TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 1 September 2012

PERDANA MENTERI MAHU PELAJAR BARU UNIVERSITI BERAZAM CIPTA KECEMERLANGAN


Datuk Seri Najib Tun Razak 

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pelajar baru yang bakal melangkah ke universiti menggunakan peluang yang diperoleh untuk mencipta kecemerlangan akademik, meningkatkan pengetahuan, memupuk budaya inovasi dan kreativiti, selaras dengan aspirasi universiti.


Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan ke menara gading, Perdana Menteri berkata, pada masa sama, mereka perlu menyemat perasaan cintakan agama, bangsa dan negara memandangkan mereka menjadi harapan sekali gus pewaris negara pada masa hadapan.

Jelas beliau, kemajuan negara yang dikecapi sekarang tidak dibina dengan sekelip mata tetapi atas pengorbanan dan usaha berterusan kepimpinan kerajaan sedia ada sejak negara mengecapi kemerdekaan.

"Sebagai anak muda berilmu, anda menjadi harapan dan pewaris negara pada masa hadapan.

"Jadi, marilah kita bersama-sama meneruskan masa depan yang lebih cemerlang untuk kita semua," katanya dalam perutusan kepada pelajar-pelajar baru institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 seperti dipetik menerusi blog beliau di http://1malaysia.com.my
 hari ini.

Menurut Najib, hari ini adalah hari paling bersejarah buat pelajar baru itu kerana berjaya melangkah ke universiti seterusnya menjadi warga kampus.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara dan saudari atas kejayaan ini dan tahniah juga kepada ibu bapa saudara dan saudari yang semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini.

"Semoga saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan akademik di universiti seterusnya menjadi generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan," katanya.

 

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran