TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 16 Januari 2014

Keistimewaan makanan tradisi Lenggong



Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban.


Ikan loma

Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini.

Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur.


Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung.

Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam.


Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz .

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh.

Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'.

Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini.

Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil.

"Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa.

"Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya.

Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung.

"Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh.

Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk.

"Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang.

"Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya.

Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya.

"Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20140116/wu_01/Keistimewaan-makanan-Lenggong#ixzz2qc4AjpW5
 

Rabu, 15 Januari 2014

Ustaz Kazim selar pihak tuduh sambut Maulidur Rasul tiru Kristian



IPOH 15 Jan. - Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias menyelar tindakan pihak tertentu yang menyifatkan sambutan Maulidur Rasul yang diraikan setiap tahun bagi menghayati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah bidaah serta meniru agama Kristian.


Ustaz Mohamad Kazim Elias


Beliau berkata, berdasarkan pandangan ulama, sambutan Maulidur Rasul bukan amalan bidaah iaitu menokok tambah dalam bidang agama atau ibadat, sebaliknya memberi manfaat dalam banyak aspek, terutama memupuk perpaduan dalam kalangan ummah dan mengingatkan kembali terutama generasi muda tentang sirah Rasulullah.

Ustaz Mohamad Kazim Elias


Tegas Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, perbuatan meraikan sambutan itu juga membuktikan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar tersebut yang wajib dilakukan semua umat Islam.

"Harus hukumnya kita meraikan sambutan Maulidur Rasul, namun ada pula tok guru mana entah kata kita sambut Maulidur Rasul macam orang Kristian sambut Nabi Isa dan amalan bidaah. Maka, apabila kita pergi negeri dia tak ada sambutan Maulidur Rasul sedangkan semua negeri lain dari Sabah sampai ke Perlis menyambutnya.


"Macam mana dia kata tiru orang Kristian sedangkan 25 Disember itu mereka sambut bagi meraikan kematian Nabi Isa yang kemudiannya diangkat ke langit sedangkan dalam Islam kita tak kata begitu, kita kata Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah sebab mereka (Kristian) nak bunuh Nabi Isa.

"Adakah sama kita dengan Kristian, tidak sama sekali," katanya ketika menyampaikan ceramah dalam sambutan Maulidur Rasul Peringkat RISDA Negeri Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah RISDA Perak, Mohd. Hussin Yusoff.

Jelas Mohammad Kazim, orang Kristian juga menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan manakala dalam sambutan Maulidur Rasul tidak langsung membawa maksud Nabi Muhammad SAW dianggap sedemikian.

Tambahnya, begitu juga dalam hal kematian Nabi Isa apabila golongan itu menganggap perbuatan tersebut bagi menghapuskan dosa Nabi Adam serta anak-anaknya yang telah berbuat salah.

''Adakah Islam pula mempercayai kewafatan Nabi Muhammad SAW atau kelahiran baginda dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Tidak sama sekali, setiap dosa yang kita lakukan akan mendapat balasan begitu juga pahala hasil kebaikan yang dilakukan semuanya atas diri masing-masing.

''Jadi mana yang kata kita meniru agama Kristian. Orang Kristian menyambut Krismas menjadikan mereka itu syirik kepada Allah, sedangkan kita pula menyambut Maulidur Rasul mendatangkan kasih sayang pada Rasullullah dan perbuatan itu wajib kita lakukan dan berdosa jika kita ingkar,'' katanya.








Rabu, 8 Januari 2014

BEREHAT BERSAMA ANAK-ANAK & CUCU-CUCU

Seperti biasa bila kelapangan, anak-anak mencadangkan agar kami dapat berehat bersama di mana yang difikirkan sesuai. Kali ini anak-anak bersetuju untuk berlibur di Cameron Highlands, Pahang:

Hutan Berlumut (Mossy Forest)

Hutan Berlumut (Mossy Forest) ini sebenarnya terletak di permatang antara Gunung Brinchang dengan Gunung Irau, yang juga merupakan sempadan negeri bagi negeri Pahang dan Perak.



 Seronok melihat cucu-cucu di Hutan Berlumut (Mossy Forest)

Ada ketikanya kita mendaki, ada masanya kita menuruni tangga semasa melalui Hutan Berlumut (Mossy Forest)


 Ada kalanya titian hanya mendatar, di samping pondok untuk berehat di sepanjang Hutan Berlumut (Mossy Forest)


 Hutan Berlumut (Mossy Forest) - pokok-pokok pun berlumut juga. Sebelah kanan, negeri Pahang, sementara di sebelah kirinya negeri Perak.

Aras ketinggian kawasan Hutan Berlumut (Mossy Forest) ini sekitar 2,000 meter di atas paras laut.

 Ada juga yang suka melalui Hutan Berlumut (Mossy Forest) ini berjalan di kawasan yang tiada titian atau tangga.

Titian yang kemas di Hutan Berlumut (Mossy Forest)

 Sebahagian dari ahli keluarga penulis d Hutan Berlumut (Mossy Forest)

 Kembang indah di Hutan Berlumut (Mossy Forest)

Peta untuk sampai ke Hutan Berlumut (Mossy Forest).


BIKE RIDE LENGGONG VALLEY

Kepada peminat "Bike Ride", Lenggong menawarkan peluang untuk anda menakluki Lembah Lenggong.

Klik pada gambar untuk membesarkannya.

PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG

Info tambahan tentang Pesta Makanan Tradisional Lenggong:



Selamat Datang ke Lenggong.



Selasa, 7 Januari 2014

GERIK DAN LENGGONG

Baru-baru ini, penulis menyempatkan diri balik ke Gerik dan Lenggong kerana beberapa urusan di sana. Semasa berurusan di Pejabat Tanah Hulu Perak, Allah mempertemukan penulis dengan Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak, Tuan Haji Mohd Tahir Osman yang baru pulang dari mengerjakan ibadah haji - masih dalam suasana haji.

 Penulis bersama Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak.

 Penulis bersama Tuan Pegawai Daerah Hulu Perak dan pegawai-pegawainya. 

Selepas selesai urusan di Pejabat Daerah, penulis ke pasar pula:


  Gerik memang terkenal dengan ikan air tawarnya - ikan loma.

Ikan sebarau dan ikan belontok (ikan ubi).

 Buah kerdas atau geduak atau buah kabau.

Terung ini sesuai dimasak asam atau gulai. Ramai juga gemar menjadikannya sebagai ulam.

Gerik juga terkenal dengan pisang yang cantik dan enak dimakan - pisang rastali atau pisang raja serai.

 Dalam perjalanan balik ke Ipoh, penulis singgah di Tasik Raban untuk mengalas perut. Penulis bernasib baik mendapat ikan loma goreng yang rangup lazat:

  Ikan loma goreng yang dikelar rapat-rapat.

Balik ke Ipoh dengan perut yang sederhana kenyang.

Idris Talu

Sabtu, 4 Januari 2014

PESTA MAKANAN TRADISIONAL LENGGONG 2014

Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014

Tarikh: 10 - 11 Januari 2014
Tempat: Dataran Lenggong.

Pelancaran oleh:

YB Dato' Seri Mohammed Nazri Tan Sri Aziz.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


CLICK NOW

Tajuk Kegemaran