TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Buah Naga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah Naga. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2009

Buah Naga - Khasiatnya

Air Buah Naga

Buah naga atau dragon fruit, di kenali sebagai pitaya atau pitahaya merupakan buah dari keluarga kaktus.

Buah ini dikatakan berasal dari Mexico, Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Kini banyak ditanam di Asia Tenggara, terutamanya di Vietnam, Malaysia dan Thailand.

Untuk dibuat minuman buah naga, penulis memilih dua biji buah naga yang telah cukup masak. Selepas dibasuh dengan air bersih, buah naga dipotong.

Kelihatan isinya yang berwarna merah menyala, cukup menyelerakan.


Kemudian dibelah lagi, untuk memudahkan penulis memotong isinya sebelum diblend dalam blender.


Selepas isinya diambil, inilah tinggalannya, kulit buah naga itu.


Isi buah naga yang telah dipotong-potong, sebelum diblend untuk dijadikan minuman.


Isi buah naga yang telah dipotong, dimasukkan ke dalam blender bersama sedikit air.


Dua biji buah naga dapat menghasilkan tiga gelas besar minuman.


Masukkan ke dalam freezer, selepas cukup sejuk, keluarkan untuk dinikmati kelazatan dan khasiat air minuman buah naga.



Dikatakan, kandungan buahnya memnpunyai zat kalsium, besi dan phosphorus, selain carotene (Vitamin A), Thiamine (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Niacin (Vitamin B3), dan Asid Askorbik (Vitamin C).

Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat minuman.

©IdrisTalu@2009

Buah Naga - Pitaya

Dalam perjalanan balik dari Gerik ke Ipoh, penulis melihat banyak pondok di mana petani-petani berjualan pelbagai jenis buah-buahan, seperti durian, rambutan, langsat, manggis dan lain-lainnya.

Penulis singgah di sebuah pondok, di mana En Ah Man menjual buah naga atau dragon fruit (pitaya) jenis merah, yang dikatakan berasal dari Costa Rica.


Merak menyala warna buahnya.


Pondok jualannya di tepi jalan raya Gerik - Lenggong, berhampiran Kampong Sawar.


En Ah Man ceria menjual buah naganya, di depan kebunnya di Kampong Sawar, Gerik, Perak.


Business card En Ah Man.



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran