TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 21 Ogos 2011

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu



IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.

Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.

“Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.

“Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.

Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.

Source: Utusan Malaysia Online.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Moreh Selepas Maghrib Di Surau Meru 3C, Ipoh

By Idris Ismail Talu.

Selepas berbuka ringan dengan tamar, buah-buahan serta sedikit kuih, kami bersolat Maghrib di surau. Dan selesai solat, kami turun ke balai lintang surau untuk menikmati hidangan moreh malam itu.

YB Dato' Seri dengan juadah moreh di surau Meru 3C, Ipoh.

Tuan Haji Abu Rairah bersama rakan-rakanya menikmati moreh.

Fotografer kita dengan tugasnya, kalau tidak entri ini tidak ada gambar!

Yeop-yeop kita dengan hidangannya.











Jemaah wanita pun ramai.

Lagi jemaah wanita sedang menikmati hidangan moreh.









Perut sudah kekenyangan, kita sambung labunnya.

Selesai menikmati moreh surau Meru 3C, Dato' Seri bermohon diri, solat Isya' dan tarawih di surau lain pula.

Dato' Seri bersalaman dengan warga Meru 3C.




Warga Meru 3C berterima kasih kerana Dato' Seri dapat bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan yang mulia ini.

http://idristalu.blogspot.com/

Berbuka Puasa Di Surau Meru 3C

By Idris Ismail Talu.

Hari Sabtu petang 20 Ogos 2011, YB Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama warga Islam Taman Meru 3C di majlis berbuka puasa di surau taman tersebut.

Suasana agak sejuk petang itu kerana sebelumnya telah turun hujan yang cukup lebat.

YB Menteri bermesra dengan jemaah surau Meru 3C.


YB Menteri disenangi warga Meru 3C.


YB Menteri bersalaman dengan warga Meru 3C.




Selepas tahlil dan doa selamat, kami menunggu waktu berbuka.


Tuan Haji Idris memeriksa foto yang diambil, sambil menanti waktu berbuka.


Warga Meru 3C di surau kami yang meriah.








Pasti ada yang menarik dari Tuan Haji ini.











Berdoa sebelum berbuka.

Gambar sedang berbuka?
Fotografer pun nak berbuka jugak!

Selepas berbuka dengan buah tamar, buaha-buahan dan sedikit kuih, kami solat Maghrib berjemaah.



http://idristalu.blogspot.com/



Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia

2011/08/21

GEORGETOWN: Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lalu.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi, berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lalu.

Mohd Ridzuan berkata, jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selepas bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan laLU. – BERNAMA

Source: Berita Minggu Malaysia Online.

Surau Kami Di Taman Meru 3C

By Idris Ismail Talu.

Taman Meru 3C telah wujud sejak awal tahun 1980an lagi. Mula dibina dalam tahun 1980 dan siap sekitar setahun kemudian. Penulis membeli rumah kediaman di sini semasa bertugas di Cameron Highlands.

Semasa mula dibina, Lebuhraya Utara Selatan belum wujud lagi. Oleh kerana itu, taman perumahan ini bolehlah dikatakan sebagai paling hujung jika kita berjalan dari Ipoh ke Chemor melalui pekan kecil Jelapang.

Apabila pembangunan terus rancak di kawasan Meru ini, Meru 3C kini berada di tengah-tengah kemajuan Meru Raya. Sebuah sekolah rendah dan menengah telah lama wujud di belakang taman ini. Anak-anak penduduk tidak perlu melintas jalan utama untuk ke sekolah lagi.

Surau Taman Meru 3C mula dibina atas inisiatif penduduk bila taman ini mula diduduki. Surau ini terus diperbesarkan mengikut perkembangan jumlah penduduk dan penggunanya.


Bangunan surau Taman Meru 3C dilihat dari sisi Selatan.

Bahagian depan surau Taman Meru 3C, Ipoh.

Balai lintang di sisi Utara surau.


Ketepikan selisih politik demi perpaduan

LIPIS 20 Ogos - Semangat patriotik perlu disemarakkan bersama sambutan Hari Raya Aidilfitri demi mengekalkan perpaduan yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, sambutan hari kemerdekaan yang akan diraikan bersama Aidilfitri hujung bulan ini perlu dihayati, khususnya umat Islam di negara ini.

"Sempena sambutan berkenaan wajarlah orang Melayu terus bertaut berasaskan nilai Islam bagi mengelak berlaku perpecahan yang boleh membantutkan pembangunan negara.

"Umat Islam juga tidak wajar berpecah akibat bertekak mengenai perkara remeh-temeh dan kelemahan itu akan dieksploitasi oleh musuh untuk melemahkan Islam dan menjajah negara ini," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan menjelang hari raya Aidilfitri kepada penduduk Kampung Sungai Damak, Benta dekat sini, semalam.

Mohd. Soffi berkata, benteng terbaik umat Islam adalah mengukuhkan perpaduan, mengeratkan nilai persahabatan, hormat-menghormati antara masyarakat sekeliling tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik.

"Jika ini dititikberatkan bukan sahaja umat Islam kembali kukuh, tetapi juga keamanan yang dinikmati seluruh masyarakat berbilang kaum sejak 54 tahun negara mencapai Kemerdekaan dapat dikekalkan," katanya.

Beliau juga menyeru masyarakat Islam supaya sambutan kemerdekaan negara dan Aidilfitri disambut dengan kegembiraan bersama kaum-kaum lain.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat dari kaum lain perlu didedahkan dengan sikap umat Islam yang menggalakkan amalan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Source: Mingguan Malaysia Online.

Hala tuju kedamaian global sejak 39 tahun lalu

ANTARA bahan bacaan penting dewasa ini ialah On China oleh Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syrikat, setelah mengunjungi negara itu lebih 50 kali.

Ini ialah kerana Amerika masih kuasa dunia nombor satu dan China pula telah menjadi kuasa ekonomi nombor dua dan dengan itu berupa faktor penting dalam menentukan kedamaian global.

Kunjungan paling penting Kissinger ialah manakala mengiringi Presiden Nixon mengadakan lawatan bersejarah ke Beijing untuk berunding dengan Mao Zedong, pemimpin besar China pada 21 Februari, 1972.

Seperti dicatat oleh Kissinger, 88 tahun, pada peringkat awal bukunya (586 muka), terbitan Penguin Press pada awal tahun 2011: “Hampir 40 tahun dahulu adanya, Presiden Nixon menghantar saya ke Beijing untuk usaha memulihkan hubungan dengan sebuah negara penting dalam sejarah Asia.” Walhal selama sekian lama Nixon terkenal kerana pendiriannya yang anti-komunis.

Maka berundinglah Nixon dengan Mao mengenai pelbagai perkara, termasuk masa depan benua Asia. Ia berkaitan dengan persaingan antara Amerika dan China hingga ke abad 21 tertumpu kepada jurusan ekonomi dan sosial.

Mengejutkan ialah satu kenyataan berulang dari Mao mengenai perang nuklear: “Kalau pihak imperialis melancar perang ke atas kami, maka kami mungkin kehilangan lebih dari 300 juta nyawa rakyat. Ada apa? Perang adalah perang. Pada tahun-tahun berikutnya nanti lebih ramai lagi bayi akan lahir”.

Faedah

Juga dicatat oleh Kissinger ialah kisah pertemuan Mao dengan Khrushchev, pemimpin Soviet Union pada satu masa lalu, yang bertanya kenapa pihak China membiarkan Dalai Lama melarikan diri dari Tibet pada tahun 1959: Negara kami tidak akan membenarkan dia lari. Kini ia berada di India dan mungkin pergi ke Amerika. Apakah ini memberi faedah kepada negara-negara sosialis?

Mao menjawab: Kami tidak dapat menangkap semasa itu. Kami tidak boleh melarangnya meninggalkan negara kerana sempadan dengan India begitu jauh sekali dan beliau boleh menyeberang di mana saja.

Mengenai satu aspek lain pula Mao menegaskan kepada Khruschev pada tahun 1958 bahawa China akan mendahului Soviet Union menjadi negara komunis sepenuhnya. Kenyataan itu dianggap oleh pihak Soviet Union sebagai sesuatu yang “bidaah” dari segi ideologi.

Kissinger juga menulis mengenai dialog antara Nixon dengan Zhou Enlai, Perdana Menteri China atas asas-asas hubungan negara, termasuk jurusan ekonomi.

Lalu dicatat pelayaran Laksamana Zheng He (1405-1437), seorang warga Islam China, ke Pulau Jawa, India dan Afrika antara lainnya. Lalu beliau menyampaikan pelbagai hadiah istimewa dari Maharaja China. Tiada pun pihaknya menjajah mana-mana negeri seperti dilakukan oleh penjajah-penjajah Eropah kemudiannya.

Pada satu peringkat Nixon memuji Mao kerana melaksanakan pelbagai transformasi atas tamadun China ribuan tahun. Lantas Mao membalas: “Saya tidak dapat mengubahnya. Saya hanya berjaya membawa beberapa perubahan kecil di tempat-tempat di pinggir Beijing”.

Jelas dari karya Kissinger ialah tiada hasrat untuk Amerika melancarkan perang dingin seperti telah berlaku terhadap Soviet Union dulu. Hubungan di antara Amerika dan China ialah untuk menegakkan kedamaian dan kesejahteraan global. Masa depan Asia bergantung padanya.

Pada peringkat akhir setelah Kissinger menulis; Setelah Perdana Menteri Zhou Enlai dan saya mencapai persetujuan mengenai kenyataan bersama kunjungan beliau berkata “ini akan mengejutkan dunia”.

Mao menjadi pemimpin Parti Komunis China selama 40 tahun dan Zhou menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Tan Sri Mazlan Nordin

ialah Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Source: Mingguan Malaysia Online.

Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah Melawat Warga Meru 3C

By Idris Ismail Talu.

Petang hari Sabtu yang baru lalu, Menteri Kewangan II, yang juga ahli parlimen Tambun, telah datang ke Taman Meru 3C untuk beramah mesra dengan penduduk, menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan bantuan dan menziarahi warga yang uzur.

Ketibaan Dato' Seri dalam hujan yang agak lebat.

Disambut Tuan Haji Yaakob.



Sama-sama bersila dengan warga Meru 3C.

Selepas menyampaikan bantuan.

Pasti ada cerita menarik oleh Tuan Haji Yaakob.

Dato' Seri sentiasa ceria.





Dato' Seri menziarahi warga yang uzur.




CLICK NOW

Tajuk Kegemaran