TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Hentian R n R Sungai Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hentian R n R Sungai Perak. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2010

Pertama dinaik taraf konsep mesra alam

Sumber: Utusan Malaysia Online
Tarikh siar: 27 September 2010.

Oleh HAMIMAH HAMID, utusanperak@utusan.com.my


KUALA KANGSAR 26 Sept. - Bayangkan jika anda memandu di kawasan yang tiada kemudahan rehat dan rawat (R&R). Keletihan mungkin akan menyebabkan lebih banyak kemalangan berlaku.

Menyedari kepentingan kawasan tersebut, PLUS Expressways Bhd. (PLUS) bukan sahaja giat menyediakan kemudahan itu di sepanjang lebuh raya utara selatan, malah dari semasa ke semasa melakukan kerja-kerja menaik taraf R&R dan hentian sebelah bagi memberi perkhidmatan mudah, selamat dan selesa kepada pengguna.

Terbaru, antara kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja menaik taraf tersebut adalah R&R Sungai Perak (arah selatan) iaitu antara kawasan R&R terawal dibuka di Lebuh Raya Utara Selatan.

Bermula daripada sebuah kawasan perniagaan kecil, PLUS telah membangunkan kawasan rehat dan rawat ini menjadi sebuah kawasan perniagaan yang tersusun dan moden.

Menariknya, R&R ini juga adalah yang pertama dinaik taraf dengan melaksanakan konsep mesra alam dengan tema Jejak Hijau.

Pengarah Urusan PLUS, Noorizah Abd. Hamid berkata, dengan kos belanja naik taraf hampir RM9 juta, R&R Sungai Perak menampilkan keistimewaan dengan reka bentuk kontemporari yang menarik dan unik selain menitikberatkan aspek-aspek penjagaan alam sekitar.

"Sungai Perak adalah kawasan rehat dan rawat pertama di negara ini yang melaksanakan inisiatif mesra alam secara lebih komprehensif dari segi reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan.

"Dengan konsep mesra alam yang kita perkenalkan, pengguna lebuh raya boleh menikmati suasana yang lebih selesa dan mesra alam," katanya di sini baru-baru ini.


Menurut Noorizah, bertemakan Jejak Hijau, R&R Sungai Perak mengadaptasikan teknologi hijau yang menekankan pendekatan mesra alam melalui reka bentuk kompleks tandas dan surau menggunakan konsep pencahayaan dan aliran udara semula jadi.

Konsep tersebut jelas beliau, secara tidak langsung akan mengurangkan pengunaan tenaga elektrik.


"Kami turut menggunakan konsep pembinaan di atas dek untuk mengekalkan struktur semula jadi kawasan dan meminimumkan kerja-kerja tanah bagi mengelakkan penghakisan semasa pembinaan serta pencemaran sungai.

"Bagi memberi suasana lebih sunyi, tembok penghadang bunyi dibina bagi menghalang bunyi kenderaan di laluan utama lebuh raya," katanya.


Selain itu, kata beliau, Sungai Perak adalah kawasan rehat dan rawat pertama di negara ini memperkenalkan penggunaan bekas makanan dan minuman bio yang boleh lupus secara semula jadi dengan cepat, bersih dan selamat.

Tambahnya, inisiatif mesra alam lain yang turut diperkenalkan ialah penggunaan sistem pelupusan sisa makanan 'mesin pembersih eco', tong kitar semua dan pencuci bio mesra alam.

Terletak di Kilometer 249.30 Lebuh Raya Utara Selatan, R&R Sungai Perak yang mempunyai 12 gerai makanan dan 18 gerai menjual buah-buahan serta barangan lain juga menyediakan tarikan baru kepada pengguna lebuh raya.


Tarikan tersebut adalah menara tinjau yang dibina khas untuk pengguna menikmati panorama dan keindahan Sungai Perak serta kawasan sekitarnya.


Pada masa sama, R&R ini juga bakal mempunyai sebuah jeti yang dihubungkan dengan laluan pejalan kaki berbumbung untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan Sungai Perak dengan menaiki bot.

Bagi peminat produk-produk keluaran Orang Asli pula, gerai khas menjual pelbagai hasil usaha mereka tersedia di R&R ini.


Yang pastinya, R&R Sungai Perak (arah Selatan) kini bersedia menerima kunjungan 3,500 pelanggan lebuh raya setiap hari dengan menyediakan perkhidmatan mesra alam terbaik kepada pengguna.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

Khamis, 5 Ogos 2010

Hentian Sungai Perak Arah Selatan

By Idris Talu.
Hentian Sebelah Sungai Perak Arah Selatan kini telah diubahsuai untuk memudahkan pergerakan pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) antara Hentian Arah Utara dan Hentian Arah Selatan.



Pintu masuk ke Surau, tandas, gerai-gerai jualan dan kemudahan lain di Hentian Sungai Perak Arah Selatan.
Laluan beratap.

Gerai buah-buahan di R & R.

Kraftangan juga dijual di sini.

Pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang segar.

Lanskap menarik di R & R Sungai Perak ini

Tanaman hiasan di sini.






Cukup menarik.
Kemudahan untuk turun ke Sungai Perak.

Pengguna lebuhraya boleh berehat sebentar di tepi Sungai Perak.

Kalau hendak memancing pun sempat.



Jalan laluan antara Hentian Arah Utara & Arah Selatan.

Laluannya beratap dan cantik.

Berhampiran Jambatan Sultan Azlan Shah.

Sebahgian dari R & R Arah Selatan.

Dekorasi tumbuhan di R & R Sunga Perak.

Susunan yang cantik.











Hentian Arah Selatan dilihat dari Hentian Arah Utara.

Idris Ismail Talu

Khamis, 4 Mac 2010

Hentian Rehat & Rawat Sungai Perak

By Idris Talu
Tengahari semalam 4 hb Mac 2010, penulis bersama isteri dan dua orang anak singgah di Hentian Rehat & Rawat Sungai Perak arah Utara. R & R ini merupakan antara yang tersebok di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan.

Hentian R & R Sungai Perak ini cukup bersih dan cantik. Makanan yang dijual di sini sesuai untuk semua pengguna lebuhraya. Bagi penulis, maskan asli cara Perak cukup menyelerakan - seperti gulai lemak rebung, gulai keladi dan ulaman secara kampung.



Gerai jualan buah-buahan teratur dan bersih.

Tanaman hiasan tumbuh segar di sisi surau lelaki.


Ruang makan di R & R Sungai Perak arah Utara

Untuk kemudahan pengunjung naik atau turun ke tempat letak keenderaan, ascalator disediakan.



Tempat letak kereta yang cukup besar.
Menara Pandang di Hentian Rehat & Rawat Sungai Perak.

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran