TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Cycads. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cycads. Papar semua catatan

Sabtu, 18 September 2010

Cycads Lenggong

By Idris Ismail Talu.

Cycads Lenggong yang cukup terkenal dengan keunikan bentuk dan ke"purbaan" nya. Tumbuhan yang telah wujud sebelum zaman dinosaurs lagi, masih wujud dengan gagahnya di Lenggong.





http://idristalu.blogspot.com/

Jumaat, 11 Jun 2010

Cycads Lenggong

By Idris Ismail Talu

Sekali lagi, penulis ingin memaparkan keindahan pohon cycads Lenggong yang telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu yang masih tetap tegak di bumi Lenggong.




©idrisismailtalu@2010

Selasa, 29 September 2009

The Beauty of Cycad Clivicola in Lenggong

By Idris Talu

During Hari Raya celebration, on the way back to Ipoh I took few photographs just to share the beauty of cycads clivicola in Lenggong.



Very beautiful shape of cycad clivicola - at least few hundreds-years old of age.



You can't find this beautiful shape of cycad clivicola in other part of the world. If you like to see this hundreds-million-years living fossil, you have to come to Lenggong, Malaysia. You may surf all over the globe via all search engines available; at the end you may see it only in Lenggong.





Another beautiful cycad clivicola.





Wonderful shape of a cycad clivicola.




Young cycad clivicola in Lenggong.


©IdrisTalu@2009

Rabu, 26 Ogos 2009

Cycad Clivicola - Lenggong

By Idris Talu

Ramai di antara kita tahu, Lembah Lenggong merupakan suatu lembah yang terkenal dalam kajian bentuk kehidupan purba. Kajian oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia dari Universiti Sains Malaysia membuktikan bahawa di lembah inilah telah wujud tamaddun purba sekitar 30,000 tahun dahulu.

Di Lembah Lenggong ini jugalah rangka manusia yang tertua dalam sejarah Malaysia ditemui. Banyak bukti-bukti lain tentang kehidupan pra sejarah yang telah ditemui oleh para penyelidik dari USM tersebut.

Oleh kerana itu, sebuah muzium khas hasil penemuan arkeologi telah dibina di Lenggong yang dinamakan Muzium Arkeologi Lenggong – untuk mempamerkan hasil penemuan purba tersebut.



Di sebalik penemuan fossil-fossil kehidupan lama yang telah mati itu, rasanya kita telah tertinggal fossil yang tetap penting dan yang masih hidup – the living fossil.

Fossil hidup yang dimaksudkan ialah pokok-pokok cycad yang telah wujud di dunia ini sejak jutaan tahun dahulu lagi yang kini hanya tinggal beberapa ratus pokok sahaja di Lenggong.

Alangkah indahnya jika pokok-pokok lain dibersihkan dan hanya simpan cycads clivicola sahaja di kawasan ini. Kalau perlu kita tambahkan jumlah pokok cycads di sini dengan memindahkan pokok dari kawasan lain yang tersorok dari pandangan ramai.

Aapabila kawasan ini dirawat sebaik-baiknya dengan penambahan pokok cycads lainnya, jutaan peminat cycads dari seluruh dunia akan ke Lenggong untuk menikmati kecantikan cyacds clivicola Lenggong.


Walau pun telah banyak dikerat dan dipotong sesuka hati “pencuri” khazanah negara ini, masih terdapat sisa-sisa pokok cycads ini di kawasan berbatu-batu yang curam di sekitar Lembah Lenggong. Mungkin kerana kecuraman bukit berbatu itu, cycads ini panjang usianya di situ.

Untuk pengetahuan pembaca blog ini, pokok cycads purba ini, walau pun telah dipotong, ia akan mengeluarkan akar semula ditempat ianya dipotong, seperti batang ubi kayu yang kita tanam di belakang rumah kita itu.


Penulis kurang pasti, pokok purba yang menjadi khazanah negara ini di bawah bidang kuasa kementerian mana. Yang pasti pokok yang telah hidup jutaan tahun yang lalu, yang membesar cuma 20 cm dalam masa sepuluh tahun, yang tidak ternilai harganya, telah menjadi tanaman hias untuk menghiasi rumah-rumah mewah di bandar-bandar besar.

Cycad clivicola Lenggong


Oleh itu, penulis paparkan gambar-gambar yang sempat penulis ambil baru-baru ini, di tebing-tebing batu yang curam di kawasan berbukit di Lembah Lenggong untuk tatapan pembaca blog ini, manalah tahu, tidak lama lagi semuanya habis diangkut dikebas orang.

Jika disemai biji buah cycad yang telah matang, ianya akan mengambil masa selama satu tahun untuk cambah!

Pokok cycad membesar cuma 20 cm untuk tempoh sepuluh tahun. Oleh itu, bayangkanlah berapa usia pokok cycad dalam gambar di bawah ini.

Kasihan cycad dalam gambar di bawah, berebut kawasan untuk hidup dengan pokok-pokok lain di tebing curam sebuah bukit batu kapor di Lenggong.

Cycad clivicola Lenggong.



Cycad clivicola Lenggong.

Cycas clivicola Lenggong merupakan khazanah kekayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang diabaikan. Fossil hidup (the living fossil) yang berusia jutaan tahun ini terbiar di dalam semak-samun di Lenggong.



Entah berapa lama agaknya, pokok-pokok cycads ini boleh bertahan di situ penulis tidak pasti. Permintaan pokok cycads yang tinggi di pasaran boleh menghapuskan cycads ini dari Lembah Lenggong buat selama-lamanya.




Gambarajah ringkas ketinggian kedudukan pokok-pokok cycads di bukit batu kapur yang penulis ambil gambarnya.

©IdrisTalu@2009

Ahad, 7 Jun 2009

Cycad Lenggong - Part3

By Idris Talu

Bloggers yang saya hormati, di dalam dua siri awal mengenai Cycas Clivicola Lenggong yang lepas saya telah tunjukkan rupa dan bentuk pohon cycas yang tumbuh di tempat asalnya, di atas batu di bukit-bukit sekitar Lenggong. Kali ini saya ingin menunjukkan rupa dan bentuk pokok cycas yang telah dipindahkan ke tanah biasa oleh peminat-peminat cycas.


Potongan cycad - jangan dibuang!

Dalam gambar di atas, kita dapat lihat bagaimana cycas yang telah putus, mungkin dipotong oleh pengambil awalnya, telah dikutip oleh pencinta cycas dan dibiarkan di atas tanah sehingga akarnya keluar melalui bahagian yang terkena tanah dan lama-kelamaan, pucuk tunas baru pun akan timbul dan mengeluarkan daun baru yang cukup indah. Oleh itu jika anda menjumpai mana-mana bahagian cycas yang telah terpotong, jangan dibuangkan. Simpanlah ia. Rahsianya, don’t throw away a cycad.

The living fossil - Cycads clivicola Lenggong.

Lihat betapa cantiknya daun Cycas Clivicola Lenggong ini. Walaupun hanya tinggal tunggul sahaja, ianya masih cantik untuk peminat cycad.

A Beautiful shape of Cycad clivicola of Lenggong.

Gambar di atas pula menunjukkan keunikan Cycas Clivicola Lenggong, di mana ianya boleh bercabang. Kita tahu cycad membesar cuma 20 cm dalam tempoh masa sepuluh tahun. Oleh itu anda boleh agak sendiri berapa umur cycad ini.

Cycads clivicola.

Satu perubahan yang agak pelik berlaku pabila kita memindahkan pokok cycad dari tempat asalnya ke tanah rendah. Perubahan berlaku kepada warna kulit pohon ini, dari berwarna kelabu cerah kepada kelabu kehitaman.

Betapa indahnya cycas, peninggalan purbakala. Malah ramai yang mengatakan bahawa cycads merupakan "the living fossil." Beberapa negara di Afrika menjadikan cycads sebagai objek istimewa dalam setem negara mereka.

The beauty of Cycad clivicola.

©IdrisTalu@2009

Sabtu, 6 Jun 2009

Cycad Lenggong - Part2

By Idris Talu

Cycads clivicola Lenggong di Gua Badak

Lihat kedua-dua gambar di atas dan di bawah, bagaimana cycas clivicola Lenggong, yang mungkin sudah ratusan atau ribuan tahun tumbuh dan membesar di lereng Bukit Lebah, Gua Badak ini. Bukit batu kapur ini curamnya hampir sembilan puluh darjah tepat. Bukit ini dinamakan Bukit Lebah kerana dulunya terdapat banyak sarang lebah bergayutan di lereng batunya.

Jika kita lihat ketinggian pohon cycads itu, kita dapat mengagak usianya kerana kita telah pun mengetahui, bahawa cycad membesar cuma 20 cm dalam tempoh masa sepuluh tahun.


The beauty of Cycads Lenggong.
Perhatikan gambar di bawah, lihat bagaimana cycad ini hidup di atas batu yang keras tanpa tanah itu. Ini sungguh menakjubkan kita.

Cycad ini merupakan khazanah negara yang telah wujud mungkin jutaan tahun dahulu. Pokok cycad dikatakan boleh hidup sehingga 2,500 tahun. Kita belum menjalankan kajian berapakah umur cyacds yang banyak terdapat tumbuh di lereng batu di Bukit Lebah, Gua Badak itu.

Alangkah baiknya jika Bukit Lebah, Gua Badak ini kita jadikan Taman Cycads terbesar dan lengkap dengan muzium datanya untuk kajian para pelajar dan para penyelidik dalam dan negara luar. Di samping itu kita dapat menikmati keindahan dan keunikannya tumbuhan purba ini.

The living fossil in Lenggong.
Kekuatan cengkaman akarnya di atas batu pejal yang tegak seperti tebing grand canyon di Amerika Syarikat itu melambangkan kekuatan rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, dalam menempuh ranjau kehidupan yang ada kalanya tenang damai, ada kalanya bergelora.

Jika Grand Canyon Amerika Syarikat mempunyai Grand Canyon Skywalk, kita di Malaysia ini memadailah jika dibina tangga waja yang kukuh untuk membolehkan pengunjung melihat dari dekat saki baki peninggalan zaman dinosaurs ini. Kita mungkin boleh memindahkan pohon cycads dari kawasan berdekatan untuk dikumpulkan di puncak Bukit Lebah ini untuk memudahkan pengunjung melihatnya.

Cycas Clivicola Lenggong, cukup menakjubkan, cuma buat sementara waktu ini ianya terbiar di lereng bukit yang terjal itu. Semoga ada pihak yang akan mampu "menggosok sinar emas" yang terpendam di lereng Bukit Lebah sejak sekian lama ini.

Jika negara Jepun yang mempunyai stok simpanan cycads yang sedikit mampu mengadakan Taman Cycads yang besar dan teratur, kenapa agaknya kita yang mempunyai stok cycads yang melimpah ruah, tidak mampu mengadakan taman yang serupa itu?

Kita tertinggal jauh di belakang Taiwan dan Vietnam yang telah pun mempunyai ladang cycads yang luasnya ratusan ekar dan menjadi pengeksport utama cycads dunia. Malah, Malaysia sendiri termasuk dalam senarai pembelinya pada hal kita mempunyai cycads sendiri yang lebih cantik!



©IdrisTalu@2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Cycad Lenggong - Part1

By Idris Talu

Cycad merupakan tumbuhan purba yang masih wujud hingga kini di beberapa bahagian dunia ini. Ianya dikatakan telah wujud di bumi ini sejak sebelum adanya dinosaurs lagi. Malah ada pihak yang menyatakan bahawa zaman Jurassic dahulu sebagai zaman cycad.

Cycad adalah tumbuhan jenis “dioecius” iaitu ada jenis jantan dan jenis betinanya. Kalau di masa dahulu, orang tua kita di kampung tatkala masih menanam rambutan dari biji buah tersebut, kebarangkalian tumbuhnya pohon jenis jantan yang pandai mengeluarkan bunga, mahu berbuah, tapi tidak mampu berbuah, tidak mustahil berlaku. Namun begitu dengan teknik terkini dalam cantuman tumbuhan, masalah jantan betina sesuatu pokok yang ditanam tidak menjadi masalah lagi.


Cycads Lenggong di Gua Badak


Di dalam hutan sana, cycad cuma tumbuh di atas batu sahaja. Saya belum pernah menemui cycad yang tumbuh di atas tanah di kawasan ianya tumbuh secara semula jadi di kawasan bukit batu kapur yang curam di sekitar Lenggong.

Warga tempatan menamakan cycads sebagai "paku aji" dan telah lama mengutip pohon-pohon ini untuk dijadikan pohon hiasan di halaman rumah. Jika kita memasuki kampung-kampung di sekitar Lenggong, kita bolih melihat pelbagai bentuk cycads yang cukup menarik hati.

Cycads di tebing batu yang curam.


Cycads juga boleh ditemui di Pulau Batu Puteh dalam kawasan Tasek Temengor, di sekitar Gua Tempurung Gopeng, di Baling dan Pulau Langkawi di Kedah. Semasa menetap dan bertugas di Kuala Lipis dari tahun 1971 hingga 1979 dahulu, saya coba perhatikan kawasan bukit berbatu di sekitar Padang Tengku dan juga Gua Musang di Kelantan, namun gagal melihatnya dan tidak ada penduduk kampung yang menanamnya sebagai tanaman hiasan di sekeliling rumah saperti yang terdapat di Lenggong.

Cycas clivicola Lenggong.

Cycad yang kita temui di hutan Lenggong dikenali dari jenis Cycas Clivicola. Bahagian bawah batang pohonnya berbentuk seperti bawang. Ianya cukup menarik berbanding cycad jenis lain.

Memang ada juga cycad yang tumbuh di atas tanah, dikenali di Malaysia sebagai bogak. Saiznya agak besar dan lebih tinggi dari cycad yang tumbuh di atas gunung berbatu. Saya pernah lihat sepohon bogak yang agak tinggi di sebuah bulatan di bandar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Coba bayangkan pokok cycads yang beratnya ratusan kilogram boleh tegap tegaknya di tebing batu yang curam ini.


Namun begitu, cycad bukanlah tumbuhan yang selektif sangat, ianya boleh tumbuh di atas tanah jika kita menanamnya di situ. Ramai penduduk Lenggong yang telah mengenali cycad sekian lama, mencabut pohon cycad dari atas batu di dalam hutan di atas bukit untuk ditanam di sekitar halaman rumah masing-masing. Untuk pengetahuan bersama kita, memindahkan pohon cycad bukanlah suatu kerja yang mudah.

Pantai Pasir Bogak di Pulau Pangkor, mungkin pada masa dahulu ianya dipenuhi dengan pokok cycad yang dinamakan bogak itu. Rasanya masih tidak terlambat jika pihak-pihak yang berkenaan berusaha mendapatkan pokok-pokok bogak yang masih banyak terdapat di negeri Perak ini, untuk ditanam di Pantai Pasir Bogak supaya para pengunjung pantai yang indah itu tahu bagaimana pantai itu mendapat namanya. Saya dapat membayangkan bagaimana pantai itu dipenuhi pokok bogak semasa ianya mula ditemui atau didiami orang dahulu.

Ciptaan Allah yang cukup aneh, berusia ratusan malah ribuan tahun di Kampong Gua Badak, tidak dipedulikan oleh sesiapa pun yang menjaga khazanah negara ini. Kerana itulah bijak pandai berkata, "yang penting bukan apa yang di depan mata, tetapi yang berada di antara dua telinga, iaitu otak manusia itu." Noktah!

©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran