Buah naga atau dragon fruit, di kenali sebagai pitaya atau pitahaya merupakan buah dari keluarga kaktus.
Buah ini dikatakan berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Kini banyak ditanam di Asia Tenggara, terutamanya di Vietnam, Malaysia dan Thailand.
Untuk dibuat minuman buah naga, penulis memilih dua biji buah naga yang telah cukup masak. Selepas dibasuh dengan air bersih, buah naga dipotong.



Dikatakan, kandungan buahnya memnpunyai zat kalsium, besi dan phosphorus, selain carotene (Vitamin A), Thiamine (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin (Vitamin B3), dan Asid Askorbik (Vitamin C).
Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat minuman.
©IdrisTalu@2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan