Courtesy: Berita Harian
KUALA PILAH: Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini.
Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Disember 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang juga ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang menaiki takhta pada April 1967.
Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihan Yang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.
Upacara bermula pada jam 11 pagi dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ke Balairong Seri didahului oleh Orang Empat Istana membawa Peti Benian.
Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak.
Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.
"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini - Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.
"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli," seru Mubarak.
Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.
"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.
Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.
Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.
Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 selepas mangkatnya raja yang ke-10 iaitu, Tuanku Ja'afar pada 27 Disember, 2008.
Courtesy: Berita Harian, Isnin, 26 Oktober 2009
Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091026162507/Article/index_html
Baca seterusnya di:-
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20091026162507/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Semalam, 23 September 2010, penulis dapat bersama-sama beramai-ramai dengan sebahagian dari kaum keluarga Kumpulan Met...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
Sumber: Mingguan Malaysia Online Tarikh siar: 26/09/2010. Oleh Hafizahril Hamid LAMBAIAN Kaabah sememangnya menggamit keinginan kita semua u...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
Foto Berita Harian 12 Dis 2010. Oleh ROHANA MAN, rohana.man@utusan.com.my “Orang-orang muda seharusnya menghormati orang-orang yang lebih d...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan