TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 30 Januari 2010

Pertemuan - Kopi Darek

By Idris Talu
 
Lebihkurang jan 10.30 pagi, Sabtu 30 Januari 2010, penulis bersama isteri dan dua orang anak (Ihsan dan Ikram), bertolak dari rumah kami di Taman Meru Ipoh, ke Kuala Lumpur. Matlamat tujuan kami ialah Restoran Pelita Nasi Padang di bawah ini.


Setelah diberi petunjuk jalan oleh Sdr Anwar melalui handphone, kami tiba di restoran ini sekitar jam 1.30 petang.



Khamis, 28 Januari 2010

Tasik Chenderoh, Lenggong

By Idris Ismail Talu

East and the West, but Lenggong still the best.

Ianya bukan temberang kosong - segala-galanya ada di Lenggong. Orang purba - the Perak man, dijumpai di Lenggong. Cycads - tumbuhan purba sejak zaman dinasours pun ada di Lenggong. Tasik Chenderoh ini - sebuah tasik buatan manusia yang wujud akibat dari pembinaan Empangan Chenderoh di Chenderoh, berhampiran Sauk cukup terkenal kerana keindahan landskapnya - juga di Lenggong.

Tentang Kampong Sauk ini, konon ceritanya, di zaman dahulu kala, oleh kerana terlalu banyaknya ikan di kampong itu, orang terpaksa menyauk (kata dasar sauk = mengambil) ikan dahulu, baru boleh mengambil air di sungai tersebut. Oleh kerana itulah, kampong berkenaan dinamakan Sauk - wallahuaklam.

Keindahan Tasik Chenderoh ini sudah diketahui umum. Kawasan tasik ini cukup digemari oleh pengarah-pengarah film tempatan untuk penggambaran film mereka.



Tasik Chenderoh di Kampong Raban, Lenggong.

Keindahannya cukup terkenal.

Lokasi Rehat & Rawat jalan lama.

The beauty of Lake Chenderoh, Lenggong.

©idrisismailtalu@2010.

Sekali Sekala Balik Kampong

By Idris Ismail Talu

Sekali sekala, bila ada khenduri kendara, sebagai anak kampong, penulis dan keluarga balik ke Gerik menziarahi kenkawan dan sahabat-sahabat yang masih di sana.

Terasa keceriaan bila bertemu sahabat-sahabat semasa di luar tugas, simple dan bersahaja.



Penulis, isteri, anak dan cucu di Gerik.

Bersama sahabat lama, Tuan Haji Azlan Haji Abdullah.

Juga bersama sahabat lama, YB Dato' Haji Hasbullah

Ceria bergurau di dapur bersama sahabat-sahabat lama dari Gerik.


©idrisismailtalu@2010.

Lumut, Perak

By Idris Ismail Talu

Pekan Lumut di Perak, terletak berhampiran kuala Sungai Dinding iaitu pertemuan Sungai Dinding dengan laut Selat Melaka. Hal ini kadang-kadang jadi bahan gurauan orang ramai, dahsyat ya, orang Perak duduk merata tempat, di Dinding pun ada orang duduk, di Parit orang duduk, malah dekat Lumut pun orang duduk.

Lumut merupakan sebuah pekan (township) yang kecil tetapi agak sebok kerana berhampiran pekan ini terletaknya pangkalan tentera laut Malaysia yang terbesar.

Semasa dalam penerbangan balik dari mengerjakan ibadah haji hujung tahun 2007 dahulu, dari dalam kapaterbang MAS yang penulis naiki, secara kebetulan penulis sempat merakamkan pemandangan pekan Lumut dan kawasan sekitarnya, seperti di bawah ini:-




Untuk lebih jelas, klik pada fotonya.

Lanskap pekan Lumut.

Lumut di tepi Sungai Dinding.



Pekan Lumut.

Majlis Daerah menyediakan kompleks letak kereta yang cukup besar, lima lantai untuk kemudahan pengunjung yang ingin ke Pulau Pangkor.

Laluan untuk pejalan kaki, beratap dari kompleks letak kereta hingga ke jeti Lumut.

Selepas makan, selepas minum, tentu ada yang perlu dibuang, tempat membuang ini pun disediakan oleh Majlis Daerah.



©idrisismailtalu@2010

Rabu, 27 Januari 2010

Jeti Lumut - Lumut

By Idris Ismail Talu

Jeti Lumut merupakan sebuah jeti untuk kemudahan pengangkutan melalui air dari pekan Lumut ke tempat-tempat di sekitar Lumut seperti Damar Laut dan Pulau Pangkor.



Pintu ke jeti Lumut.

Di tepi jeti Lumut.

Jeti Lumut.

Sebahagian dari jeti Lumut.



©idrisismailtalu@2010

Album Keluarga di Terengganu

By Idris Ismail Talu

Ini merupakan gambar keluarga semasa majlis perkahwinan anak perempuan adik penulis di kampong pengantin lelaki (menyambut kata orang Perak).




Hampir seluruh keluarga penulis, adik lelaki penulis, Ishak dan adik perempuan penulis, Asiah bersama-sama ke Kuala Terengganu.



©idrisismailtalu@2010

Cemperai - champeria griffithii

Idris Talu
Cemperai, nama latinnya champeria griffithii, adalah sejenis pokok renik yang daun mudanya dijadikan bahan sayuran orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Ada juga yang menyebutnya sebagai ciprih atau cimpri.

Pengalaman penulis dengan pucuk cemperai, ada dua jenis yang nyata, pertama yang daunnya berwarna hijau tua dan agak bulat bentuk daunnya, sementara yang satu jenis lagi agak keperangan warna daunnya dan berbentuk lebih panjang atau lonjong.

Semasa penulis bertugas di Kuala Lipis dalam tahun 1970an dahulu, ramai penduduk kampong menanam cemperai untuk dijadikan turus pagar. Batang cemperai bertindak sebagai turus pagar dan daunnya dijadikan sayur. Buahnya yang muda, berbentuk bundar itu juga boleh dijadikan sayur.




Pucuk muda cemperai jenis keperangan.

Pucuk cemperai sesuai dimasak manis bersama ikan bilis dan isi keledek manis seperti sayur bening kegemaran orang Jawa. Cemperai juga boleh dimasak lemak dengan cendawan sisir dan dicampur dengan udang kering.

Di sesetengah tempat cemperai dibuat ulam mentah dimakan bersama sambal kelapa. Kononnya, jika dimakan mentah begitu seseorang itu boleh kekal awet muda! Wallahuaklam.

Cemperai perang di pangkal pokok.

Cemperai jenis hijau tua, bekas ditebas orang, tetapi hidup semula.

Gambar-gambar yang penulis ambil ini di suatu kawasan tepi pantai. Nampaknya orang yang membersihkan pantai tersebut tidak kenal dengan pokok cemperai kerana penulis dapati banyak pokok cemperai di kawasan tersebut telah ditebas dan ditebang, malah ada yang dibakar. Tak kenal maka tak cinta !

Sayuran yang suatu masa dahulu menjadi hidangan keluarga diraja di dalam istana, kini tidak dikenali lagi.

©idrisismailtalu@2010

Jambatan Raja Permaisuri Bainun di Manjung, Perak

By Idris Ismail Talu

Jambatan Raja Permaisuri Bainun dibina untuk memudahkan pengguna jalan raya rangkaian Pantai Barat Semenanjung dari Lumut, Setiawan dan Teluk Intan untuk menuju ke pusat peranginan Damai Laut di Damar Laut, Pantai Teluk Senangin, Segari, Pantai Remis dan seterusnya ke Taiping


Jambatan indah ini dibina merentangi Sungai Dinding. Di bawah jambatan ini kelihatan ramai kaki pancing melepaskan gian mereka memancing pelbagai jenis ikan air payau.



Jambatan dirasmikan dalam tahun 2001.



©idrisismailtalu@2010

Isnin, 25 Januari 2010

20 sekolah hebat

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi
Oleh Johari Ibrahim

Courtesy: Berita Harian, Malaysia.

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.



SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.
"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:
• Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
• Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
• Kolej Melayu Kuala Kangsar
• Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
• Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
• Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
• Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
• Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
• Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
• SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
• SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
• SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
• SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

• Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
• SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
• SK Bukit Damansara (KL)
• SK Zainab (2) (Kota Bharu)
• SK Convent Kota (Taiping)
• SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:

• Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
• Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
• Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
• Memanjangkan waktu persekolahan.
• Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
• Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
• Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
• Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
• Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
• Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
• Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
• Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :
• Pencapaian akademik yang cemerlang.
• Melahirkan personaliti unggul.
• Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
• Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
• Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
• Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20100126070932/Article
Courtesy: Berita Harian Malaysia.

Seabad Hari Kelahiran Prof. Dr. Hamka Amrullah

By Idris Ismail Talu

Sempena meraikan seabad kelahiran Prof. Dr. Hamka Amrullah, elok rasaya penulis paparkan beberapa buah buku lagi hasil karya beliau untuk tatapan generasi yang mungkin tidak mengenali Almarhum.


Sebuah buku berkaitan falsafah - tentang kehidupan.

Buku yang membicarakan tentang keadilan hakiki.

Dunia merupakan lembah kehidupan yang tidak akan habis jika dibicarakan.

Sebahagian dari senarai buku-buku tulisan Almarhum Buya Hamka.



©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran