Tarikh: 25 Feb 2012
Oleh AMIRUDDIN HARUN, s2@utusan.com.my
TIDAK semena-mena nama Muhammad Asyraf Haziq Rossli dari Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia. Semuanya gara-gara tersebarnya rakaman video yang menunjukkan dia disamun dan mengalami kecederaan semasa tercetusnya rusuhan di kota London pada musim panas, Ogos tahun lalu.
Rakaman video serangan itu yang dimuat naik di laman YouTube menjadi antara imej paling banyak ditonton sehingga mengejutkan dunia dan memalukan Britain.
Visual tersebut menunjukkan Muhammad Asyraf, 20, dilihat terduduk di kaki lima sebuah jejambat di Barking, timur London sambil memegang bahagian rahangnya yang patah selepas ditumbuk oleh samseng jalanan yang kemudian mencuri basikalnya.
Beberapa minit kemudian, Muhammad Asyraf dirompak sekumpulan samseng lain yang berlagak baik, menggeledah begnya sebelum melarikan diri. Insiden berlaku ketika Muhammad Asyraf baru sebulan menjejakkan kaki di negara yang pernah menjajah negara asalnya.
Ekoran daripada kejadian tersebut, pada minggu lalu, seorang remaja yang menumbuk penuntut jurusan perakaunan itu didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Asyraf.
Beau Isagba, 17, yang identitinya dibenarkan didedahkan, disabitkan dengan tuduhan tersebut oleh Mahkamah Crown Green Wood. Malahan awal-awal lagi Hakim Witold Pawlak telah mengingatkan remaja itu bahawa dia bakal berdepan dengan hukuman penjara bagi tempoh yang panjang.
Walaupun masih di bawah umur, Hakim Pawlak bersetuju nama remaja itu didedahkan demi kepentingan awam memandangkan kes itu adalah kes yang luar biasa.
Menceritakan detik-detik cemas dalam hidupnya itu di mahkamah, Muhammad Asyraf berkata, dia berasa terdapat sebelah tangan yang menyeluk saku jaket yang dipakainya untuk mengambil telefon bimbitnya. Apabila cuba berpaling ke belakang, dia ditumbuk di bahagian muka.
''Tumbukkannya kuat, saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Saya terjatuh. Darah keluar dari mulut saya,'' kata pelajar tersebut yang kini mempunyai dua plat logam di rahangnya.
Muhammad Asyraf tidak melihat Isagba sewaktu dia melakukan serangan tersebut. Selepas menumbuk pelajar Malaysia terbabit, remaja itu dilihat menunggang basikal mangsa.
Nasib baik kejadian itu disaksikan oleh Weng Tsang dari sebuah apartmen bersama teman wanitanya, Diana Frutos Perez yang turut merakamkan insiden itu dengan menggunakan telefon bimbit.
''Weng Tsang dengan jelas mendengar remaja itu berteriak 'berikan basikal itu' semasa dia melepaskan tumbukan tersebut dan dia juga mendengar lelaki itu dan rakan-rakannya ketawa,'' menurut pendakwa raya, Christopher Hehir kepada mahkamah.
Muhammad Asyraf kemudian dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Keprihatinan Tsang dan Perez yang tampil membantu pihak pendakwa raya menyediakan kes yang kukuh terhadap Isagba turut mendapat pujian Hakim Pawlak.
Isagba yang mempunyai ketinggian 1.85 meter dan bertubuh tegap itu ditangkap empat minggu selepas serangan tersebut yang berlaku pada 8 Ogos 2011.
Sewaktu ditangkap, dia bersumpah menafikan melakukan kesalahan itu.
Di mahkamah, remaja itu menafikan dia menyebabkan kecederaan parah dengan niat iaitu tuduhan pilihan kepada menyebabkan kecederaan parah selain samun. Namun panel juri yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita tidak yakin dengan pengakuan tersebut.
Mereka kemudian sebulat suara mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan tersebut setelah remaja itu mengaku mencuri basikal mangsa kerana 'penat' selepas melakukan beberapa siri jenayah.
''Saya rasa sangat malu dengan diri saya. Saya tidak fikir apa yang saya lakukan itu adalah betul dan rasa sangat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan,'' katanya.
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada 9 Mac ini iaitu sehari selepas Isagba menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-18.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 24 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
إ دريس تالو Idris Talu Di Barat Semenanjung Tanah Melayu, ramai yang menyebutnya sebagai ikan tongkol atau ikan kayu . Kenapa? Mungk...
-
KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan