BANDAR SERI BEGAWAN: Tiga lelaki Indonesia semalam, mengaku
bersalah menipu orang ramai dengan menjual batu delima palsu yang dikatakan
mempunyai kuasa merawat penyakit.
Majistret Kanan, Pengeran Masni Pengeran Haji Bahar
mendengar pertuduhan terhadap Fahrizal Abdul Hamid, Abdullah Siraj Ishak dan
Mohamad Sabran dari Pontianak Indonesia yang datang ke negara itu sebagai
pelancong. Mereka akan dijatuhkan hukuman pada 14 Mei.
Pada 10 Oktober, 2011, ketiga-tiga defendan pergi ke pusat
beli-belah Yayasan SHHB untuk menjual batu delima palsu yang dibeli di
Indonesia dengan harga RP200,000 (RM67).
Mereka terjumpa seorang lelaki tua duduk di bangku di
tingkat bawah tanah bangunan itu lalu mengajaknya berbual.
Mereka memberitahu lelaki itu batu delima itu berharga
B$3,000 (RM7,400) dan sesiapa yang memilikinya akan bernasib baik dan ia boleh
mengubat segala penyakit.
Mangsa mengeluarkan dompet dan berkata dia hanya mempunya
B$300 (740) dan defendan mengatakan ia menerima harga itu lalu mengambil wang
mangsa.
Pada hari yang sama, mangsa sedar dia ditipu lalu membuat
laporan polis.
Pada 7 November, 2011, Abdullah dan Sabran bertemu seorang
wanita tua berjalan sendirian di lorong di belakang Hotel Brunei dan bercerita
mengenai batu delima itu.
Mangsa berkata tidak mempunyai wang tetapi bersetuju
menukarnya dengan menyerahkan rantai emas yang mempunyai tiga loket.
Setelah melakukan pertukaran, barulah mangsa sedar dia
ditipu lalu membuat laporan polis.
Abdullah dan Sarban sekali lagi mencari mangsa dan menemui
seorang wanita tua dekat pusat beli-belah Kota Mutiara. Kejadian berlaku pada
Disember, 2011.
Mangsa ketiga ditipu ketika dua defendan itu bertanya
sekiranya mangsa tahu kedai emas di mana mereka boleh menjual batu delima yang
mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. - Brunei Times
Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan