Sumber: Berita Harian Malaysia Online
Tarikh: 2010/07/05
PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi akan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada pelajar dari luar negara sebagai langkah menggalakkan pelajar berkenaan berkhidmat di negara ini sebaik menamatkan pengajian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemberian PR itu bukan untuk semua pelajar, sebaliknya kepada penuntut yang sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) serta yang ditaja kementerian.
"Mungkin kita akan tawarkan mereka berkhidmat sebagai pensyarah atau penyelidik tetapi penawaran bukan kepada semua pelajar sebaliknya pelajar yang benar-benar kreatif serta berkemahiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata di samping usaha untuk menarik minat rakyat tempatan kembali berkhidmat di negara ini, usaha menarik minat rakyat luar berkhidmat di Malaysia juga perlu.
"Kita tidak boleh menghalang rakyat tempatan berkhidmat di negara lain, sekarang kita kena bertindak secara adil dan jujur dengan berusaha mencari bakat dari negara luar pula," katanya.
Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan majlis penyampaian Biasiswa Antarabangsa kepada 125 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Di samping itu, beliau berkata langkah memberikan biasiswa kepada pelajar luar negara juga dapat menarik minat pelajar untuk kekal berkhidmat di negara ini.
Setakat ini, seramai 363 pelajar dari beberapa negara termasuk China, Indonesia, Iran, India, Arab Saudi, Yemen dan Bangladesh telah menerima tajaan biasiswa. – BERNAMA
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPTkajitawarPRkepadapelajarluarnegara/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Memaparkan catatan dengan label Tawaran PR kepada pelajar luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tawaran PR kepada pelajar luar negara. Papar semua catatan
Isnin, 5 Julai 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 19 Oktober 2010. KUCHING 18 Okt. - Seorang budak perempuan disahkan terkorban, dua lagi hilang ...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
ARKIB : 09/02/2012 Ditulis oleh - Oleh HASHIM P. MAMAT utusanutara@utusan.com.my KUALA KANGSAR 8 Feb. Sungguhpun pepa...
-
Tempat Berehat Tumpuan Pelancong By Idris Talu Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam s...
-
Oleh Rohaniza Idris, roha@bharian.com.my Courtesy: Berita Harian Malaysia Sejarah Haji di Malaysia Foto: Courtesy - Berita Harian Dipercaya...