By Idris Ismail Talu.
Pada suatu hari yang damai di pinggiran sebuah danau yang indah yang di penuhi dengan pelbagai jenis ikan air tawar, kelihatan seorang pemancing yang ditemani seorang anak jirannya, sedang tekun memancing.
Oleh kerana di dalam danau tersebut memang terdapat banyak ikan, banyak juga ikan-ikan yang memakan umpan si pemancing itu. Namun begitu, kanak-kanak yang menjadi teman si pemancing tersebut agak keheranan kerana sebahagian dari ikan yang dipancing itu dilepaskan semula ke dalam tasik tersebut.
Kanak-kanak itu pun bertanya, “Maafkan saya bertanya, kenapa pakcik lepaskan sebahagian dari ikan-ikan besar yang pakcik dapat itu?”
Maka, si pemancing itu pun menjawablah, “Ikan yang pakcik lepaskan itu lebih besar dari ukuran periuk pakcik! Kalau pakcik nak memasaknya di dalam periuk itu, tidak muat kerana periuk pakcik cuma lapan inci saja ukurannya!”
“Sebab itulah pakcik lepaskan semula ikan-ikan yang lebih besar dari periuk pakcik,” tambah pemancing itu lagi.
Begitulah pemikiran sebahagian dari kita, meletakkan ukuran, had, syarat-syarat dan sekatan-sekatan tertentu dalam kehidupan mereka. Contohnya untuk menderma kepada fakir miskin di Kemboja, perlu sekian-sekian jumlahnya, atau kalau hendak sedekah songkok, songkoknya mesti hitam warnanya, dan sebagainya.
Kenapa kita adakan syarat-syarat dungu seperti itu? Sepatutnya seberapa banyak orang hendak bersedekah, kita terima sahajalah, ini tidak, kita kenakan syarat-syarat pulak, mesti sebanyak ini, kalau tidak tak payah!
Begitu juga dengan hal-hal lain, seperti “Aku tidak mahu bekerja dengan syarikat milik kaum itu, kaum ini!” Ada juga yang tidak mahu bekerja dengan syarikat milik negara-negara tertentu.
Untuk menikmati kemajuan hakiki, setiap insan perlu bebas pemikirannya, tidak terbelenggu oleh sekatan-sekatan yang dibinanya sendiri.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 12 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan