Hujung tahun di Hulu Perak biasanya dibasahi hujan yang berpanjangan - kadang-kadang sehari suntuk hujan, walau pun tidak lebat tetapi berlarutan. Cuaca sebegini sesuai untuk ikan-ikan yang cukup banyak di beberapa tasek, seperti Tasek Kenering, Tasek Chenderoh, Tasek Bersia dan Tasek Temengor untuk "bermain air".
Penulis pernah berperahu sendirian di celah-celah ikan jenis "batu ulu" yang riang berlompatan di permukaan air Sungai Perak sampai termasuk ke dalam perahu yang sedang penulis dayungi. Syukur ke hadrat Illahi yang melimpah-ruahkan hasil ikan air tawar di negeri Perak Darul Ridzuan ini.
Musim cuaca seperti ini ikan-ikan dari pelbagai jenis seperti loma, terbul, rong, kelabau dan sebagainya, mudik ke hulu sungai yang sejuk untuk melepaskan telur. Selepas bertelur, ikan-ikan ini tidak mati seperti ikan salmon di Amerika Utara, malah akan hilir semula ke tasek, tempat ikan-ikan ini membesar.
Ikan ini agak terlalu banyak di tasek-tasek tersebut, sehingga pembesarannya agak terbantut. Penulis perhatikan saiz ikan yang ditangkap semakin kecil pada tahun berikutnya.
Pada musim hujung tahun begini, masyarakat di Gerik terutamanya, berpesta menangkap ikan yang telah bertelur ini. Pengelaman penulis menjala di sini, untuk menangkap ikan sebanyak 50 kg memerlukan masa tidak sampai satu jam.
Coba lihat video yang penulis temui di Youtube yang di"upload" oleh Juragan71, tidak perlu jala atau jaring besar, hanya penangguk kecil sudah cukup untuk menangkap ikan. Ini menunjukkan ikan cukup banyak di dalam sungai tersebut:
Wanita pun boleh tangguk ikan loma:
Source: http://www.youtube.com/watch?v=R1Bk056fKuI
Courtesy: Youtube/Juragan71
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Courtesy: Berita Harian, 7 Julai 2006 TAIPING: Keropok kulit rusa sebagai makanan ringan adalah antara produk terbaru yang dipamerkan kepada...
-
Kepada para peminat lagu-lagu Minang di Malaysia khususnya mereka yang berketurunan Minang, belilah VCD yang asli (original). Kepada para pe...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
Oleh Mohd Husni Mohd Noor, mhusni@hmetro.com.my SYARIKAT animasi tempatan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) yang terkenal men...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan