By Idris Talu
Sabtu, 15 Ogos 2009 yang lepas, penulis bersama isteri dan anak kami, Ihsan ke kebun di Lenggong. Isteri penulis merungut, katanya sayang jering di kebun tidak diambil - dibiarkan dimakan kera atau jatuh sendiri.
Semasa mengait buah jering, (jariang kata urang Minangkabau, jengkol kata orang Jawa) penulis terlihat serumpun herba "janggut adam" (Tacca integrifolia) atau juga dikenali sebagai belimbing tanah, keladi murai, kelomoyong air, bat lily, bat flower, atau bat plant.
Nampak kecil ya?
Ini bunga herba janggut adam. Mungkin dari jurai bunganya yang kelihatan seperti janggut, ianya disebut atau dinamakan janggut adam.
Bunganya berwarna lembut, cukup indah dan menarik, walau pun tumbuhnya di dalam kebun.
Janggut adam hidup berumpun biasanya di bawah redupan pokok-pokok besar lainnya, seperti di dalam dusun buah-buahan.
Bila dibandingkan dengan ketinggian penulis (5 kaki 8 inci), kita dapat anggarkan pelepah daun janggut adam ini sekitar 3 (tiga) kaki panjangnya.
Janggut adam membiak melalui rizomnya. Ia dikatakan boleh merendahkan tekanan darah tinggi, disamping elok untuk menyembuhkan penyakit buasir dan kencing manis (diabetes).
Penulis biarkan tumbuhan herba janggut adam ini terus subur di dalam kebun.
©IdrisTalu@2009
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Selasa, 18 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
Felda Yakin Pelaburan Di Makkah Untung FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitk...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Ismail Talu Apabila kita bergerak menghala ke Selatan, baik hanya untuk ke Tanjung Malim, ata...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford di Kuala Lipis banyak menyimpan peristiwa bersejarah di negeri Pahang Darul Makmur...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan