TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

Makanan Laut Panggang Di Sabah

إدريس اسماعیل تالو ‎
Idris Ismail Talu


Sabah memang mewah dengan makanan dari laut.

Ikan pelbagai jenis dipanggang - sungguh menyelerakan.

Ketam panggang - menaikkan selera makan.



Chalet di Pulau Manukan.

إدريس اسماعیل تالو ‎
Idris Ismail Talu


Chalet-chalet indah di Pulau Manukan, Sabah, negeri di bawah bayu.

Pintu masuk ke Pulau Manukan.

Tenang dan damai di Pulau Manukan, Sabah.

Sungguh mengasyikkan.


Isnin, 18 Oktober 2010

1,000 peserta terlibat projek akuakultur berskala besar di Pitas

Sumber: Utusan Malaysia Online.

KOTA KINABALU 18 Okt. - Projek akuakultur berskala besar di daerah Pitas akan mula dilaksanakan tahun depan dengan melibatkan lebih 1,000 peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Bolkiah Ismail berkata, projek berasaskan ternakan udang itu dilaksanakan di kawasan Kampung Telaga di Pitas seluas kira-kira 5,000 hektar.

"Projek berkenaan bertujuan meningkatkan taraf hidup penduduk dan juga mengatasi masalah kemiskinan di daerah Pitas.

"Jadi melalui program ini, kita memilih golongan miskin tegar dan miskin biasanya terdiri daripada nelayan pantai," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas dan Sungai Padas di Sabah serta Tanjung Manis dan Batang Ai di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

Menurutnya, pelaksanaan program itu diyakini mampu mengeluarkan peserta terlibat daripada kepompong kemiskinan.

Beliau berkata, pada peringkat permulaan, pihaknya menjangkakan setiap peserta mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Dalam pada itu, katanya, projek akuakultur berkenaan dianggarkan memakan belanja kira-kira RM60 juta.

"Projek menggunakan teknologi moden ini akan menghasilkan udang berkualiti tinggi termasuk untuk dieksport ke luar negara.

"Kawasan projek yang berteluk bakau berkenaan juga amat berpotensi dan dikenal pasti oleh Jabatan Perikanan yang sesuai untuk penternakan udang," katanya.

Sementara itu, Bolkiah berkata, bagi melaksanakan pembangunan menyeluruh dan seimbang di daerah itu, pihaknya turut melaksanakan projek agropolitan penanaman getah.

Katanya, pada masa ini seramai 1,200 peserta terlibat dalam program yang dikendalikan Lembaga Industri Getah Sabah itu.

Source: Utusan Malaysia Online.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran