TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label puan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2010

Tepak Sirih

By Idris Talu
Tepak sirih adalah merupakan keperluan harian orang Melayu sejak zaman berzaman lagi. Jika dahulu, sirih pinang menjadi sajian ringan semasa berehat atau berbual-bual atau berunding dengan para tetamu, namun kini, peranan tepak sirih sudah bertukar, dari keperluan harian kepada keperluan adat istiadat sahaja.

Tepak sirih boleh diperbuat dari pelbagai bahan, ada yang dibuat dari kayu yang baik, ada yang dibuat dari logam besi ringan mahu pun tembaga, malah ada yang diperbuat dengan menggunakan emas tulin. Tepak sirih juga dikenali dengan nama lain, puan. Tentu ramai pembaca masih ingat lirik, “sirih di dalam puan” dalam sebuah lagu lama.



Dalam bahasa Melayu lama, tidak ada istilah puan untuk pasangan perkataan tuan. Sebab itulah tidak ada istilah puan hamba. Suami memanggil isteri tetap dengan sebutan tuan hamba, bukan puan hamba. Tidak ada istilah puan puteri, yang ada ialah tuan puteri.

Di negeri Perak terdapat dua jenis tepak sirih yang diperbuat dari emas, satu bernama Puan Bujur dan yang satu lagi bernama Puan Naga Tiru, yang menjadi peralatan kebesaran DiRaja Perak.

Di tanah Minangkabau pula, tepak sirih disebut carano.
Apa yang perlu ada dalam tepak sirih? Kebiasaannya, tepak sirih berisi daun sirih, pinang, kapur makan (bukan kapur pemutih kasut), gambir, tembakau dan bunga cengkih.

©idrisismailtalu@2010.
http://idristalu.blogspot.com/

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran