إدريس تالو
Idris Talu
Menurut berita yang beredar di dunia
maya, pihak pengendali saluran perkongsian video di internet yang menayangkan
sedutan filem yang menghina Islam bertegas untuk tidak mengeluarkan sedutan
filem tersebut dari salurannya.
Mereka tidak peduli dengan bantahan dari
seluruh dunia Islam.
Jika dalam keadaan biasa, ia mudah
dikeluarkan, tetapi bila melibatkan agama Islam, amat susah untuk
menghentikannya. Ini merupakan bukti nyata bahawa dalam usaha mereka menghina
dan memburukkan Islam, mereka bersekongkong.
Ini menunjukkan konspirasi jelas
golongan ini terhadap Islam. Terang dan nyata corak dan cara mereka bersatu
dalam usaha jahat mereka terhadap Islam. Apakah semua ini tidak membuka mata
hati umat Islam untuk bingkas bangun mempertahankan agama suci kita?
Apakah masih ada di kalangan kita yang
leka dengan hedonism yang melalaikan, politik yang keterlaluan dengan
mengabaikan bidang-bidang lain yang menentukan survival umat seperti keilmuan
untuk memperkasakan semula umat Islam di bumi Allah ini?
Kita telah diperingatkan sejak awal
kebangkitan Islam lagi bahawa untuk berjaya di dunia, asasnya ialah ilmu, dan
untuk berjaya di akhirat juga asasnya ilmu. Sebagaimana cantik pun kita
solekkan tong kosong, ianya tetap tong kosong – bunyinya bergema tetapi tidak
membawa apa-apa makna untuk kemajuan umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan