Tarikh : 2012/02/08
KETIKA usaha mengemaskini skim baru gaji kakitangan awam dilakukan, kerajaan tidak melupakan kebajikan pesara tentera yang pernah menabur bakti ketika berkhidmat dalam mempertahankan keamanan negara. Menerusi pelarasan itu, kira-kira 103,000 pesara tentera akan menikmati kadar baru pencen dengan kenaikan antara 2.5 hingga lapan peratus yang dibayar secara berperingkat mulai akhir bulan ini. Skim saraan baru itu sejajar dengan pelarasan pencen lebih 600,000 pesara kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012.
Langkah itu membuktikan kerajaan mampu menunaikan janjinya kepada setiap lapisan rakyat dan bukan sekadar janji kosong seperti dilakukan pembangkang. Apa yang menarik dalam pelarasan ini ialah ia turut membabitkan waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak yang akan ditentukan berdasarkan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan. Seramai 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu, manakala baki 80,300 pesara yang pencen sebelum tarikh berkenaan diselaraskan selepas kelulusan jadual gaji baru di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kenaikan dinikmati anggota yang berkhidmat selama lebih 21 tahun itu membolehkan pesara tentera menerima pencen bulanan minimum RM777.60 berbanding RM720 sebelum ini. Sementara itu seramai 175,000 anggota yang menamatkan perkhidmatan kurang daripada 21 tahun yang menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan akan dibantu menerusi program latihan khusus bagi membolehkan mereka mencebur perniagaan dan mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.
Kita percaya kadar pencen bulanan pesara tentera itu tidak akan ‘mati’ di situ saja. Sebagai kerajaan prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat khususnya mereka yang pernah berbakti kepada negara, apatah lagi dalam menjaga keamanan, tentunya kadar itu dikaji mengikut keadaan semasa. Selain pelarasan pencen, kerajaan juga sebelum ini mengumumkan sumbangan sekali bayar RM3,000 kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yang berjumlah hampir 62,000 orang.
Kita yakin pelarasan pencen itu, yang menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan semua golongan rakyat di negara ini, disambut baik dan dihargai bekas tentera dan waris mereka dengan hati terbuka. Langkah itu sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak, khususnya pembangkang yang asyik memperlekeh slogan kerajaan iaitu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Ia juga satu manifestasi bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan anggota keselamatan yang sudah bersara tanpa diberi pembelaan sewajarnya.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan