TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 6 Ogos 2009

Muzium Adat - Jelebu

By Idris Talu
31 May 2008


Berpeluang ke Jelebu, ada sesuatu yang menarik hati penulis untuk singgah di Muzium Adat - rasanya satu-satunya muzium adat di Malaysia.

Sekalung ucapan tahniah kita ucapkan kepada YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan pihak-pihak yang telah bersusah-payah berusaha sehingga wujudnya "Muzium Adat" di Jelebu ini.

Muzium Adat ini terletak di No 196, Jalan Dato' Umbi, dalam bandar Kuala Klawang.

Menyambut kita di luar bangunan muzium ialah destar atau tengkolok lambang budaya di bahagian depan bangunan muzium - sebagai penyambut tetamu.


Bangunan Muzium Adat secara keseluruhannya. Kalau tidak silap penulis, terdiri dari lima lantai kesemuanya.


Muzium Adat dalam aksara Melayu.


Tepak sirih sebagaimana lazimnya dalam adat Melayu, menerima tetamu dengan tepak sirihnya.


Tepak sirih lama - carano.


Tudung saji - penutup hidangan cara Melayu.


Set minuman teh buat tetamu yang hadir bertandang ke rumah kita.


Penulis dan isteri - dari Ipoh ke Jolobu.


Batu bertikam - legenda lama.


Lagi batu bertikam.


Ketok-ketok atau kerantung - biasa terdapat di surau-surau untuk memberitahu penduduk kampung masuknya waktu sembahyang. Sebelum ada radio dan tv, bunyi kerantunglah yang memberitahu umat Islam waktu berbuka puasa.




Keterangan tentang acara berkhatan atau bersunat.


Acara bersunat.


Pengantin Minangkabau.


Replika batu bersurat.


Naskhah Melayu lama dipamerkan.


Naskhah Melayu lama.


Naskhah Melayu lama.


Ini juga naskhah Melayu lama.


Salasilah Iskandar Zulkurnain.
Kalau ingin tahu selengkapnya, kenalah datang ke sini.


Foto Al - Marhum Tuanku Abdul Rahman -
Yang DiPertuan Agong Malaysia yang pertama, dipamerkan di muzium ini.


Foto Al - Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke sepuluh - juga terdapat di muzium ini.


Antara foto lama yang ditunjukkan di Muzium Adat.


Ini juga foto lama - nak lihat yang lainnya, sila berkunjung ke Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan.


Antara maklumat yang boleh anda perolehi di muzium ini.


Penerangan tentang Destar DiRaja Perak.


Ghopanya destar tersebut.


Peribahasa Melayu - Melepaskan batuk di tangga.

Batuk yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayu itu ialah tempurung bertangkai yang digunakan bagi mengambil atau mencedok air dari dalam tempayan untuk membasuh kaki sebelum menaiki tangga rumah.

Bisanya batuk itu dilepaskan merata-rata, tidak pada tempatnya yang sepatutnya - buat kerja tidak sepenuh hati, tidak bersungguh-sungguh.



©IdrisTalu@2009

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran