TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 8 Mei 2011
“Agenda tersembunyi AS”
Muqadimah:
Dunia telah dikejutkan dengan berita “kejayaan” komando Amerika Syarikat (AS) membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di sebuah perkampungan di Pakistan baru-baru ini. Osama adalah individu yang dikaitkan dengan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon pada 11 September 2001.
AS memburu Osama selama 10 tahun sebelum dapat membunuhnya dalam keadaan tidak bersenjata. Pelbagai persoalan timbul apabila AS menguburkan Osama di dasar laut tanpa menyiarkan gambar-gambar seperti penangkapan dan pembunuhan Saddam Hussein.
AS menggambarkan Osama sebagai “paksi kejahatan” tetapi banyak tindakan AS sebenarnya yang mewujudkan Osama, Al-Qaeda dan lain-lain lagi. Di negara ini sesetengah pihak yang daif menganggap bahawa pembunuhan Osama menjanjikan keamanan kepada dunia. Pandangan ini sangat daif dan tumpul sebenarnya.
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menganggap pembunuhan Osama tidak lebih sebagai sandiwara AS untuk menutup sekian banyak kejahatan yang mereka lakukan kepada negara-negara lain serta mengorbankan jutaan nyawa.
Dalam wawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL HAMID, beliau berkata, kewujudan Osama serta kumpulan-kumpulan radikal lain adalah reaksi terhadap kejahatan AS dan keganasan tidak wujud tanpa sebab.
MINGGUAN: Apa yang terlintas dalam fikiran Dr. apabila mendengar berita Osama dibunuh?
CHANDRA: Saya melihat peranan Osama sudah berubah di mana dia tidak lagi terlibat aktif dalam organisasi serta membuat perancangan dan keputusan. Ini memandangkan dia sedang diburu dan peranannya diambil alih oleh orang lain. Bagi saya perbuatan Osama adalah tindak balas untuk membalas dendam atau menegakkan keadilan dan sebagainya. Namun ini adalah satu kekhilafan besar kerana membunuh orang yang tidak berdosa. Bagi saya cara mereka memahami Islam adalah sempit kerana agama ini adalah universal. Kita tidak boleh menganggap Syiah atau sufi sebagai musuh kerana mereka adalah sebahagian dari umat Islam. Namun Al-Qaeda memandang serong terhadap golongan ini maka timbul konflik.
Jadi sejak dahulu saya merasakan bahawa pendekatan Osama adalah tidak adil dari perspektif Islam. Ini bertentangan dengan ajaran dan kesucian agama Islam malah menjejas serta memburukkan imej Islam. Saya yakin sebilangan besar umat Islam sendiri tidak senang dengan apa yang dilakukan Osama. Ini kerana tidak ada sumbangan yang signifikan hasil dari serangan dan keganasan yang dilakukannya. Apa manfaat yang diperoleh umat Islam dari perjuangan yang dibawa Osama? Sebaliknya ini telah memberi imej buruk kepada umat Islam selain memberi gambaran yang salah mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.
MINGGUAN: Apa komen Dr. bahawa sesetengah pihak menganggap kematian Osama akan membawa keamanan kepada dunia dunia?
CHANDRA: Pendapat sebegitu boleh dipersoalkan. Pertama, adakah Osama yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dunia? Sebenarnya Osama, Al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan radikal ini adalah sebagai cermin reaksi kepada keadaan tertentu. Selagi punca kepada masalah kemunculan pengganas ini tidak diselesaikan, dunia tidak akan aman. Antara faktor-faktor adalah penguasaan elit Amerika Syarikat (AS) terhadap dunia. Ini adalah faktor utama kenapa dunia kucar-kacir sekarang ini. Penguasaan AS terhadap dunia dan yang berlaku seperti Iraq, Afghanistan serta apa yang berlaku di Palestin.
Malah semua yang berlaku dan melibatkan penguasaan AS bukanlah sesuatu yang baru. Kita boleh lihat sebelum ini apa yang berlaku di negara seperti Vietnam, penggulingan Sukarno di Indonesia, campur tangan di Amerika Latin seperti di Nicaragua, Uruguay, Colombia dan banyak lagi menyebabkan rantau itu sangat tidak stabil dan ramai penduduknya terbunuh. Maka jika kita mengatakan bahawa Osama yang melakukan semua ini, tentulah sangat tidak tepat. Selagi punca konflik, krisis dan peperangan tidak diselesaikan, dunia tidak akan aman.
MINGGUAN: Bolehkah kita menganggap dalam banyak konflik politik di beberapa negara, pihak yang bertanggungjawab adalah AS tetapi mereka membaling batu sembunyi tangan?
CHANDRA: Saya ambil contoh apa yang berlaku di Libya sekarang. Sebenarnya ada penyelesaian lain seperti yang dianjurkan oleh Kesatuan Afrika dam Turki yang telah membentangkan pelan perdamaian yang dilihat adil untuk kedua-dua pihak. Tetapi yang menghalang semua ini dari terlaksana adalah negara-negara Barat. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu penyelesaian ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri dan cuba mengambil kesempatan dari krisis ini untuk menguasai Libya.
Antara faktornya adalah mahu menguasai minyak Libya selain isu geopolitik seperti mahu mengusai laluan dan lautan tertentu serta mahu melindungi Israel dalam konteks dunia Arab. Selain itu faktor utama kenapa krisis di dunia Arab dan Afrika berlaku adalah bagi menghalang China dari mendapat akses minyak yang mudah. China mempunyai lebih 50 pelaburan di Libya di mana hampir 30,000 pekerja China terlibat dalam industri minyak dan gas serta prasarana. Oleh itu adalah jelas bahawa Libya yang memudahkan laluan dan kemasukan China di Libya dan negara-negara Afrika.
Salah satu dari cita-cita Muammar Gaddafi adalah mahu menyatukan Afrika serta mahu dilihat sebagai pemimpin rantau itu. Alasan utama pastilah untuk memastikan China tidak menjadi pesaing kepada AS dalam arena politik dan ekonomi antarabangsa. Jadi adalah jelas apa yang berlaku di Libya ini adalah akibat dari sifat dominan AS terhadap negara dan rantau itu dalam cuba mencampuri urusan bagi memastikan agenda dan kepentingan mereka terus terpelihara. Sebelum ini sudah ada ura-ura mahu menyatukan Afrika yang dicorakkan oleh AS pada 2007 yang dipanggil Africomm (African Command). Orang yang paling lantang menentang gagasan ini adalah Gaddafi.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Source: Mingguan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan