Berlepas dari Bandaraya Islam Kota Bharu, Kelantan, kami menghala ke pekan Rantau Panjang dalam perjalanan balik ke Ipoh.
Rantau Panjang merupakan pekan kecil di tepi sempadan Malaysia dan Thailand. Sempadan antara kedua-dua negara hanyalah sebatang sungai, Sungai Golok.
Jangan hairan bila sungainya bernama golok, kerana buah gajus (cashew) juga adakalanya disebut jambu golok di Kelantan. Di sesetengah tempat, gajus juga dikenali sebagai buah ketereh atau janggus.
Foto di bawah ialah Pejabat Pos Rantau Panjang.

Rakyat tempatan lebih suka berbelanja di gerai rakyat marhain yang banyak terdapat di Rantau Panjang.




Warung minuman di tepi stesen bas Rantau Panjang. Mengikut pemerhatian penulis, peniaga di sini fasih kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu Kelantan dan bahasa Thai. Nee haw!





Tiada ulasan:
Catat Ulasan