rakyat Malaysia, elok rasanya kita bersyukur dengan kejayaan Tabung Haji dan terus memberikan pandangan dan sokongan untuk memantapkan lagi perjalanan Tabung Haji.



©IdrisTalu@2007

Perjalanan Suci Bahagian Ke-IV

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Mekah
03 Disember 2007


Selepas solat Isya’ kami berkumpul di lobby maktab al Janadiriah untuk melakukan Umrah. Kami dibawa oleh seorang “mutawwif” (jurutunjuk) berbangsa Arab. Mungkin kerajaan Arab Saudi yang menetapkan syarat begitu, penulis tidak tahu.

Rasanya lebih afdal kalau mengikut logiknya, mutawwif sepatutnya boleh berkomunikasi dengan jemaah, sedangkan mutawwif Arab ini cuma komunikasi sehala.

Jemaah ikut saja apa yang dia ucapkan, kalau dia marah, jemaah ajuk marahnya, mukanya bertukar jadi merah, nasib baik tidak hijau macam “incredible hulk”. Itulah ruginya orang tidak belajar ilmu komunikasi! Noktah.

Kami dibawa berjalan kaki dari maktab al Janadiriah menuruni bukit di sekeliling Mekah itu, hingga ke Masjid al Haram sambil bertalbiah dan doa-doa lain yang dibacakan oleh mutawwif tersebut.

Jemaah cukup ramai di dalam Masjid al Haram, Mekah.


Masuk sahaja ke dalam Masjid al Haram, perasaan menjadi cukup syahdu. Qiblat yang kita halakan setiap kali solat kini berada di depan mata. Terlihat sahaja bangunan Ka’abah yang ditutupi kiwsah bewarna hitam itu, perasaan bertambah terharu. Airmata mula mengalir. Dada pun sebak dan mulut tidak dapat berkata apa-apa pun.

Mutawwif memberikan taklimatnya dalam bahasa Arab, untuk memulakan tawaf umrah di belakang garisan yang bersetentang dari sudut Hajar Aswad (garisan itu kini tidak ada lagi). Untung pengajaran yang diberikan oleh Ustaz Bahari di Masjid Sultan Azlan Shah (dekat Politeknik Ungku Umar) tetap dalam ingatan penulis dan isteri.


Kami pun memulakan tawaf umrah perlahan-lahan kerana jemaah yang tawaf malam itu agak ramai. Selesai tawaf, kami sembahyang sunat tawaf yang sepatutnya di kawasan makam Ibrahim, tetapi bila jemaah sudah penuh, sembahyanglah di mana juga yang selamat di lapangan tempat tawaf tersebut.

Selepas selesai solat sunat tawaf, kami minum air zamzam yang banyak tersedia di dalam kawasan Masjid al Haram. Minumlah dengan mengadap ke Ka’abah.

Selepas itu kami dibawa ke Bukit Safa untuk memulakan ibadah Sa’i. Jemaah yang melakukan ibadah Sa’i agak ramai juga. Penulis bersa’i sesuai dengan kemampuan isteri, kerana isteri penulis agak kurang sehat di kala itu.

Setelah bersa’i empat setengah (4.5) pusingan, isteri mengadu kepenatan. Penulis memujuknya berehat di tepi laluan jemaah bersa’i itu. Setelah penatnya berkurangan, penulis beredar mencari “pembantu” yang boleh menolak kerusi beroda untuk jemaah yang tidak mampu berjalan lagi.

Penulis temui seorang pemuda Arab yang boleh bertutur bahasa Inggeris untuk mendapatkan bantuan yang penulis perlukan. Dia pula memanggil seorang pemuda Arab yang lain yang akan melaksanakan tugas tersebut. Setelah bersetuju dengan upahnya, penulis membawa pemuda itu kepada isteri penulis yang menunggu di tepi laluan Sa’i tadi.

Penulis meneruskan ibadah Sa’i yang belum siap. Penulis tidak mampu mengikut kelajuan pemuda Arab yang menolak kerusi roda yang diduduki isteri penulis. Walau pun begitu, setiap kali tiba di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pemuda Arab itu berhenti memberi peluang kepada isteri penulis untuk berdoa dan melakukan apa yang sepatutnya dibuat ditempat-tempat tersebut.

Selesai bersa’i, kami pergi ke tempat yang agak selesa di mana ramai jemaah yang sedang bercukur atau mengguntingkan rambut di hujung Bukit Marwah. Penulis dan isteri melakukan ibadah menggunting rambut tersebut di situ. Ramai jemaah lain yang telah lama selesai kerja Sa’i mereka, cuma menunggu kami sahaja.

Isteri penulis yang telah kepenatan, tidak mampu berjalan lagi untuk pulang ke maktab al Janadiriah sejauh 720 meter itu. Penulis berusaha mencari kerusi beroda (wheel chair) yang memang disediakan di situ.

Baliklah kami ke al Janadiriah secara berkumpulan. Ada di antara pekerja Muassasah yang bersama kami turut membantu penulis menolong menolak kerusi beroda isteri penulis hingga ke maktab yang terletak di atas bukit itu.

Sesampai di maktab, penulis membawa isteri ke biliknya sambil berpesan supaya jangan tidur dahulu kerana penulis ingin mencari teh panas untuknya di bawah maktab. Selepas mendapat teh panas, penulis membawanya kepada isteri yang masih kepenatan tadi.

Walaupun dia kurang berselera meminum teh panas tersebut, tetapi kelihatan lebih cergas bila air teh yang sederhana suam itu masuk ke perutnya. Penulis memujuknya untuk berehat sahaja malam itu.

Penulis balik ke bilik, kemudian ke bilik mandi untuk mengelap badan yang kurang enak itu sebelum masuk tidur.

Setelah selesai bergunting tadi, kini kami sudah boleh berpakaian biasa semula. Kain ihram penulis akan dibawa ke dobi besok pagi.

Malam itu, dengan kepenatan sepanjang malam tadi, ditambah aircond bilik yang sejuk itu, penulis tidur lena.


©IdrisTalu@2007

Selasa, 3 November 2009

Perjalanan Suci Bahagian Ke-III

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Jeddah - Mekah
03 Disember 2007

Setelah segala urusan imigresen selesai di Jeddah, kami pun menaiki bas ke Mekah. Dan jemaah-jemaah dalam bas mula bertalbiah:


Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaik laa syarikka laka labbaik, Innal haamda wanni’mata laka wal mulk Laa syariika laka.

Yang bermaksud:

Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah,
Aku datang memenuhi panggilanMu, Tidak ada sekutu bagiNya,
Ya Allah aku penuhi panggilanMu.
Sesungguhnya segala puji dan kebesaran untukMu semata-mata.
Segenap kerajaan untukMu.
Tidak ada sekutu bagiMu.


Jemaah terus bertalbiah, hati mulai sebak. Kebetulan saudara Sidi Oraza dan keluarganya ada bersama dalam bas yang penulis naiki. Suara Sdr Sidi dan jemaah lain bertalbiah bergema dalam bas kami dan airmata mula bercucuran, "Ya Allah, aku penuhi panggilanMu."

Melepasi pintu gerbang antara Jedah dan Mekah, talbiah berterusan.


Tiba di bandar Mekah, kami dibawa ke al Janadiriah di kawasan as Sulaimaniyah. Kami pun turun dari bas dan terus naik ke bilik di tingkat enam. Isteri penulis menginap di bilik berasingan - sesama jemaah wanita tetapi masih di tingkat yang sama.

Peta lokasi al Janadiriah dan laluan penulis ke Masjid al Haram (sumbangan PLUS).

Bahagian depan maktab kediaman kami di Mekah.


Inilah pintu bilik yang penulis diami bersama tiga jemaah lagi. Rakan sebilik penulis ialah Pak Teh (Haji Alias bin Haji Hashim) dari Kampong Sadik, Kupang, Kedah; Saudara Md Rejap bin Md Saad dari Alor Setar, Kedah; dan Encik Othman Mydin bin Ibrahim dari Ipoh.

Pintu bilik 618.

Naskhah al Quran yang penulis bawa dari Malaysia.

Katil penulis, cukup selesa.

Kasut buatan China, penulis beli di Mekah.

Beg sandang penulis selama berada di Mekah dan Madinah yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia.

Sumbangan pihak swasta kepada jemaah - terima kasih.

Tikar sembahyang, sumbangan Telekom Malaysia.

Peti ais (freezer) di bilik penulis.


Van "sapu" yang tunggu jemaah untuk ke Masjid al Haram. RS1 (=RM0.91)seorang untuk jarak lebih kurang 500 meter - van tidak boleh sampai ke masjid, biasanya setakat Masjid Kucing sahaja. Kalau jam 3.00 pagi, bolehlah sampai ke hentian teksi sebelum terowong.

Berderet van menunggu jemaah.



Ramai jemaah yang berjalan kaki sahaja ke Masjid al Haram.

Masa pergi, turun bukit, masa balik menonggeklah, sebab naik bukit.

Kita bersyukur Tabung Haji mempunyai bangunan sendiri di Mekah.


©IdrisTalu@2007

Perjalanan Suci Bahagian Ke-II

Mekah & Madinah 1428H/2007M
By Idris Talu

Jeddah, Saudi Arabia
03 Disember 2007.

Selepas kapal terbang Saudi yang membawa kami, bakal-bakal jemaah haji dari Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, kami pun dibawa ke tempat persinggahan sementara di lapangan terbang tersebut.

Yang pertama kami lakukan ialah solat Subuh dan berdoa agar perjalanan kami yang masih panjang lagi, dapat dilakukan dengan baik dan mengikut kehendak Allah dan RasulNya.

Salbiah yang masih kepenatan, berehat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Ruang rehat yang cukup selesa di Jeddah.

Bakal-bakal haji menunaikan solat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Adul Aziz di Jeddah.

Pagi yang masih dingin di Jeddah.

Selepas selesai segala urusan pemeriksaan passport haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, kami dibawa dengan bas ke kota Mekah.

©IdrisTalu@2007

Perjalanan Suci Bahagian Pertama

Mekah & Madinah 1428H/2007
By Idris Talu

Ipoh - Kuala Lumpur - Jeddah
02 Disember 2007

Pagi hari itu, suasana bercampur-aduk, gembira dan sayu buat penulis dan isteri.

Gembira kerana bakal menunaikan ibadah haji yang diwajibkan malah telah lama ingin dilakukan. Sayu kerana terpaksa meninggalkan jiran-jiran yang baik hati, keluarga, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kami.

Sementara penulis dan isteri bersiap-siap, jiran-jiran ramai yang datang ke rumah kami. Tuan Haji Yaakob, Ustaz Isa, Ustaz Ismail dan ramai lagi berhimpun untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami, suami-isteri.

Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Ustaz Ismail melaungkan azan. Terasa cukup syahdu. Selepas bersalaman dengan jiran-jiran yang hadir, sekitar jam 9.20 pagi, penulis dan isteri kesayangan bertolak ke Kuala Lumpur kerana nanti malam akan terbang ke Jeddah dalam perjalanan untuk mengerjakan ibadah haji yang telah lama ingin kami kerjakan.

Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kami yang lima orang itu turut menghantarkan kami ke Kuala Lumpur.

Tiba di rumah adik saya, Ishak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, kami makan tengahari dan berehat sebentar. Selepas solat Isya' kami bertolak ke Kompleks Haji di Kelana Jaya.

Selepas mendaftar diri, kami diberikan taklimat ringkas di Kompleks Haji tersebut. Selepas itu, kami menaiki bas khas untuk ke ke KLIA sekitar jam 12.30 malam. Tiba di KLIA sekitar 1.45 pagi dan mulai boarding sekitar jam 2.00 pagi.


Anak-anak, menantu dan cucu-cucu Idris Talu.

Suasana di Kompleks Haji, Kelana Jaya.

Dari kiri, Irfanina, Iqbal, Shima, Idris, Ikram, Salbiah dan Ibtihal.

Sebahagian dari keluarga Idris Talu.

Paling kanan, adik penulis - Ishak yang kini menetap di Jelebu, dan isterinya, Salmah.

Kapal terbang Saudia yang kami naiki agak lusuh jika dibandingkan dengan kapal terbang MAS yang sentiasa tip-top. Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2.45 pagi.

Kebanyakan pekerja kapal terbang Saudia terdiri warga Indonesia. Bila mereka bertanya kepada penumpang, "sapi atau ayam?" maksudnya lauk-pauk makanan yang penumpang mahukan itu, daging lembu atau ayam. tidak semena-mena, penulis teringat Kampong Bukit Sapi di Lenggong.

Kami tiba di Jeddah, Arab Saudi sekitar jam 6.15 pagi (waktu Malaysia). Penulis belum ubah jam mengikut jam Arab Saudi lagi.

By Idris Talu

Isnin, 2 November 2009

Bank Negara governor gets award

Courtesy: The Star Malaysia/Bernama
Published: Monday November 2, 2009 MYT 2:17:00 PM

Photo - Courtesy: Bernama.

KUALA LUMPUR: The Women In Leadership Forum held in Dubai recently, provided a platform for the Federation of Women Entrepreneur Associations Malaysia (FEM), to identify areas for business cooperation with its Middle East counterparts.

Through the forum, the association has identified trading, services and the financial sector as among the business areas for cooperation.

The participants at the three-day forum from Oct 25, had expressed an interest in networking and engaging in business with Malaysian women entrepreneurs.

This was further heightened when the FEM vice-chairman 1, Noridah Ahmad, was invited to receive the "Women Achievement Award" on behalf of Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, for her exceptional achievements in the banking sector.

"We are truly honoured and proud of the recognition bestowed on Zeti," Noridah said in a statement here on Monday.

Although the forum was too short for FEM to close any business deals, the 300 participants from the Middle East, Britain, the United States,Canada and Sweden, were nevertheless, impressed with the achievements of Malaysian women entrepreneurs.

For the association, the forum has helped opened doors for a bigger slice of the global market.

The forum offered an educational and networking platform for businesswomen and leaders to set trends, influence, innovate,strategise, devise successful platforms and leverage women's participation in the global business world.

The forum was also aimed at creating an economic roundtable for women leaders and to examine their perspectives on global issues. - BERNAMA

Courtesy: The Star Malaysia/Bernama

Source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/2/business/91102141806&sec=business

Ahad, 1 November 2009

Pelajar Malaysia di Padang







Courtesy: Berita Harian Malaysia/Bernama

PADANG: Ibu bapa di Malaysia tidak perlu bimbang kerana anak mereka yang terus belajar di universiti di Padang selepas berlakunya gempa bumi 30 September lalu, kini dapat meneruskan pengajian dalam keadaan baik.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, berkata setakat ini seramai 160 daripada 329 pelajar Malaysia sedang meneruskan pengajian mereka di Padang manakala bakinya sedang mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

"Pelajar yang terus tinggal di sini untuk belajar kita bantu mereka dan saya pada setiap minggu turun ke Padang untuk melihat keadaan mereka," katanya kepada wartawan Malaysia selepas majlis ramah mesra Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersama pelajar Universitas Andalas di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Padang, Murtaza Mohd Mustafa dan Pengerusi Kelab Umno Padang, Farah Nurdiyana Mohd Nazri.

Mohd Ali menyampaikan sumbangan RM10,000 Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMD), badan bukan kerajaan yang diterajui beliau, untuk membantu pelajar Malaysia di Padang termasuk bagi menyewa kediaman baru dan bantuan kebajikan lain.

Dalam kejadian 30 September lalu, gempa bumi kuat berskala 7.6 Richter melanda Sumatera Barat menyebabkan lebih 1,000 orang terkorban selain membawa kemusnahan yang teruk.

Dr Junaidy yang berpejabat di Jakarta, berkata pihaknya bersama pelajar akan cuba mendapatkan rumah baru atau memperbaiki kerosakan kecil pada rumah mereka dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu pelajar "yang masih keliru" sama ada mahu belajar di Malaysia atau kembali ke Padang.

"Pelajar yang masih keliru, mereka sudah datang ke sini mengambil dokumen yang diperlukan dan pulang ke Malaysia, sekiranya urusan di Malaysia tidak ada masalah mungkin mereka akan terus belajar di Malaysia dan bagi yang ubah fikiran mereka akan kembali ke sini, kita akan bantu mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dengan pihak pengurusan Universitas Andalas dan mereka memberi kelonggaran kepada pelajar Malaysia seperti tarikh peperiksaan akan dilanjutkan dan mengganti kuliah yang tidak dapat diikuti akibat bencana alam itu.

Dr Junaidy berkata, pihaknya juga sedang menunggu bantuan lain daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri untuk disalurkan kepada pelajar terbabit.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Presiden DMDI, berkata pihaknya berharap sumbangan itu hasil sumbangan derma daripada pelbagai organisasi dan individu untuk Tabung Gempa Bumi yang dilancarkan oleh kerajaan Melaka, dapat membantu pelajar terbabit meneruskan pengajian di Padang.

"Harapan saya kepada pelajar yang meneruskan pengajian di sini, mengambil peristiwa ini sebagai pengalaman berharga dalam hidup mereka bagaimana kita menghadapi suasana darurat seperti ini dan melihat bagaimana proses pemulihan dilakukan. Diharapkan dengan pengalaman ini mereka boleh menjadi sukarelawan yang berkesan pada masa depan," katanya.

Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan semangat mereka telah pulih dan berkobar-kobar untuk meneruskan pengajian dan bersyukur usaha pemulihan terutama infrastruktur di universiti mereka berjalan lancar.

Murtaza, pelajar fakulti perubatan berkata walau pun ramai pelajar masih trauma dengan kejadian berkenaan, tetapi mereka bertekad untuk meneruskan pengajian di sini.

"Selepas gempa, semangat kami agak menurun tetapi kini selepas melihat bantuan dan dorongan yang diberikan pelbagai pihak, semangat kami pulih kembali semakin berkobar-kobar untuk belajar di sini, pengalaman di sini amat berharga, susah untuk diperolehi di tempat lain.

"Perasaan takut setiap kali gempa itu ada tetapi "kalau nak mati, di tempat mana pun mati juga, kita berserah kepada Tuhan saja," katanya.

Nur Zulaikha Ismail, pelajar fakulti perubatan, berkata walaupun boleh dikatakan setiap hari ada gegaran kecil namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menamatkan pengajian di universiti itu.

"Kami di sini tidak menghadapi masalah untuk belajar, bilik kuliah pun masih boleh digunakan dan kami berterima kasih kepada pelbagai pihak di Malaysia termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang datang untuk memberi bantuan," katanya.

A Adeeban Koomar, juga pelajar Fakulti Perubatan, berkata mereka kini sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, mereka tidak bimbang untuk meneruskan pengajian kerana kira-kira 80 peratus pelajar fakulti perubatan di universiti itu datangnya dari luar Padang di mana tempat mereka tidak pernah dilanda gempa bumi dan masih tabah dan bersemangat untuk meneruskan pengajian di sini. - Bernama

Courtesy: Berita Harian Malaysia/Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20091101124820/Article/

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran