TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Jumaat, 31 Mei 2013

Catatan Perjalanan Di Sebahagian Lebuhraya Utara-Selatan.

Dalam kesuntukan masa dengan jadual kerja yang agak padat, penulis ingin berkongsi pengalaman melalui sebahagian dari Lebuhraya Utara-Selatan:


Dalam perjalanan, bila sudah pasti telah masuk waktu solat, kita boleh singgah di mana-mana masjid untuk menjalankan kewajipan kita yang dituntut agama. Selepas solat hati pun lapang dan tenang kerana kewajipan telah dilaksanakan.

Bergerak ke Utara, kita akan melalui kawasan Slim River ini. Kenapa bandar ini dinamakan Slim River, cobalah tanya dengan uda google - kalau dia ada jawapannya..



Di kawasan Slim River ini terdapat beberapa nama tempat yang agak pelik. Antaranya ialah Sungai Slim (konon-konon ceritanya kalau minum air sungai ini badan kita boleh jadi slim....hehehe...), Ulu Slim (jalan lama Tanjong Malim ke Slim River, sebelum ada jalan rentas lurus yang sebelum ini dikutip bayarn tol) dan Sungai Bil. Walau pun namanya Sungai Bil, kalau mandi di sungai ini kita tidak dikenakan bil.

Satu lagi nama tempat yang pelik di sini ialah Kampung Balun. Kenapa dinamakan Kampung Balun, kena buat penyelidikan  sendirilah.

Selepas melalui Bidor dan Tapah, kita menongkah (bahasa orang Perak untuk perkataan mendaki) Bukit Gua Tempurung (yang terletak di antara Tapah dan Gopeng).


Turun dari kawasan Bukit Gua Tempurung kita akan menemui bukit ini pula, yang diletakkan nama Ipoh di atasnya.


Bagi orang Ipoh yang hendak kembali ke Ipoh, papan tanda nama Ipoh ini menunjukkan mereka sudah hampir benar dengan rumah mereka.


Berhampiran Hentian Sebelah R & R Simpang Pulai, kini telah dibina satu lagi mercu tanda baru di Ipoh iaitu RTC Perak (RTC = Rural Transformation Centre). Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan boleh singgah di RTC ini untuk berurusan dengan pelbagai Jabatan Kerajaan, atau membeli-belah di Pasaraya Mydin Gopeng, atau makan minum sebelum menyambung perjalanan ke Utara.



Ramai pengguna lebuhraya menggunakan kemudahan yang disediakan disini. Surau untuk bersolat agak besar dan lapang.




Selepas mengisi perut yang telah mulai berkeroncong, kita bersolat. Dan selepas bersolat, kita bolehlah meneruskan perjalanan dengan penuh keselesaan.

http://idristalu.blogspot.com/

Selasa, 14 Mei 2013

Malaysia destinasi kedua terbaik di ASEAN untuk menyambung pengajian.



KUALA LUMPUR 13 Mei - Malaysia diiktiraf negara ASEAN kedua terbaik selepas Singapura sebagai lokasi menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

Perkara itu diperakui hasil kajian Ranking U21 Sistem Pendidikan Tinggi Antarabangsa 2013 yang turut meletakkan Malaysia di tangga ke-27 dalam kalangan 50 negara di dunia bagi kriteria sama dengan markah keseluruhan sebanyak 52.4 peratus.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, hasil kajian Institut Kajian Sosial dan Ekonomi Gunaan, Universiti Melbourne, Australia itu amat membanggakan kerana jauh lebih baik berbanding di tangga ke-36 yang dicapai tahun lalu.

"Pengiktirafan ini yang kita mahukan supaya sistem pendidikan kita dapat diperluaskan ke negara-negara Eropah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Asia-Eropah (ASEM) Keempat bertemakan Kerjasama Strategik Pendidikan ASEM di sini hari ini.

Persidangan itu disertai 140 peserta terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dari 20 negara Kesatuan Eropah, 17 negara Asia, Sekretariat ASEAN dan Sekretariat Pendidikan ASEM.

Ab. Rahim berkata, pengiktirafan itu mengambil kira usaha kerajaan yang komited menyediakan peruntukan besar kepada sistem pengajian tinggi selain melihat kepada persekitaran, jaringan dan hubungan antarabangsa dan keberhasilannya.

Aspek itu, jelas beliau, sekali gus memperlihat negara berjaya mengatasi Australia, Korea, Jepun, United Kingdom dan Jerman.

Sehubungan itu, menurutnya, Malaysia ketika ini menumpukan usaha memperluas sistem pendidikan negara dalam kalangan penuntut Eropah yang masih di tahap kurang memuaskan.

"Fokus perbincangan ASEM adalah kepada pengiktirafan kualiti, kerjasama perniagaan, mobiliti dan pembelajaran sepanjang hayat.

"Diharap menerusi empat tumpuan utama ini budaya pembelajaran dalam kalangan penuntut negara Eropah akan berubah dan lebih berminat memilih negara-negara Asia sebagai pusat pembelajaran," katanya.

Beliau memberitahu, faktor lain yang turut menarik minat pelajar antarabangsa kerana Malaysia mempunyai bidang pengajian terbaik seperti kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, kewangan Islam, sosial sains dan pengajian halal.

Artikel Penuh:Utusan Malaysia

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran