TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Tahun Melawat Perak 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun Melawat Perak 2012. Papar semua catatan

Khamis, 26 April 2012

Sempena Tahun Melawat Perak 2012 – Sekolah Anderson, Ipoh


إدريس اسماعیل  تالو ‎
Idris Ismail Talu


 Asal Sekolah Anderson, Ipoh.

Sekolah ini dibuka dalam tahun 1909, mempunyai enam bilik darjah dengan 52 orang murid. Sekolah Anderson kemudiannya berpindah ke bangunan sekolahnya yang ada sekarang pada tahun 1931.

Selepas itu, bangunan ini dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Pejabat Menteri Besarnya sehingga tahun 1960an.


Tahun Melawat Perak 2012 - Tempat-Tempat Menarik Di Perak

 
إدريس تالو ‎
‎
Idris Talu

Tempat-tempat yang disyorkan untuk kita lawati di negeri Perak Darul Ridzuan.


Masjid Ihsaniah Iskandariah Kampung Kuala Dal
dekat Padang Rengas.

Tasik Raban, dekat Lenggong.
Jambatan Raja Muda Nazrin

Sebahagian dari Jambatan Raja Muda Nazrin 
yang panjangnya 742 meter.

 Sumber foto ini: Majlis Daerah Lenggong.

Jeti Lumut.


Jeti Lumut.


Rabu, 25 April 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Tempat-Tempat Menarik Di Perak


إدريس  تالو ‎
Idris Talu

 

Sesuai dengan kempen “Tahun Melawat Perak 2012”, mari kita lihat tempat-tempat yang berbaloi untuk kita lawati, sebagai penambah ilmu pengetahuan, sambil menikmati kepelbagaian khazanah ketamadunan bangsa Malaysia yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan.

Mula-mula elok kita berjalan-jalan ke Bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulu.
Dari bandar Ipoh, kita menggunakan lebuhraya di atas (PLUS) untuk sampai ke Kuala Kangsar.

Sebelum memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar, kita menempuhi pintu gerbang di atas, jika kita datang dari arah Plaza Tol Kuala Kangsar.
 
 Masjid Ubudiah memang menjadi tumpuan ramai pelancong apabila mereka tiba di Kuala Kangsar. Masjid yang telah dibina dalam tahun 1913 ini, masih tetap kukuh dan indah.Masjid ini dimulakan pembinaannya semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Al-Adzam Shah dan diresmikan penggunaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Berhampiran dengan Masjid Ubudiah, terbina indah Istana Iskandariah, istana di mana bersemayamnya Sultan-Sultan pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Istana Iskandariah siap dibina dalam tahun 1933.

Terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ialah sebuah istana diberi nama Istana Kenangan atau juga dikenali sebagai Istana Kuning.

Di Kuala Kangsar juga terdapat antara sekolah tertua di Malaysia. Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ini merupakan bukti bahawa perkembangan pendidikan di Malaysia telah diberikan perhatian sejak sekian lama.Sekolah berasrama penuh untuk murid-murid lelaki dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam ini mula digunakan dalam tahun 1905 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Al-Adzam Shah.
Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Madrasah Idrisiah dinamakan sempena nama almarhum Sultan Idris I Mursyidul `Adzam Shah, yang merupakan pengasas sekolah dan pewakaf aset paling bernilai seperti tanah dan hasil sewaan rumah kedai di sekitar Kuala Kangsar.

Madrasah ini dibangunkan di zaman pemerintahan anakanda baginda, Sultan Iskandar Qaddasallah pada tahun 1922 (1342H) di tapak seluas 3e.1r. 38pl. dengan gembelingan tenaga ulama’ seperti Tuan Guru Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir . (Sumber: http://idrisiah.pkgtalang.com/)
 
Pavilion ini terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo.

Kelab Idris Kuala Kangsar.

Jambatan Suiltan Abdul Jalil di Kuala Kangsar, menghubungkan Kuala Kangsar dengan Kampung Sayong.

 Pokok getah (karet) tertua di Malaysia.



CLICK NOW

Tajuk Kegemaran