TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 31 Mac 2013

Bandar Lumut, Perak.

Keindahan bandar Lumut yang sentiasa menarik kedatangan pengunjung atau pelancong ke sini.

Rumah kedai yang berwarna warni.

Pusat maklumat untuk ke Pulau Sembilan.

Ada juga Anak Minang yang berniaga di sini.

Tempat meletakkan kenderaan yang cukup besar - bangunan setinggi
empat tingkat khusus untuk kenderaan pelancong.

Sabtu, 30 Mac 2013

Kunjungan Ke Lumut

Jeti Lumut.


Kedai-kedai berhampiran Jeti Penumpang Lumut.

Peringatan kepada pelancong oleh
Jabatan Laut Malaysia.

Feri untuk ke Pulau Pangkor bersedia untuk berlepas.

Feri yang baru tiba dari Pulau Pangkor di Jeti Lumut.

Berhampiran Jeti Penumpang di Lumut.

Pekan Lumut, Perak.


Suasana nyaman di depan Jeti Penumpang, Lumut.


Ahad, 17 Mac 2013

Kuih Putu Perak

Idris Talu


Kuih Putu Perak


Kuih ini cukup terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Kuih yang berasaskan beras yang telah dikisar halus digaul bersama tepung beras, tepung beras pulut, sedikit kelapa parut, serta gula pasir memang enak dimakan. Dikukus dalam acuan khas seakan-akan bentuk acuan kuih baulu.

Kuih putu perak boleh didapati di beberapa tempat di Perak, seperti RTC Gopeng, Hentian Rehat & Rawat di Hulu Bernam, serta di Taiping. Di bandar-bandar lain seperti Lenggong dan Kuala Kangsar pun ada.

Selamat menikmati kuih “putu perak”.


 

Pengerusi Kumpulan AmBank hulur RM1b bantu pendidikan






2013/03/17 - 05:24:05 AM

Kuala Lumpur: Pengasas dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menyumbangkan RM1 bilion kepada Yayasan Azman Hashim yang memfokus bantuan dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Azman membuat sumbangan itu sempena majlis ulang tahun perkahwinannya ke-50 dengan Tunku Arishah Tunku Maamor, yang diadakan di sini malam tadi.

Turut mencemar duli ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Yayasan itu sebelum ini antara lain memberi sumbangan pembinaan kompleks bangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebanyak RM7 juta, bangunan baru Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (RM25 juta) dan Arena Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) sebanyak RM10 juta.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran