KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian tinggi 2011.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.44 bilion bagi menampung jumlah biasiswa tersebut iaitu RM1.08 bilion bagi biasiswa PILN dan RM0.36 bilion bagi biasiswa PIDN.
"Daripada 1,500 biasiswa PILN itu pula, 882 daripadanya diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 618 biasiswa kepada pelajar bukan bumiputera.
"Bagi PIDN pula, seramai 1,301 pelajar bumiputera ditawarkan biasiswa itu manakala selebihnya iaitu 1,199 kepada pelajar bukan bumiputera.
"Secara keseluruhan pula, sebanyak 2,183 tempat atau 55 peratus biasiswa diberikan kepada pelajar bumiputera manakala 1,817 atau 45 peratus kepada pelajar bukan bumiputera," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Mohamed Nazri menambah, daripada 1,500 biasiswa di bawah PILN pula, hanya 300 diberikan berdasarkan merit kepada pelajar yang mendapat 9A+.
Bakinya kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Januari 2009.
Kategori itu tambahnya, adalah berdasarkan kecemerlangan akademik (20 peratus), populasi kaum (60 peratus), bumiputera Sabah dan Sarawak (masing-masing lima peratus) dan orang kurang upaya (OKU) sebanyak 10 peratus.
"Keutamaan biasiswa kepada PILN ini ialah dalam bidang-bidang yang difikirkan kritikal dan profesional oleh JPA seperti perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, seni bina dan beberapa bidang lain," katanya.
Jelas beliau, sebanyak 16,900 permohonan biasiswa diterima dengan 8,857 permohonan adalah dari kalangan calon yang melepasi syarat minimum yang ditetapkan mengikut bidang pengajian.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
15 January 2012. KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bukan sekadar guru, malah seorang sahabat. Itu adalah sifat yang digambarkan oleh sesiapa sahaja yan...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online. Tarikh: 24 August 2010 . KUALA LUMPUR 23 Ogos – Baju Melayu serta baju kurung daripada fabrik kapas dan son...
-
Teks dan gambar Kusyi Hirdan MUNGKIN ada pembaca yang sudah tahu mengenai buah perah ini. Mereka yang berada di Terengganu, Perak, Pahang da...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
Hajjah Salbidah (ibu penulis blog ini) Dukacita dimaklumkan, ibu saya yang tercinta – Hajjah Salbidah binti Kerun, telah dijemput Allah kemb...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu Nama saintifiknya ialah Colocasia gigantea cv. Tumbuhan ini ialah dari keluarga keladi. Terdapat beberapa perbezaan ant...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan