TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Asyraf Haziq Rosli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asyraf Haziq Rosli. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pemuda serang Asyraf didakwa

LONDON 13 Ogos - Seorang pemuda yang ditahan berhubung kejadian pelajar Malaysia diserang dan disamun di Barking ketika rusuhan di London, baru-baru ini telah didakwa atas tuduhan merompak pelajar tersebut.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata, Reece Donovan berumur awal 20-an dari Romford, timur London telah didakwa merompak Muhammad Asyraf Haziq Rossli.

''Donovan dibawa ke mahkamah lewat hari ini untuk didakwa,'' katanya.

Donovan ditahan kelmarin selepas orang ramai mengutuk serangan ke atas Muhammad Asyraf oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak.

Video mengenai serangan ke atas pelajar jurusan akaun itu telah dirakam dan disiarkan di laman YouTube menunjukkan sekumpulan lelaki berlakon membantu Muhammad Asyraf, sebaliknya bertindak menyerang dan menyamunnya.

Rakaman video itu telah tersebar luas dengan ditonton hampir tiga juta kali di YouTube.

Kejadian itu turut disifatkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai tindakan menjijikkan dan menandakan nilai moral masyarakat Britain semakin teruk.

Source: Utusan Malaysia Online.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Pesuruhjaya Tinggi Britain Ke Malaysia Lawat Asyraf Di London

12 Ogos, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone Khamis melawat Mohamed Asyraf Haziq Rossli, pelajar Malaysia yang diserang dan dirompak semasa berlaku rusuhan di London baru-baru ini.

Featherstone, yang ketika ini sedang bercuti di United Kingdom (UK), melawat Asyraf selepas pelajar berusia 20 tahun itu dibenarkan keluar dari Royal London Hospital.

Selepas kunjungan itu, beliau menyifatkan Asyraf sebagai 'seorang anak muda yang mengagumkan dan duta yang baik bagi Malaysia'.

"Keazaman beliau untuk meneruskan pengajian meskipun dilanda insiden ini harus dipuji. Saya mendoakan beliau cepat sembuh agar beliau dapat menyambung semula pengajiannya di UK," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di sini.

Kenyataan itu turut menyebut pegawai kanan di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel turut mengadakan hubungan yang kerap dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Isnin lepas, Asyraf, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, patah gigi serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh.

Video memaparkan Asyraf yang terduduk dengan mulutnya berdarah, dibantu oleh seorang lelaki untuk bangun manakala beberapa lagi lelaki mengambil kesempatan menyelongkar begnya, telah mencetuskan ledakan kemarahan.

Sementara itu, pemangku Pesuruhjaya Tinggi Ray Kyles, bertemu ibu bapa Asyraf, Rossli Harun dan Maznah Abu Mansoor, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Kenyataan itu menyebut Kyles merakamkan simpati beliau kepada mereka dan memberi jaminan kepada pasangan itu bahawa anak lelaki mereka akan mendapat 'rawatan perubatan yang sangat baik di UK'.

"Saya menyambut baik berita penahanan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan insiden ini. Saya yakin polis UK akan bekerja keras untuk membawa pelaku jenayah ini ke muka pengadilan," katanya.

Source: -- BERNAMA

Gambar-gambar Asyraf Haziq Rosli di London:




Source: internet.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran