TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2012

Modul baru PLKN bantu pelatih obes - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan melakukan penambahbaikan terhadap modul latihan fizikal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) termasuk mengadakan program baru bagi pelatih yang mempunyai masalah berat badan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perubahan yang akan dilaksanakan pada tahun ini bertujuan memastikan modul dilaksanakan untuk pelatih sentiasa relevan dengan perubahan semasa.

"Kita telah melantik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membuat kajian terperinci terhadap pembaikan modul sedia ada kerana setiap tahun kita mengadakan perubahan.

"Kali ini UPSI secara terperinci mencadangkan beberapa penambahbaikan diperlukan supaya hasil yang diperolehi peserta bertambah baik termasuk membantu pelatih mengurangkan berat badan," katanya selepas mengadakan lintas langsung bagi rancangan Malaysia Hari Ini di Kem PLKN Temasya Rimba Templer dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Zahid, selain perubahan pada modul fizikal, JLKN juga akan melaksanakan penambahbaikan terhadap modul kenegaraan agar ia lebih menyeronokkan dan bermaklumat.

Mengenai pencapaian modul I-SMART bagi memastikan pelatih menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, beliau menjelaskan, kesemua pelatih tersebut telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding sebelumnya.

"Namun perlu ada tindakan susulan supaya ia tidak menjadi kekangan apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Sebagai pekerja, mereka akan jadi liabiliti jika ketiga-tiga unsur tersebut tidak dikuasai sehingga ke tahap yang dikehendaki," ujarnya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 17 Oktober 2011

Dakwaan orang berhalusinasi

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA, saharudin.musthafa@utusan.com.my


JAKARTA 17 Okt. - Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Drs. Ramadhan Pohan hari ini melabelkan pihak yang membuat dakwaan kurang berasas ekoran kononnya Malaysia menceroboh wilayah Indonesia itu sebagai sedang berhalusinasi.

Ramadhan yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Sempadan, Suruhanjaya II DPR menyelar tindakan pihak yang sengaja mencetus provokasi tidak berasas itu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang ahli politik menyampaikan maklumat tidak tepat kepada rakyat.

Lebih memalukan, Ramadhan menolak dakwaan kononnya wilayah Camar Bulan milik Indonesia dan kini dikawal oleh 3,000 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) Malaysia.

"Tidak ada 3,000 anggota PGA yang mengawal wilayah kita (Indonesia). Yang ada cuma pokok-pokok. Tidak timbul isu tersebut. Yang membuat dakwaan kononnya ada askar Malaysia (anggota PGA) mungkin sedang berhalusinasi," katanya menyindir pada sidang media di sini, hari ini.

Isu wilayah perbatasan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Dakwaan sedemikian bagaimanapun dinafikan secara konsisten oleh kerajaan Indonesia melalui empat menteri kabinetnya dan juga oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia, Laksamana Agus Suhartono.

Pada sidang media yang dibuat secara bersama dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini, Ramadhan turut mendedahkan beberapa foto yang dirakamkan beliau menerusi telefon bimbit ketika mengadakan kunjungan ke dua daerah berkenaan hujung minggu lalu.

Kata Ramadhan, beliau berkunjung ke wilayah Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat bersama empat anggota DPR pada Jumaat lalu untuk melihat sendiri suasana di sana.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, Ramadhan mendapati tidak ada sejengkal pun tanah Indonesia yang dirampas Malaysia.

Beliau pada masa sama yakin Hasanuddin tidak pernah berkunjung ke wilayah Camar Bulan atau Tanjung Datu untuk melihat keadaan sebenar tetapi berani membuat kenyataan yang tidak berasas itu.

Berikutan kenyataan provokasi berkenaan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Minggu lalu, selama dua hari berturut-turut demonstrasi diadakan oleh pertubuhan Forum Betawi Rempug (FBR) dan Laskar Merah Putih (LMP).

Hari ini pula, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada 20 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini. – Utusan

Source: Utusan Malaysia Online.

Khamis, 13 Oktober 2011

Tuduhan Indonesia tidak berasas - Zahid

Tarikh: 13/10/2011 6:04pm

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sebagai tidak berasas tuduhan golongan tertentu di Indonesia kononnya Malaysia mencuri tanah republik itu.

Beliau berkata penentuan sempadan mengikut garis-garis darjah tertentu telahpun termaktub dalam perjanjian antara British dengan Belanda bertarikh 1891, 1915 dan 1928, dan pengukuran telah dibuat oleh pihak Malaysia dengan Indonesia dan kedua-dua pihak telah menandatangani persetujuan pengukuran itu.

"Kalau dituduh Malaysia ambil tanah itu, ini merupakan sesuatu dakwaan yang tidak benar,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM2.58 juta daripada Affin Bank Investment Berhad di sini hari ini. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran