Pada musim kering dan panas begini - yang dijangkakan akan berakhir sekitar bulan May nanti, alangkah enaknya di waktu petang begini kita menghirup teh atau kopi bersama lemang yang baru siap dimasak.
Terdapat pelbagai cara atau ragam manusia yang sukakan lemang memakan lemangnya, ada yang makan dengan kari atau gulai daging, ada yang memakannya dengan serunding daging atau serunding ikan bilis, malah ada yang suka memakannya dengan gula sahaja!
Tepuk dada, sakit terasa! Peribahasa baru?

©idrisismailtalu@2010