Penantian 12 tahun berakhir - Madrasah
Tuanku Rao
Shahrizal
Ahmad Zaini
10 September 2012
Tuanku Rao - Foto sumber internet.
KAMPAR – Setelah menunggu
selama 12 tahun, akhirnya penduduk sekitar Kampung Lawan Kuda di sini menerima
khabar gembira apabila madrasah di kampung berkenaan secara rasminya telah
diberi nama Madrasah Tuanku Rao.
Ketua Kampung yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lawan
Kuda, Mohd Noor Alias berkata, nama madrasah itu diilhamkan oleh Persatuan
Jalinan Rao (Rawa) Malaysia (Jaro) sempena nama Panglima Perang dan pendakwah
Islam terkemuka di Tanah Batak suatu masa dahulu, Tuanku Rao.
Buku "Antara Fakta Dan Khayal" tentang Tuanku Rao oleh Buya Hamka.
“Madrasah ini telah siap
dibina pada tahun 2000, tetapi belum mempunyai nama sehingga tahun ini. Hasil
perbincangan dengan pihak Jalinan Rao, akhirnya nama Tuanku Rao ini dipilih,”
katanya kepada ketika ditemui sempena
Majlis Perasmian Madrasah
Tuanku Rao di Kampung Lawan Kuda, di sini, semalam.
Hadir sama, Yang Dipertua
Persatuan Jalinan Rao (Rawa) dan Malaysia (Jaro) Kebangsaan, Datuk Seri Mohamed
Khalil Hussien yang turut menyempurnakan perasmian madrasah berkenaan.
Mohd Noor menambah, Madrasah
Tuanku Rao merupakan madrasah tunggal dalam kawasan itu dan mampu memuatkan 500
jemaah pada satu-satu masa.
Katanya, selain beribadah,
madrasah itu juga akana menjadi tempat berkumpul penduduk sekitar kawasan
berkenaan untuk mengimarahkan majlis ilmu anjuran JKKK, Jaro atau lain-lain
pihak.
"Madrasah ini disiapkan
pada 2002 dan kami turut mendapat peruntukan dariapda Kerajaan Negeri. Kerana
tidak memiliki dewan, madrasah ini menjadi tempat penganjuran pelbagai
aktiviti," katanya.
Sumber: Sinar Harian Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan