TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 4 Ogos 2009

Kubung - Cynocephalus variegatus

By Idris Talu
31 July 2009

Dalam perjalanan ke Gerik,penulis singgah sebentar di kebunnya di Lenggong. Ternampak seekor kubung melekap pada se batang pokok durian. Jika tidak diperhatikan betul-betul, ianya kelihatan sama dengan kulit pokok durian yang dihinggapinya.




Nama saintifik untuk kubung ialah Cynocephalus variegatus.

Ianya adalah sejenis mamalia.


Kubung juga dikenali sebagai Malayan Flying Lemur, walau pun ianya bukan dari keluarga lemur.

Kubung tidak terbang seperti kelawar atau keluang atau burung.

Kubung hanya melayangkan badannya dari pokok ke pokok dengan mengepakkan kaki-kakinya yang tercantum antara satu dengan yang lainnya dengan kulit tipis – membentuk seperti sayapnya.


Makanan kubung ialah pucuk-pucuk kayu yang muda serta buah-buahan.

Kubung hamil cuma enam puluh hari, dan melahirkan anak sebagaimana mamalia yang lainnya.


Ada beberapa tempat di Malaysia yang namanya ada kaitan dengan kubung, misalnya Labu Kubung, Bukit Kubung dan Tanjung Kubung.


©idristalu@2009

Ahad, 2 Ogos 2009

Kebun di Gerik - Musim Buah-buahan

By Idris Talu

01 August 2009

Selain dari rambutan, pokok-pokok buah-buahan yang lain di kebun penulis, juga berbuah. Cuma agak kurang menjadi - mungkin kerana kurang diberikan baja.

Durian di kebun penulis boleh dikategorikan termasuk dalam kelas "A" dari segi bentuk buah dan rasa isinya. Kita lihat bersama buahnya yang masih di atas pokok.

Buah durian di dahan yang lain.

Durian - ada class!

Petai pun ada.

Sudah ada "penumpang" di dahan durian penulis.

Pokok belimbing buluh (wuluh) berbuah, tetapi tidak lebat.


Pokok salak pun berputik juga.


Putik buah salak dilihat dari dekat.

Buah cempedak - saiz buahnya hampir sama besar dengan batang pokoknya.

Manggis yang sudah cukup masak.


Manggis yang telah masak.

Buah manggis yang masih muda.

Sejenis pandan liar, berbuah seperti buah nanas.

Pandan liar atau pandan hutan.


Langsat agak kurang lebat kali ini.

Namun begitu, banyak pokok langsat yang berbuah - jadi banyak juga.

Langsat juga.


Langsat lagi....




©idristalu@2009

Kebun di Gerik - Musim Rambutan

By Idris Talu


Pada 1 Ogos 2009 yang lepas, penulis dan keluarga telah pergi menjengok kebun yang jarang dilawati di Gerik, Ulu Perak. Pokok-pokok buah-buahan sudah agak tinggi. Rambutan, langsat, manggis dan lain-lain berbuah juga.

Walau pun cuaca berubah-ubah, sekejap panas, sekejap lagi hujan, kami terus mengambil buah yang telah cukup masak.





Anak-anak dan cucu-cucu saya berkejar-kejar mengambil buah yang telah masak.

Di sini penulis paparkan foto yang berkaitan dengan buah rambutan.

Anak-anak dan cucu-cucu mengait buah di kebun kami di Gerik.

Rambutan sudah cukup masak ranum.

Syukur alhamdulillah - rezeki pemberian Allah.



Walau pun kurang dibaja, pokok rambutan tetap berbuah lebat.




















Antara rambutan yang telah masak ranum.


Anak saudara serta cucu-cucu penulis mengutip buah rambutan di tepi jalan kampong di kebun penulis di Gerik.


Pokok rambutan ini asalnya anak rambutan tumbuh sendiri. Bila penulis lihat pokoknya agak segar, penulis cantumkan dengan pucuk rambutan yang terdapat di dalam kebun ini juga - yang menjadi favorit isteri penulis.

Cantuman menjadi dan pokok terus membesar di tepi jalan yang dibina kerajaan betul-betul melalui tengah tanah penulis.

Jalan kampong betul-betul di tengah tanah penulis.

Kelihatan tiang letrik berhampiran pokok rambutan penulis. Kemudahan air paip bersih juga disediakan kerajaan untuk penduduk kampong.

©IdrisTalu@2009

Sentul - Sandoricum Koetjape

01 August 2009
By Idris Talu

Sentul memang merupakan tumbuhan asli Semenanjung Tanah Melayu. Ianya boleh mencapai ketinggian 45 meter. Pohon yang terdapat di kebun penulis pun sudah setinggi 75 kaki. Sengaja penulis biarkan dia meninggi kerana dengan itu tidak mengganggu pohon cempedak dan manggis di sekelilingnya.

Foto di bawah merupakan pokok sentul yang terdapat di dalam kebun penulis di Gerik.

Sentul mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya ditanam. Di sebelah Utara Semenanjung, ianya dikenali sebagai setoi, setul, atau kecapi.

Di Thailand pula ianya disebut sebagai saton, satawn, katon, atau ka-thon.

Di Indonesia pula, ada yang menyebutnya sebagai santor atau katul.

Namun begitu, nama botanicalnya ialah “sandoricum koetjape.”

Sentul mempunyai dua warna.

Yang pertama, agak kemerahan manakala yang sejenis lagi, agak kekuningan.



Buah sentul berkulit tebal, dengan isinya yang agak berair, memecahkan airliur peminatnya. Biasanya kulit buah dikupas, isinya dipotong kecil, dimakan dengan kuah rojak atau sambal buah.

Kepada peminat buah sentul, membaca tulisan ini pun, airliurnya sudah meleleh.

Buahnya yang masih muda, agak kelat - tetapi tetap ada peminatnya.

Di kampong-kampong, putik sentul yang masih hijau kelat itu ditumbuk dalam lesung kayu bersama putik-putik buah-buahan yang lain seperti putik ciku, putik belimbing, putik nangka yang kecil serta dicampur cili api dan sedikit belacan.

Buah-buahan tumbuk campuran ini disebut "kebebe" di Lenggong atau Gerik.



©idristalu@2009

Sabtu, 1 Ogos 2009

Jas, Perian - Artocarpus rigidus

By Idris Talu
01 August 2009

Jias, Jas ,Perian

Buah jias, atau jas atau perian ini adalah dari keluarga “artocarpus” iaitu keluarga cempedak dan nangka.

Buah ini dikenali di sesetengah tempat di Perak sebagai buah jias atau buah jas. Sementara di Pahang ianya dikenali sebagai buah perian. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 30 meter.

Di dalam Kamus Dewan (Dr Teuku Iskandar) terbitan/cetakan tahun 1970, ianya juga dikenali sebagai “mendeluka”, “tampang”, dan “tempunai” (Artocarpus rigidus).

Selain dari nama-nama di atas, ianya dikenali juga sebagai nangka kera (monkey jack) atau temponek.

Jias (perian) di Gerik.


Gambar-gambar ini penulis ambil di suatu tempat di Gerik, Perak.

Pokok perian atau jias ini adalah jenis “monoecious” di mana pada setiap pokok akan mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina sendiri.

Jias berbuah lebat di Gerik.


Walau bagaimana pun, pokok ini boleh dipangkas (prunning) supaya tidak tinggi. Semasa penulis bertugas di Kuala Lipis dalam tahun 1970an dahulu, penulis pernah melihat pokok perian dipangkas rendah di Kampong Mela, Jerantut.

Penulis melihatnya semasa bertandang ke rumah rakan, En Baharum (pekerja Telekom Malaysia) di Kampong Mela, Jerantut semasa menetap di Kuala Lipis dahulu.

Tujuan pokok ini dipangkas ialah supaya memudahkan buahnya dikait (diambil). Buah perian yang masih mengkal (hampir masak) ianya enak dimasak seperti bubur atau di sesetengah tempat dikatakan pengat.

Jias makin susah untuk dijumpai.


Cara membuat bubur atau pengat perian agak mudah. Ulas buah perian yang hampir masak itu dicampurkan dengan santan kelapa dan sedikit gula kabong (enau) atau gula melaka. Kalau hendak memekatkannya, ianya boleh dicampur tepung sagu rumbia atau tepung jagung.

Bentuk buah ini agak bulat berbanding sukun yang kadangkala agak lonjong. Sukun tidak berduri, jias atau jas atau perian ini berduri halus tetapi durinya tidak keras seperti duri durian.

Jias atau perian.



©idristalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran