Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB, mohdazam@hmetro.com.my
TIADA noktah untuk terus berdakwah, lebih-lebih lagi dalam menegakkan syiar Islam pada zaman moden ini. Itulah pendapat mantan Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz tatkala berbicara mengenai perjuangannya dalam bidang agama walaupun sudah bersara daripada jawatan itu hampir setahun lalu.
Walaupun tidak menceburi bidang lain selepas bersara dan masanya lebih banyak di rumah, tetapi kerana merasakan pentingnya berkongsi pengalaman, pendapat serta ilmu dimiliki, beliau sibuk menyertai aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan secara sukarela.
Lantaran itu, apabila ditanya mengenai waktu dilaluinya selepas bersara, jawapan yang selesa diberinya, termasuk kepada rakan seperjuangan yang lain, sangat mudah, iaitu: “Tidak bekerja, tetapi sibuk dengan banyak tugas.”
Jawapan mudah itu merujuk kepada pembabitannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ahli Lembaga Darul Quran Jakim, Ahli Lembaga Pengelola Institut al-Quran Kuala Lumpur (IQKL), serta beberapa keanggotaannya dalam badan milik kerajaan.
Beliau berkata, dengan peredaran masa serta teknologi yang semakin canggih, cabaran bagi mengekalkan, meningkatkan serta menguatkan martabat agama Islam semakin sukar.
Justeru itu, pengalaman serta ilmu dimilikinya diharap sedikit sebanyak dapat membantu memperkasakan agama Islam.
“Ada persepsi mengatakan jika sudah bersara, lebih baik duduk berehat di rumah bersama keluarga. Itu bukan caranya. Bagi saya, usia selepas persaraan adalah tempoh terbaik untuk berkongsi serta mendalami lagi ilmu agama.
“Apa gunanya pengalaman serta ilmu dimiliki jika ia tidak disebar serta dikongsi dengan orang lain. Ia kerugian yang sangat besar.
“Saya rasa inilah cara yang saya mampu lakukan selepas bersara dengan memberikan pandangan, idea serta pendapat mengikut pengalaman yang ada,” katanya.
Wan Mohamad juga tidak seperti rakan lain yang membuka perniagaan sendiri selepas bersara, sebaliknya ada matlamat sendiri iaitu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selain menabur bakti pada agama.
“Saya tiada pengalaman dalam bidang perniagaan dan saya rasa tempoh 33 tahun bekerja itu juga cukup untuk mencari duit demi keperluan diri dan keluarga.
“Sebelum bersara dulu saya menetapkan perkara yang ingin dilakukan selepas bersara iaitu meluangkan masa bersama keluarga, menyertai usaha dakwah dan mendalami bidang agama.
“Waktu bekerja dulu, saya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan rasmi hinggakan kadangkala terlepas melakukan banyak perkara.
“Bagi saya, inilah masa terbaik untuk melakukan perkara yang tidak dapat lakukan dulu seperti memperbanyakkan mengaji dan menghafaz al-Quran, serta usaha dakwah Islam,” katanya.
Mengenai kehidupan selepas usia 50-an, beliau tidak menafikan selain kematangan, ia satu fasa yang sangat bermakna bagi seseorang.
“Percayalah... ia satu peringkat kematangan dan peralihan hidup yang membuatkan hidup kita lebih baik, jika kita tahu memanfaat pengalaman yang ada.
“Saya banyak bersyukur dengan apa yang saya nikmati sekarang. Ia bagaikan kemuncak buat saya dan kini saya ingin terus mencurahkan ilmu dimiliki, terutama dalam usaha dakwah,” katanya.
Beliau berkata, cabaran menghadapi hari tua memang hebat, apatah lagi bagi individu yang pernah memiliki kuasa, pengiktirafan dan karier hebat.
Namun, jika seseorang itu dapat menetapkan sasaran mereka lebih awal, hidup terasa lebih bermakna berikutan tidak terikat dengan komitmen atau tugas secara rasmi.
“Apabila tiba waktu persaraan, mungkin terasa kehilangan. Namun bagi saya, ia satu proses yang perlu ditempuhi. Hendak tak hendak, perlu dihadapi.
“Hanya mereka yang ada persiapan secukupnya dapat menghadapinya dan ia bukan fasa yang mudah ditempuhi,” katanya.
Pun begitu, beliau tidak menafikan jika ada ‘persediaan’ yang cukup, ia bukan menjadi masalah, yang mana ‘persediaan’ yang dimaksudkan adalah persediaan diri.
PROFIL:
NAMA: Datuk Wan
Mohamad Sheikh Abdul Aziz
LAHIR: 23 April 1953 di Kaherah, Mesir
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
JAWATAN TERAKHIR: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
BERSARA: 2011
ISTERI: Datin Saadiah Ahmad Rashdi
ANAK: 14 orang
Source: Mingguan Metro Malaysia – informasi elektif
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan