Oleh Zuraidah Mohamed, zmohamed@bharian.com.my
Tarikh : 2012/02/20
Program latihan Akademi Francais perkukuh profesionalisme francaisi
AKADEMI Francais yang ditubuhkan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bagi membangunkan kumpulan profesional dalam industri francais, akan melalui rancangan pembangunan lebih agresif menerusi pelan lima tahun ke arah menjadi pusat francais Asia menjelang 2016.
Ketua Akademinya, Dr Suhaimi Sulaiman, berkata PNS menyasar melatih sehingga 10,000 usahawan serta meningkatkan profesionalisme di kalangan usahawan francais sedia ada, menerusi kursus dan program latihan dalam industri francais yang diperkukuhkan.
Katanya, PNS juga menyasarkan untuk menjana pendapatan berjumlah RM9 juta dalam tempoh lima tahun ini, yang mana 65 peratus daripadanya diperoleh melalui program latihan francais dan selebihnya bagi program latihan bukan teras yang terbuka kepada kakitangan serta orang ramai.
“Akademi francais memainkan peranan penting dalam Teras Utama bagi Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional yang dilancarkan baru-baru ini, bagi membangunkan kecekapan modal insan francais.
“Berdasarkan peranan ini, PNS akan melaksanakan pelbagai program pembangunan lebih serius termasuk memperkenalkan program francais kami untuk diterima pakai oleh semua universiti di seluruh negara, selain menjadi pusat pengajian tinggi sepenuhnya menjelang 2016. Ketika ini, Akademi Francais adalah antara bahagian di bawah PNS,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini panel penasihat Akademi Francais membangunkan 11 modul pembelajaran bagi melatih francaisi yang terbahagi kepada empat peringkat untuk ditamatkan peserta, manakala modul bagi francaisor masih dalam pembangunan dengan kerjasama syarikat perunding dari luar.
Katanya, setakat ini, PNS memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengeluarkan Diploma Eksekutif Francais kepada pelajar yang berjaya menamatkan kesemua 11 modul pembelajaran itu.
“Kami juga ke arah memeterai perjanjian sama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dijangkakan sebelum akhir tahun ini,” katanya modul berkenaan akan turut diperluaskan bagi pelajar tahun akhir di politeknik seluruh negara.
Dalam pada itu, Suhaimi berkata, setakat tahun lalu, Akademi Francais melatih kira-kira 1,400 orang dalam bidang francais, dan 10 daripadanya berjaya membuka perniagaan sendiri yang merangkumi bidang perhotelan, restoran dan kesihatan.
“Bukan itu saja, menerusi kaji selidik, usahawan francais yang mengikuti program latihan dan motivasi PNS juga didapati berjaya meningkatkan jualan mereka serta menguruskan perniagaan dengan lebih baik.
“Namun apa yang lebih penting, setakat ini PNS tidak berdepan sebarang masalah dalam mengutip semula pinjaman daripada peminjam yang mengikuti latihan francais daripada Akademi Francais, ini kerana mereka disemaikan mengenai pentingnya sikap membayar balik pinjaman bagi memberi peluang kepada bakal usahawan yang lain,” katanya.
Beliau berkata, PNS menyasarkan pendapatan sebanyak RM1.4 juta tahun ini diikuti RM2 juta (2013), RM2.5 juta (2014) dan seterusnya meningkat sehingga mencapai RM9 juta pada akhir 2016, selain membangunkan lebih ramai pelatih di kalangan kakitangan PNS bagi mengurangkan kebergantungan kepada pelatih luar.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan