TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Dr Ishak bin Haji Muhammad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Ishak bin Haji Muhammad. Papar semua catatan

Khamis, 18 Mac 2010

Pak Sako - Bahan Sejarah Dari Akhbar Lama

By Idris Ismail Talu

Foto ini penulis ambil dari akhbar lama dalam siri tulisan Allahyaham Pak Sako yang bertajuk "Kenangan Hidup Pak Sako", dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 1 Ogos 1976.

Rasanya penulis tidak perlu menambah keterangan pada gambar yang dipaparkan. Keterangan yang dimuatkan dalam akhbar tersebut sudah mencukupi.

Ahad, 28 Februari 2010

Mengubah selera pembaca - Dr Ishak Haji Muhamammad

By Idris Ismail Talu

Bukan mudah untuk mengekal pembaca walau di media mana sekalipun. Penulis perlu kreatif dalam tulisan agar tidak menjemukan pembaca. Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog ini sebuah tulisan oleh Allahyarham Dr. Ishak bin Haji Muhammad atau yang lebih dikenali sebagai Pak Sako.

Tulisan Allahyarham Pak Sako ini diterbitkan di dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 19 Januari 1978. Mungkin ramai pembaca blog ini masih belum lahir lagi ke dunia ini. Keratan akhbar ini, penulis masih simpan dengan baiknya.



Klik untuk besarkan.



©idrisismailtalu@2010

Khamis, 25 Februari 2010

Dr. Ishak bin Haji Muhammad - Pak Sako

By Idris Ismail Talu

Kasih sayang Allahyarham Dr Ishak bin Haji Muhammad terhadap bangsanya cukup tinggi dan kuat. Kerana kasih sayangnya itulah, Allahyarham sanggup melepaskan jawatan tinggi semasa pemerintahan penjajah untuk sama-sama berdampingan dengan rakyat. Tidak keterlaluan jika penulis katakan, tidak ada duanya Pak Sako di tanah air kita.

Melalui "master-piece" nya ini, Allahyarham menyindir penjajah dan coba membuka minda bangsa tentang kelicikan penjajah untuk terus bertapak, terus memperbodohkan rakyat yang dijajahnya.

Putera Gunung Tahan adalah puncak sumbangan Allahyarham kepada bangsanya yang dikasehi.



Tokoh nasionalis muda di zaman itu, seperti Allahyarham Tun Muhammad Gahazali bin Shafie turut kagum dengan corak perjuangan Allahyarham Pak Sako.



Allahyarham Pak Sako merupakan seorang penulis yang amat kritis. Bakatnya yang tinggi dalam dunia penulisan telah digunakan sebaiknya untuk menyedarkan anak bangsanya yang lena dibuai mimpi hedonisma oleh penjajah.

Allhayarham Pak Sako hidup paling sederhana sepanjang hayatnya semata-mata untuk bangsanya. Kekentalan semangat juangnya memberi inspirasi yang cukup berkesan kepada seluruh masyarakat bangsanya.

©idrisismailtalu@2010

Rabu, 24 Februari 2010

Keluarga Dr Ishak bin Haji Muhammad - Pak Sako

Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 11 Januari 1976.

Gambar ini merupakan gambar keluarga terakhir yang diambil oleh keluarga Allahyarham Pak Sako bersama Almarhum ayahandanya, Haji Muhammad. Gambar ini diambil dalam bulan Mei 1958, di hadapan rumah guru di Sekolah (Melayu) Pak Sako, Kampong Tengah, Temerloh, Pahang.



Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia 11 Januari 1976.

Ahad, 31 Januari 2010

Allahyarham Tun Ghazali Shafie dalam kenangan

By Idris Ismail Talu

Kepulangan ke rahmatullah Tun Ghazali meninggalkan banyak kenangan kepada kita. Allahyarham amat mengambil berat tentang untung nasib para pejuang negara dan para budayawan negara.

Antara pahlawan dan pejuang negara yang didekati oleh Allahyarham Tun ialah Allahyarham Pahlawan Mat Kilau dan Allahyarham Dr Ishak bin Haji Muhammad atau yang lebih dikenali sebagai Pak Sako.


Gambar di atas, penulis petik dari majalah Mastika July 1976, diambil semasa penduduk Ulu Langat meraikan Allahyarham Pak Sako yang baru menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari DYMM Raja Permaisuri Agung ke 5, di Universiti Malaya.

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran